Thursday, February 11, 2016

Bersyukur Saat Diuji

11.45 malam.

“Yang, kenapa bibir awak senget,” pertanyaan Roza yang tidak pula saya rasa terkejut. Lalu saya terus menghadap cermin muka. Saya cuba senyum, bercakap dan menggerak-gerakkan bibir. Nyata ia sangat senget. Muka saya herot sebelah.

Stroke? Jom kita ke hospital,” respons segera saya.

Sebelumnya, saya sempat menghabiskan ceramah di surau Telekom Segamat menceritakan ujian Allah dan bagaimana mahu bersabar menghadapi ujian tersebut. Saya sudah merasai sedikit kelainan ketika bercakap. Sukar menelan air liur dan pipi bergerak-gerak. Mata kanan senak dan mencucuk-cucuk. Anehnya, rasa kebas tidak merebak ke bahagian lain seperti tangan dan kaki. Kening saya masih boleh diangkat kiri dan kanan. Cuma kelopak mata kuat bertaut di sebelah kiri berbanding sebelah kanan.

Sepanjang perjalanan ke hospital, saya tidak henti-henti berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosa, mengucap dua kalimah syahadah dan berselawat berselang-seli dengan bacaan ayat-ayat al Quran berdasarkan himpunan surah al-Matsurat- halaman 39
… kisah seterusnya boleh dibaca di dalam buku Bersyukur Saat Diuji karya Prof Muhd Kamil 


Punyalah banyak info tentang strok  yang singgah di whatsapp dan fb dengan senaman anti stroke, doa-doa dan macam-macam. Siap simpan lagi stroke hotline dalam phone sebab baca dalam paper dan tahu mengenai NASAM, tapi yang kekal dalam ingatan kisah yang dalam buku ni walaupun dah lama bacanya. (rasanya saya baca dalam Travelog Haji, tapi tak jumpa pula bukunya)

28hb Jan (khamis)yang lalu;

7 malam – sebelum buka puasa, saya perasan mak cakap tak jelas dan kedengaran telo bunyinya. Mak sakit gigi ke? Ada kena sengat binatang ke?  Tak ada. Eh tak boleh jadi ni kena pergi hospital, ingat tak buku Prof Kamil. Oleh kerana mak pun pernah baca, senang juga nak meyakinkan untuk pergi ke klinik walaupun pada mulanya dia menafikan tak ada apa-apa.  Memandangkan dah nak masuk waktu berbuka, makan dulu.

7.30 malam-check tekanan darah. Waduh mesin tak boleh baca, error 3 kali padahal saya punya BP boleh.

8 lebih pun tak siap-siap lagi, time ni pulak tangan cramp jadi nak pakai baju tu susah. Sudahnya pukul 8.30 malam baru ke klinik. Mak tak nak pergi hospital takut kena tahan wad jadi pergilah klinik dulu

8.45 malam kat klinik ramai la pulak. Pukul 9 baru masuk dan memang tanda strok dan doktor suruh pergi ke hospital

9.10 malam Wad kecemasan di hospital. Masuk zon kuning dah. Memang dipantau keadaannya.

12.00 tengah malam pergi ke Hospital Taiping dengan ambulans buat CT Scan Brain. Alhamdulillah tak kritikal dan boleh balik ke Kuala Kangsar semula.

2.25 pagi masuk wad. Merasa tidur satu malam di hospital

Alhamdulillah boleh keluar petang esoknya namun masih perlu buat rawatan susulan dan perlu hadir ke  Unit Fisioterapi untuk melatih semula tangan yang lemah dan Jabatan Jurupulih Cara Kerja untuk melatih semula cara buat kerja (di rumah)

Saya rasa, saya ni kelam kabut juga orangnya bila ada apa-apa emergency tapi bila saya seorang ni rasanya lebih tenang untuk handle situasi. Kalau ada orang lain bersama, soalan yang akan keluar apa yang kita kena buat? Tetapi bila seorang ni, Allah apa yang aku kena buat? Tambahan pula bila baca ayat-ayat quran dan doa yang mudah memberi kita kekuatan dan membuatkan kita berfikir untuk lebih rasional.

Kadang-kadang terbit rasa kecewa juga dari mak sebab terpaksa berlatih macam budak-budak semula untuk pegang sesuatu benda, oleh itu kita yang menjaganya ni kenalah bagi motivasi. Saya selalu bagi contoh ustaz yang mengajar kami di Masjid Ubudiah lagi teruk strok sampai kena buat pembedahan sekarang elok dia mengajar balik.
 
Dan kadangkala terdengar juga keluhan sebab dia merasa menyusahkan orang lain kerana terpaksa menjaganya. Tak apa, mak. Allah yang  suruh jaga;

Dan Kami memerintahkan manusia melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa 30 bulan. Setelah dia membesar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah dia dengan berkata, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah aku supaya tetap mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap melakukan kebaikan yang Engkau redai. Berikanlah kebaikan kepadaku dengan memberikan kebaikan kepada zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada_Mu, dan sesungguhnya aku termasuk orang yang berserah diri (yang tunduk patuh kepadamu).”
Al Ahqaf (46): 15

Tatkala malam menjelang, perasaan libang-libu mula menjelma hingga mak tak boleh tidur dibuatnya. Semuanya serba tak kena. Oleh itu kena pastikan, pesakit solat, mengaji dan doa. Kita yang menjaganya pun kenalah buat perkara yang sama. Jaga solat. Mengaji dan doa. Saya pasang ikim fm bila nak tidur sebab ada mengaji dan segmen ulangan untuk didengar agar tak fikir macam-macam.


Terima kasih atas doa saudara mara dan rakan-rakan. 

No comments: