Sekarang ni, kenalah mencari makanan sihat. Maklumlah doktor dah pesan dekat mak, "Makcik jangan makan makanan goreng, lemak, masin. Makan yang rebus-rebus." "Alamak, itu yang suka tu," saya pula yang menyampuk. "Kurangkan," kata doktor. Bila difikir-fikirkan balik, apa susahnya bila tak boleh makan ... syukur sebab masih boleh makan. Cuma pemilihan makan kena ke arah lebih sihat. Lagipun hidup bukan untuk makan, kan? Muhasabah ya!
Sebagai tanda sokongan, orang lain dalam rumah pun kenalah berubah. Cari makanan lebih sihat. Resipi ni salin daripada majalah dah lama-lama sangat, cuma baru sekarang terlaksana.
Dah namanya kerabu carrot, bahan utamanya mestilah carrot dan bahan-bahan lain sikit sahaja. Tiada ukuran. Kira belasah sahaja ikut gerak hati.
- Carrot diparut panjang - celur sekejap. Bila air mendidih, masuk dan terus keluar. Nak bagi lembut sikit sahaja dan tak adalah bau carrot sangat.
- Belacan bakar dan tumbuk - orang darah tinggi ingat jangan taruh banyak sangat tau, masin
- Cabai hidup - tumbuk
- Bawang besar hiris
- Bunga kantan hiris
- Serai hiris
- Daun kunyit hiris
- Air perahan limau nipis
- Kerisik
- Gula
- Masuk sahaja kesemua bahan,dan gaul bagi rata. Siap.
Not bad ... sedap juga. Semoga diri sendiri pun boleh kurus lepas ni hehe.
No comments:
Post a Comment