Friday, March 25, 2016

Antara Kereta Api dan Kapal Terbang

Masih topik Bangkok dengan kereta api. Perjalanan lebih 20 jam so idea semua dah tulis dalam phone heheh.

  • Tak perlu tunggu lama sebelum nak berlepas. Lagi 10 minit train nak jalan pun boleh lenggang kangkung lagi, sebab kalau tak jumpa koc, kita naik je mana-mana koc nanti sampai juga di tempat kita.
  • Tempat duduk luas. Sebelum ditukar menjadi katil pun tempat duduk boleh duduk dua orang. Selesa. Boleh bersila, bersimpuh. Silakan.
  • Bila seat ditukar menjadi katil, ada langsir tutup. Privacy lah sikit ruang kita. Dulu masa pergi ke Korea ambil seat yang boleh dibaringkan (hmm lupa namanya) tapi seat sebelah lagi tu lelaki la pulak. Camne nak tidur tu? Tak lena dibuatnya. Malu. Tarik selimut tutup muka.
  • Boleh jalan sepanjang-panjang gerabak tu.
  • Boleh bawa makanan sendiri. Memandangkan menu kereta api tak halal, kita boleh prepare makanan sendiri. Saya bawa biskut, roti, air kotak, kerepek. Ok je makan tak ada derang marah pun. Derang pun tak bagi menu dekat kita sebab dah tahu tak akan beli. Masa train ke Bangkok tengok dinner orang lain ada tembikai aduhai, kecur air liur.  Awat pelayan ni tak huluq menu. Haha. Setiap kali stesen berhenti memang ada orang yang akan naik jual makanan. Dah lama tak tengok suasana macam ni. Masa naik kereta api tahun 80an sahaja rasanya masih ada orang naik jual di atas kereta api. Masa train balik ke Malaysia, sempat makan mi segera je sebelum tu sebab tak sempat nak mencari kedai.  Masa train berhenti kat stesen pertama, ada orang naik jual nasi dengan telur mata kerbau dan ntah apa benda lagi dalam tu – tak halal, tapi dah terbayang sedapnya dapat makan telur mata kerobo. Lintasan dari hati, makbul pula bila sampai di stesen seterusnya. Penjual tu nampak kitaorang je," Assalammualaikum, dah makan nasi ke ni? Saya jual nasi dengan telur dan lauk ayam. Halal ni.” “Eh betul ke halal?” “Betullah, saya orang Pattani, saya duk sini. Nak tak ni? Saya dah nak turun sekejap lagi.” Dengan Bhat yang masih berbaki, beli juga THB35. Alhamdulillah, kenyang. Lena tidur malam tu. Kalau tidak makan kerepek je.
  • Kalau orang yang tak boleh hidup tanpa internet tu, beli je sim kad Siam.  Masa train bergerak ke Alor Setar, pelayan ni dah jual sim kad. Hanya ada brand dtac je THB200. Siap dia tolong set kan. Katanya kalau sampai di sana baru beli nanti kena guna pasport untuk daftar. Yang ni dah siap dan sampai sempadan je dah boleh guna. Belum sampai Bangkok tak pasal-pasal dah keluar Baht. Ish ish ish. Tapi puas hati, lajunya surf. Boleh buka You tube tanpa ada gangguan. Online sepanjang masa. Pastikan power bank ada untuk kekal online

  • Boleh cas handphone. Tapi macam satu gerabak dua plag je. Pastu letak dekat satu kerusi sahaja. Saya bernasib baik masa nak pergi tu, plug dekat kerusi sendiri. Tak payah pergi jauh.
  • Tandas ada cangkung dan duduk. Yang penting ada air ya. Tak perlu risau. Siap ada shower lagi kalau nak mandi. Camne nak mandi tu kalau bergoyang sentiasa. Walaupun tandas buruk sebab kereta api lama tapi still selesa sebab ada air. Di luar tandas ada dua sinki dan cermin. So boleh cuci muka dan gosok gigi di sini.
  • Cuma yang paling tak tahan naik kereta api ni, asyik delay je. Tak pernah tepat waktu nak sampainya.  Baik dia terus tulis waktu paling lewat idak le terasa sangat kelewatan tu.

Masa di stesen Bangkok waktu nak balik tu, terpandang kereta api ni, macam mewah. Dari jauh nampak lampu tidur. Lepas tu tulis di gerabak tu Bangkok – River Kwai Kuala Kangsar-Singapore. Bior betul ni, Kuala Kangsar? Ai dekat Bangkok boleh jumpa nama KK.  Spek tak pakai, tenyeh-tenyeh biji mata, ni sebab nak balik sangat ke dah ni sampai ternampak-nampak nama kuale. Haha. Akhirnya Google pasal E&Otrain. Rupa-rupanya memang ada brief tour pasal KK. Wah!! Keretapi mewah ni, tambang kira pound cer cuba kali dengan RM.  Bila boleh dapat merasa ni.



No comments: