Thailand sentiasa dekat di hati sebab dulu ambil bahasa Thai
3 tahun. Walaupun susah sebab tulisannya lain (bahasa Vietnam dan Filipina
huruf biasa) tetapi sebab 1
st year tu pensyarahnya best dan baik,
seronok nak belajar. Itu la satu-satunya pelajaran yang meningkatkan CGPA kalau
tidak entah apa jadi grednya. Dah dekat 16 tahun tinggalkan bahasa ni tapi baru
ni ada masa nak ke sana, study semula dalam masa dua minggu je sebab mula-mula
tak jadi pergi, lepas tu jadi pergi pulak. Kiranya tak berapa sempurna juga
plannya tapi enjoy je.
|
Tangkal azimat semasa kat sana |
Masa ETS mulakan operasi ke Padang Besar, ketika di stesen
Butterworth saya nampak di skrin tulis Bangkok. Wah boleh pergi Bangkok dari
sini sahaja, lepas tu nampak kereta apinya di stesen Padang Besar. Terus
Google, rupa-rupanya memang ramai yang dah pergi naik kereta api. Selama ni lalu Bangkok Bank je nunggu bas metro no 12 hehe. Perjalanan
sahaja dah 22 jam tak termasuk delay lagi tapi pengalaman yang menarik. Kalau
naik flight dah sampai US ni.
|
Krungthep @ Bangkok |
Perjalanan naik
kereta api, macam Malaysia juga pemandangannya, pokok getah, sawah padi. Panas
dan kering, pokok pun macam terbakar je. Tapi dekat Thailand, laluan kereta
apinya melalui jalan-jalan raya utama. Kita dekat sini mana ada dah jalan-jalan
yang kena tunggu kereta api jalan dulu, kan. Dah lah tu tak ada pagar, orang
boleh je lalu-lalang dekat rel. Kalau yang duduk rumah macam setinggan tu pun
adakan dekat sejengkal je bumbungnya dengan kereta api. Rapat bebenor.
Masa singkat je jadi pilih-pilih tempat
sahaja. Sesampainya di sini melawat di sekitar hotel sahaja. Duduk depan pasar
raya MBK Center, Siam Paragon, Siam Discovery memang senang lah nak ke sana
tanpa naik pengangkutan awam. Pergi malam pun tak apa. Bila cakap pasal Bangkok
tentu ramai yang kata tak selamat kan? selamat je, setiap kali naik lrt, ada
polis (kot?) check beg. Masuk pasar raya pun sama. Kalau hand bag biasanya
jalan terus je. Leceh juga, setiap kali nak masuk kena berhenti check beg
sandang.
|
Kereta api Thai. |
Oleh kerana tak jumpa nasi lagi, malam tu makan besar dengan
tom yam, kerabu betik, ikan masak halia, mak aii kebulur tu dekat RM60.
Akhirnya tak habis. Baru je tunjuk dekat lauk tu , dia dah tau, bungkus? Ni
mesti orang Malaysia selalu buat gitu hehe. Mahal makan dekat restoran tapi
sedapnya tom yam. Puas hati. Buah-buahan pun sedap, nenas manisnya, comel-comel
je buahnya. Air kelapa, jambu, air bunga telang, air limau yang sedap memang pior sebab nampak dia
buat kat situ.
|
Restoran di MBK Center |
|
Air limau ni dijual dengan THB 20 dan THB 40. Minum ni rasa macam menggigit limau yang sebenar. Jus mercik ke dalam mulut.
|
|
Amphawa |
Hari kedua, pelan asal nak pergi pagi tu Maeklong Railway
Market - pasar di atas landasan kereta api. Menarik, dalam Majalah 3 pernah
disiarkan. Malangnya tengah renovate. Pasarnya ada tapi kereta apinya tak ada.
Tengok dekat internet katanya 6 bulan ditutup, dari tahun lepas lagi, patutnya
dah ada masa saya pergi ni tapi katanya masih renovate. Jadinya terus pergi ke
Amphawa Floating Market. Ikut kan di Amphawa ni mula pukul 12 tengah hari dan
malamnya lagi meriah. So tak dapatlah tengok sangat Floating Market. Cuci mata
di gerai-gerai kat situ. Melegakan urat-urat yang dah sengal ni sebab naik
turun lrt-subway mengusung beg dengan Thai massage untuk relax kan bahagian
bahu. Sedap. THB 150 setengah jam.
|
|
Balik dari situ jam
gila, perjalanan yang patutnya 1 jam setengah berlarutan 3, 4 jam untuk ke
Bangkok semula. Van berhenti di Victory Monument. Sebenarnya pergi naik van
lain, balik naik van lain sudahnya berhenti dekat tempat lain. Tercangak-cangak
juga, tapi apa susah, kan mulut ada untuk bertanya. Rupanya jauh nak menapak ke
stesen. Orang pulak baru balik kerja jadi memang sesak dan padat. Dekat sini
kebanyakan laluan pejalan kaki dekat atas, sambung menyambung antara tren lalu
kat atas, kurang sangat orang yang melintas jalan raya. Di stesen BTS Victory
Monument ni tengok dari jauh macam happening je macam-macam jual, tapi rupanya
biasa-biasa je, kasut, selipar, baju. Beli nasi dekat 7Eleven THB 15. Lauk dah
ada bungkus semalam. Hehe kena cover bajet balik.
|
Suasana malam |
No comments:
Post a Comment