Thursday, March 24, 2016

Special Express Train – Bangkok

Ke Bangkok dengan kereta api, naik di stesen Butterworth. Tiket boleh beli di mana-mana kaunter KTMB. Katil upper dan lower harga berbeza.

Lower RM 111.90 pukul 2.00 petang dan tiba esok harinya pukul 10.30 pagi
Upper RM103.90
Kereta api Thai. Dari Butterworth dua gerabak je dengan enjin.

Stesen Padang Besar untuk urusan imigresen

Tiket balik ke Malaysia kena beli di stesen Bangkok sebab kereta api sana.  Boleh beli online, tapi bukannya stesen tu yang jual, kena ambil dengan ejen. Harga pun mahal sikit dari biasa. Memandangkan saya haritu macam jadi tak jadi je nak pergi so gamble ajelah tiket beli masa dah sampai sana. Jadual tentang kereta api boleh rujuk di www.train36.com dan dari situ akan jumpa pautan nak beli tiket secara online. Kalau tak ada tiket, cara lain nak balik: Bangkok ke Hatyai naik kereta api - Hatyai ke Kedah dengan bas dan pergi mana-mana stesen ETS.

Butterworth tepat pukul 2.00
Bukit Mertajam
Sungai Petani
Alor Setar 3.41
Arau 4.22
Padang Besar 5.00

Kereta api berhenti di setiap stesen ni, maknanya boleh je nak naik di mana-mana stesen kalau tak naik di Butterworth)

Dalam train dah diberi arrival dan departure card oleh pelayan/pramugara(?) kereta api. Biasanya saya akan isi kad putih ni bila dah dekat destinasi tapi haritu rajin pula terus tulis. Ha nasib baik dah siap tulis sebab sampai imigresen Padang Besar memang nak bagi dah. Semua orang turun bawa pasport (bagasi tak perlu bawa, tapi masa balik Malaysia kena bawa keluar semua barang sebab tukar tren dan nak scan bag) dan masuk imigresen Malaysia kemudian pusing ke imigresen Thailand pula. Urusan di situ sekejap je tapi duduk 2 jam di situ sebelum train meneruskan perjalanan. Dalam train masa tu dah siap dinner untuk orang yang pesan makanan. Perjalanan diteruskan  pada 6.45 petang. Sampai di Hatyai 7.40 malam dan berhenti lama la juga sebab dia sambung gerabak. Dari Butterworth tadi dua gerabak dengan enjin je.
Ruang bagasi di tepi, ada juga ruang bagasinya di bawah tempat duduk. Gerabak lain-lain. Tangga tu untuk memanjat ke katil atas.

Selesa kerusi ni. Luas. Kalau tak malu, boleh je sandar di bantal tu sambil juntai kaki. Aish perempuan melayu terakhir jangan buat gitu ya. Sopan sikit dengan orang  yang lalu lalang.

8.10 malam, seat ditukar kepada katil. Aisayman tak ada tingkap kat atas, tak dapat tengok pemandangan malam, pemandangan terhad dekat siling train je. 

Esok pagi jalan-jalan di dalam gerabak dan singgah di kantin makan roti bakar dan teh. Katil pun dah simpan dan tukar seat balik. Kalau jalan berdua, boleh pilih upper dan lower bed jadi bila duduk (sebelum jadi katil) tu dapat duduk berdepan. Teruskan perjalanan:

Hua Hin 7 pagi
Phetchaburi 7.50 pagi
Ratchaburi 8.35 pagi
Dijangka sampai pukul 10.30 sudahnya sampai 11 lebih. Turun sahaja train boleh teruskan destinasi sebab tak perlu cop-cop pasport dah sebab dah cop kat sempadan semalam.
Dah lewat petang barulah katil akan dipasang. 

Plan balik sepatutnya 21 hb Mac tapi tiket habis, tengok tiket 20hb ada tiket upper bed sahaja, ambil sahajalah walaupun terpaksa balik awal. Bangkok- Padang Besar THB 870 pukul 2.45 petang dan dijangka sampai 7.55 pagi esoknya. Train ke Bangkok hari tu sempit sikit dan dia bagi THB 60 (untuk 2 orang) sebagai ganti. Orang yang duduk atas memang macam ngam-ngam je luruskan badan. Bila balik Malaysia katil atas lebar sedikit. Air cond sejuk sangat jadi boleh juga kaki tu nak mengerekot. Saya tak pernah merasa duduk di bawah tetapi kawan kata, duduk atas lebih selesa sebab bila kereta api tu berhenti di setiap stesen tak ada rasa gegar sangat. Cuma nak memanjat tu la masalahnya. Untuk yang berkaki panjang boleh lonjakkan badan. Bagi yang renit je ni.. pandai-pandai sendirilah ya. Bila dah naik tu, memang malas nak turun balik. So pergi bilik air siap-siap sebelum tidur.
Ruang solat dekat platform. Bila turun kereta api dah boleh nampak. Ruang wuduk ada di sini sekali.

Yeay! Sampai.

Kaunter jualan tiket. 


Stesen kereta api Bangkok ada surau yang boleh nampak dekat platform. Sebarang pertanyaan boleh ke kaunter information. Dekat situ ada seorang perempuan yang boleh berbahasa Melayu. Saya cakap bahasa Inggeris haritu orang tu tak faham. Haha. Dia suruh cakap pelan-pelan. Datanglah orang Thai ni, dia cakap kita cakap Bahasa Melayu ya! Slang Kedah campur Kelate.

Tandas di situ boleh mandi juga. Masuk tandas THB 3. Mandi harga lain. Di bahagian atas nampaknya ada kaunter pelancongan Thai tapi saya tak pergi hari tu.

Tiket balik boleh beli di kaunter. Perlu tunjuk ic/passport. Sebenarnya ada ruang khas untuk pelancong beli tiket dalam bilik kaca sebelah kaunter tiket tapi haritu tak nampak jadi saya beli di kaunter biasa.

Di sini juga stesen MRT Hua Lamphong. Jadi teruskan destinasi anda sama ada nak naik MRT atau teksi. Kalau perlu naik BTS (Sky Train) naik je MRT ni dan cari stesen pengantaranya. Peta ada kat situ boleh tengok. Contoh macam di Stesen Masjid Jamek kita nak ambik tren ke Ampang. Jadi tukar laluan, kan. Sekejap je dah boleh mahir tu. Insya-Allah.

10 comments:

smashlee said...

train tiket Butterworth - Bangkok tu beli kt KTM station ke or online? tgh confused sbb de tbc yg xde tren direct masuk Thailand skang, smer kne benti kt Pdg besar and beli separate kt sane...

zarina said...

saya beli awal Mac haritu di stesen KTM Kuala Kangsar

Unknown said...

Dari Stesen Kereta Api Bangkok, de ke komuter menuju ke Sukhumvit Road?

zarina said...

dari Stesen kereta api bangkok tu ada MRT Hua Lamphong tu sahaja yang saya tahu. Boleh tengok peta yang terdapat di situ atau tanya sendiri ke kaunter informasi untuk pelancong.

aDiLin_89 said...

boleh beli tix dari bangkok ke padang besar utk org lain? cume bwk passport org lain je kan?

zarina said...

Masa saya beli dulu memang saya bawa pasport orang lain. Tapi orang tu ada bersama-sama saya juga jadi saya tak pasti maksud saudara tu bermaksud orang tu tiada bersama saudara.

Unknown said...

Saya mmg berminat sgt nak travel ngan ketapi camni. Tq adik. Saya baca sampai habis cite adik tu. Very interesting.

zarina said...

Terima kasih :)

azam said...

sis. kalau kita nak pergi ke Bangkok bawa motor sekali atas train boleh kan?

zarina said...

Maaf, tak pasti pula. Masa naik dari Penang hanya ada dua gerabak. Masa di Hatyai baru sambung gerabak yang lain.