Ke Bangkok dengan kereta api, naik di stesen Butterworth.
Tiket boleh beli di mana-mana kaunter KTMB. Katil upper dan lower harga
berbeza.
Lower RM 111.90 pukul 2.00 petang dan tiba esok harinya
pukul 10.30 pagi
Upper RM103.90
Kereta api Thai. Dari Butterworth dua gerabak je dengan enjin. |
Stesen Padang Besar untuk urusan imigresen |
Tiket balik ke Malaysia kena beli di stesen Bangkok sebab
kereta api sana. Boleh beli online, tapi
bukannya stesen tu yang jual, kena ambil dengan ejen. Harga pun mahal sikit
dari biasa. Memandangkan saya haritu macam jadi tak jadi je nak pergi so gamble
ajelah tiket beli masa dah sampai sana. Jadual tentang kereta api boleh rujuk
di www.train36.com dan dari situ akan
jumpa pautan nak beli tiket secara online. Kalau tak ada tiket, cara lain nak
balik: Bangkok ke Hatyai naik kereta api - Hatyai ke Kedah dengan bas dan
pergi mana-mana stesen ETS.
Butterworth tepat pukul 2.00
Bukit Mertajam
Sungai Petani
Alor Setar 3.41
Arau 4.22
Padang Besar 5.00
Kereta api berhenti di setiap stesen ni, maknanya boleh je nak naik
di mana-mana stesen kalau tak naik di Butterworth)
Dalam train dah diberi arrival dan departure card oleh
pelayan/pramugara(?) kereta api. Biasanya saya akan isi kad putih ni bila dah
dekat destinasi tapi haritu rajin pula terus tulis. Ha nasib baik dah siap tulis
sebab sampai imigresen Padang Besar memang nak bagi dah. Semua orang turun bawa
pasport (bagasi tak perlu bawa, tapi masa balik Malaysia kena bawa keluar semua barang sebab tukar tren dan nak scan bag) dan masuk imigresen Malaysia kemudian pusing ke imigresen Thailand
pula. Urusan di situ sekejap je tapi duduk 2 jam di situ sebelum train
meneruskan perjalanan. Dalam train masa tu dah siap dinner untuk orang yang
pesan makanan. Perjalanan diteruskan
pada 6.45 petang. Sampai di Hatyai 7.40 malam dan berhenti lama la juga
sebab dia sambung gerabak. Dari Butterworth tadi dua gerabak dengan enjin je.
Ruang bagasi di tepi, ada juga ruang bagasinya di bawah tempat duduk. Gerabak lain-lain. Tangga tu untuk memanjat ke katil atas. |
Selesa kerusi ni. Luas. Kalau tak malu, boleh je sandar di bantal tu sambil juntai kaki. Aish perempuan melayu terakhir jangan buat gitu ya. Sopan sikit dengan orang yang lalu lalang. |
8.10 malam, seat ditukar kepada katil. Aisayman tak ada
tingkap kat atas, tak dapat tengok pemandangan malam, pemandangan terhad dekat
siling train je.
Esok pagi jalan-jalan di dalam gerabak dan singgah di kantin makan roti bakar dan teh. Katil pun dah simpan dan tukar seat balik. Kalau jalan
berdua, boleh pilih upper dan lower bed jadi bila duduk (sebelum jadi katil) tu
dapat duduk berdepan. Teruskan perjalanan:
Hua Hin 7 pagi
Phetchaburi 7.50 pagi
Ratchaburi 8.35 pagi
Dijangka sampai pukul 10.30 sudahnya sampai 11 lebih. Turun
sahaja train boleh teruskan destinasi sebab tak perlu cop-cop pasport dah sebab
dah cop kat sempadan semalam.
Dah lewat petang barulah katil akan dipasang. |
Plan balik sepatutnya 21 hb Mac tapi tiket habis, tengok
tiket 20hb ada tiket upper bed sahaja, ambil sahajalah walaupun terpaksa balik awal. Bangkok- Padang Besar
THB 870 pukul 2.45 petang dan dijangka sampai 7.55 pagi esoknya. Train ke Bangkok
hari tu sempit sikit dan dia bagi THB 60 (untuk 2 orang) sebagai ganti. Orang
yang duduk atas memang macam ngam-ngam je luruskan badan. Bila balik Malaysia katil
atas lebar sedikit. Air cond sejuk sangat jadi boleh juga kaki tu nak
mengerekot. Saya tak pernah merasa duduk di bawah tetapi kawan kata, duduk atas
lebih selesa sebab bila kereta api tu berhenti di setiap stesen tak ada rasa gegar
sangat. Cuma nak memanjat tu la masalahnya. Untuk yang berkaki panjang boleh
lonjakkan badan. Bagi yang renit je ni.. pandai-pandai sendirilah ya. Bila dah
naik tu, memang malas nak turun balik. So pergi bilik air siap-siap sebelum
tidur.
Ruang solat dekat platform. Bila turun kereta api dah boleh nampak. Ruang wuduk ada di sini sekali. |
Yeay! Sampai. |
Kaunter jualan tiket. |
Stesen kereta api Bangkok ada surau yang boleh nampak dekat platform. Sebarang pertanyaan boleh ke kaunter information. Dekat situ ada
seorang perempuan yang boleh berbahasa Melayu. Saya cakap bahasa Inggeris haritu orang tu tak faham. Haha. Dia suruh cakap pelan-pelan. Datanglah orang Thai ni, dia cakap kita cakap Bahasa Melayu ya! Slang Kedah campur Kelate.
Tandas di situ boleh mandi juga. Masuk tandas THB 3. Mandi harga lain. Di bahagian atas nampaknya ada kaunter pelancongan Thai tapi saya tak pergi hari tu.
Tiket balik boleh beli di kaunter. Perlu tunjuk ic/passport. Sebenarnya ada ruang khas untuk pelancong beli tiket dalam bilik kaca sebelah kaunter tiket tapi haritu tak nampak jadi saya beli di kaunter biasa.
Di sini juga stesen MRT Hua Lamphong. Jadi teruskan destinasi anda sama ada nak naik MRT atau teksi. Kalau perlu naik BTS (Sky Train) naik je MRT ni dan cari stesen pengantaranya. Peta ada kat situ boleh tengok. Contoh macam di Stesen Masjid Jamek kita nak ambik tren ke Ampang. Jadi tukar laluan, kan. Sekejap je dah boleh mahir tu. Insya-Allah.
Tandas di situ boleh mandi juga. Masuk tandas THB 3. Mandi harga lain. Di bahagian atas nampaknya ada kaunter pelancongan Thai tapi saya tak pergi hari tu.
Tiket balik boleh beli di kaunter. Perlu tunjuk ic/passport. Sebenarnya ada ruang khas untuk pelancong beli tiket dalam bilik kaca sebelah kaunter tiket tapi haritu tak nampak jadi saya beli di kaunter biasa.
Di sini juga stesen MRT Hua Lamphong. Jadi teruskan destinasi anda sama ada nak naik MRT atau teksi. Kalau perlu naik BTS (Sky Train) naik je MRT ni dan cari stesen pengantaranya. Peta ada kat situ boleh tengok. Contoh macam di Stesen Masjid Jamek kita nak ambik tren ke Ampang. Jadi tukar laluan, kan. Sekejap je dah boleh mahir tu. Insya-Allah.
10 comments:
train tiket Butterworth - Bangkok tu beli kt KTM station ke or online? tgh confused sbb de tbc yg xde tren direct masuk Thailand skang, smer kne benti kt Pdg besar and beli separate kt sane...
saya beli awal Mac haritu di stesen KTM Kuala Kangsar
Dari Stesen Kereta Api Bangkok, de ke komuter menuju ke Sukhumvit Road?
dari Stesen kereta api bangkok tu ada MRT Hua Lamphong tu sahaja yang saya tahu. Boleh tengok peta yang terdapat di situ atau tanya sendiri ke kaunter informasi untuk pelancong.
boleh beli tix dari bangkok ke padang besar utk org lain? cume bwk passport org lain je kan?
Masa saya beli dulu memang saya bawa pasport orang lain. Tapi orang tu ada bersama-sama saya juga jadi saya tak pasti maksud saudara tu bermaksud orang tu tiada bersama saudara.
Saya mmg berminat sgt nak travel ngan ketapi camni. Tq adik. Saya baca sampai habis cite adik tu. Very interesting.
Terima kasih :)
sis. kalau kita nak pergi ke Bangkok bawa motor sekali atas train boleh kan?
Maaf, tak pasti pula. Masa naik dari Penang hanya ada dua gerabak. Masa di Hatyai baru sambung gerabak yang lain.
Post a Comment