Bas-bas dari Utara masa dulu boleh berhenti di Hentian Duta
atau Plaza Rakyat (UTC KL). Bagi yang nak menggunakan LRT biasanya boleh buat
pilihan untuk berhenti di Plaza Rakyat tapi mulai dari hujung tahun lepas
rasanya semua bas yang dari Utara kena berhenti sama ada di Hentian Duta atau
TBS. Memang tak pernah jejakkan kaki di sini. Jadi bila mula-mula sampai tu, tercangak-cangak
jugalah mencari jalan keluar ambil LRT. Tak sempat pusing melawat kawasan sebab
mengejar waktu tapi bila nak balik ke Kuala Kangsar (KK) tu memang ambil
kesempatan tiba awal untuk nak tengok-tengok.
Ada dua cara nak sampai di sini iaitu guna LRT atau Komuter.
Saya pilih naik komuter sebab naik dari KL Sentral. Tambang, RM2 lebih rasanya.
Dalam 4 atau 5 hentian rasanya. Aduhai, teman lupa walaupun awal bulan haritu
je pergi. Tapi memang tak jauh sangat la kalau naik komuter, yang masalahnya
nunggu komuter sela waktunya dalam 40
minit.
Kat TBS ni memang mudahlah sebab baru juga, so terancang
sikit tempat-tempatnya. Ada surau di kedua-dua tingkat, satu di hujung kiri,
satu di hujung kanan. Tempat makan kalau nak banyak pilihan boleh pergi food court. Tiada pertukaran duit masa
membeli sebab kena pakai kad. So beli dulu kad, masa pintu masuk, kalau ada
balance nanti boleh minta balik duit. Isi RM10 pun cukuplah bagi saya.
Walaupun rasanya lama juga dah TBS ni beroperasi tapi
tingkat atas macam banyak ruang kedai lagi yang tak dipenuhi dan yang tak
bestnya tiada kedai buku macam kat UTC. Kalau tak memang kat situlah habiskan
masa. Adalah kedai jual majalah/paper je tapi tak banyak.
Banyak kerusi kat kawasan ni untuk kita tengok jadual bas. |
Sistem dekat sini memang macam kat airport. Boleh nampak
jadual pelepasan yang besar macam kat airport dan setiap tempat turun platform
ada orang yang jaga untuk tengok tiket dan hanya orang yang ada tiket sahaja
boleh turun.
Inilah boarding passnya.. so kena tukar macam ni dulu. |
Saya dah beli tiket awal-awal lagi di KK jam 2.32 petang. So
tak adalah risau sangat, sempat nak pergi makan dan solat dulu. Pukul 2 dah
nampak dekat skrin tv (disediakan di banyak tempat) kata bas ikut jadual dan
dah tulis platform yang patut ditunggu. Sekali rupa-rupanya bila nak turun,
guard/polis bantuan ke yang jaga platform tu cakap, cik kena tukar dulu tiket
ni kepada boarding pass sebab yang ni tak de nombor GATE. Lor punya la lama
nunggu di situ, ingat boleh naik terus rupanya ada prosedur lain lagi kena
buat. Mujurlah ada setengah jam lagi. Que tak panjang sangat tapi risau jugalah
sebab sorang-sorang pun lama benor urusannya kat situ. Siap minta ic lagi dekat
situ. Macam leceh je kan, apa pulak ada bernama-nama dekat tiket. Tapi kan
rupa-rupanya nama tu diguna untuk panggil penumpang yang belum turun. “Panggilan
terakhir untuk ***** bas ke Kota Bharu sedang menunggu anda. Sila naik segera.
Gitu la bunyi panggilannya, tapi formallah bahasanya. Hehe.
Kaunter pembelian awal tiket dan penukaran pas pelepasan ada tiga kaunter sahaja. |
Jadi sesiapa yang dah beli tiket secara online atau di
kaunter (awal) kena tukar dulu kepada boarding pass di Kaunter pembelian awal tiket dan penukaran pas pelepasan sebab tiket yang kita beli
awal tu tak ada gate berlepas. Sebelum naik bas pun kena scan tiket. Ok la nampak sistematiknya. Bas pun tak perlu
tunggu lama-lama kat situ. Ambil orang dan terus pergi.So takde sesak kat situ.
Gate berlepas di sini juga ada tulis info tentang perjalanan. Ada satu kiosk air mineral, makanan ringan kat bawah ni. So boleh beli-beli jugalah sebelum naik bas. |
Kaunter ni untuk pihak pengurusan check dan scan tiket kita. Kalau kat airport pramugara/pramugari lah. |
Dari pandangan luar |
Antara perkhidmatan lain yang disediakan beli tiket dekat
mesin layan diri so tak perlu baris panjang- belum pernah guna perkhidmatan tu
so tak boleh komen lebih. Boleh beli juga di mana-mana kaunter sebab dia secara
bersepadu so ke mana sahaja pun boleh minta. Yang ni pun tak pernah guna sebab
tengok kat situ je. Bagusnya kat sini tak ada ulat tiket macam kat pudu tu,
masuk je pintu mula la tawar tiket.
Kompleks letak kereta bertingkat ada kat sini. Jadi boleh juga kalau orang nak park kat sini. Rate tak tahu berapa. |
Kat sini ada ERL untuk ke airport, LRT bandar tasik selatan
dan komuter so mudah jugalah untuk ke sini.
4 comments:
Hye. Boleh saya tahu kaunter penukaran tiket tu bukak sampai pool berapa? Ke kaunter tu pun 24 jam?
Hai. Maaf, saya tidak pasti. Biasa naik di TBS waktu siang hari sahaja jadi tak tahu waktu malam keadaannya macam mana.
Kaunter penukaran tiket tutup jam 11.00 malam.
Sila telefon TBS untuk maklumat lanjut ye
Level yang ada kaunter jual tiket dan ada screen besar yang tunjuk jadual perjalanan bas
Post a Comment