Hujung bulan Mei
lepas saya ada mengikuti satu kursus. Hari akhir tu penceramah ada beri
bahan tambahan berkaitan penulisan. Siapa yang ada bawa pen drive boleh save bahan tu. Saya tak bawa la pula dan
cuma mengharapkan pada peserta seorang ni untuk e-mel kepada saya kemudiannya. Sebelum
balik sempat bagi keratan kertas yang tulis e-mel saya. Ni kalau dalam cerita
mesti penonton cakap hek eleh zaman ada telefon ni pun idak ambil nombor, pakai
kertas-kertas je. Haha entah, automatik je tulis dan bagi.
Tunggu punya tunggu punya tunggu tak adalah dapat e-melnya.
Mujur ada ambil nombor telefon rakan sebilik masa kursus. Dah pulak dia tak tahu mana dia letak pen
drivenya. Pilihan terakhir, e-mel kepada penceramah. Tak dapat reply pun …
sibuk le tu. Malas la nak telefon pulak bukanlah penting sangat. Tak ada rezeki
nampaknya.
Biasanya bila kita terima sijil (yang dipos)dia akan kirim
sekali senarai nama peserta dan nombor untuk dihubungi. Kali ni tak dapat pula.
Confirm tak ada rezeki nak dapat.
Tup tup semalam eh, dapat e-mel dari peserta tu. Dia minta
maaf sebab lambat hantar. Rezeki! Walaupun lambat dapat juga, kebergantungan
kita kepada Allah untuk ‘menggerakkan’ orang tu teringat nak hantar. Susah
untuk dijelaskan bagaimana rezeki itu tapi kalau kita ikuti tulisan orang yang
sering beri motivasi kita akan pelajari rezeki Allah itu luas. Misalnya udara
yang kita dapat itu rezeki yang dipaksa, cuba kita tahan nafas lima minit je, memang
tak boleh, kan. Tu rezeki yang ‘dipaksakan’ oleh Allah. Jangan sombong dengan
Allah misalnya mengaku kejayaan yang diperoleh atas usaha sendiri sedangkan
Allah boleh tarik apa sahaja yang telah diberikan-Nya dan bila-bila masa.
Sekarang ni saya lebih banyak di Telegram ikut channel
motivasi dalam bentuk penulisan. Kadang-kadang jiwa ini pun perlu diberi makan setiap hari untuk stay positive mengingati dan bersyukur pada Allah. Antara channel
yang diikuti- Insyirah Azhar (telegram.me/bahagiahidupbertuhan)–mula follow
bila keluar dalam akhbar Utusan . Dan dari situ mengenali pula motivator
Indonesia Ippho Santosa (telegram.me/ipphoright) lebih baik pilih yang sama
serumpun dengan kita sebab linkungan budaya dan agama yang sama so senang
terima. Dan dari situ juga jumpa Nasrullah (telegram.me/rahsiamagnetrezeki) tetapi
ini banyak dalam bentuk audio. Kesemuanya gratis ya hehe. Bahasa tidak menjadi
penghalang. Kamus online kan ada!
No comments:
Post a Comment