Tajuk: Everlasting Love , 5 tips mudah pasakkan ‘love’ dalam
hati anak agar mereka cinta kita hingga akhir hayatnya.
Penulis: Dr Siti Ujila Masuri
Kategori: E-book
Halaman: 20 muka surat
Nota: Merupakan sebahagian daripada bab yang terkandung
dalam buku terbaharu yang bakal dilancarkan Love Parenting – dijangka September
2016
Isi kandungan:
Permulaanya penulis bercerita tentang tanggungjawab yang amat berat dan
banyak untuk mendidik anak.
Apa yang mesti aku buat kat anak?
Didikan apa?
Kemahiran apa yang perlu ditanamkan?
Apa yang anak mesti mahir dan pandai kelak?
Perasaan itu membuak-buak. Itu belum masuk bab apabila anak
sudah masuk sekolah. Banyak tanggungjawab yang difikirkan hingga boleh
membuatkan sesak fikiran.
Penulis membandingkan dengan didikan yang diterima daripada
ibunya. Dan beliau masih mengingati bagaimana ibu tidak pernah merungut melayan
kerenah anaknya walaupun dia amat
kepenatan.
Itulah beza saya dengan emak. Bila saya tengok anak, saya
nampak ‘tanggungjawab’ tapi ketika mak tengok saya, all she saw was love.
Appreciation
Nikmat
Anugerah…
Nak tahu 5 tips tersebut, boleh click di sini
Komen: Mengenali Dr Siti Ujila ni melalui Ustaz Asraff Ayob
yang mengajar tajwid. Isteri beliau.
Sekarang ni banyak buku mengenai ‘Parenting’ sedangkan mak
bapa kita dahulu tak ada pula yang pergi kursus, baca buku dalam mendidik anak-anak tapi jadi ‘orang’
juga anak-anak tu, kan?
Dulu, kebanyakan ibu
merupakan suri rumah, ada masa ‘tengok’ anak-anak. Sekarang memang ada juga
emak yang jadi suri rumah tapi sibuk juga dengan bisnes di rumah. Dulu juga anak-anak tidak terdedah dengan
dunia luar jadi memang tidak langsung
berfikiran jauh untuk membuat sesuatu yang luar biasa. Sekarang dunia tanpa
sempadan, anak-anak pun dah boleh tengok
dunia luar sana dan akan mempengaruhi fikiran. Budak-budak sekarang, kalau
lambat hantar Taska pun macam rasa dah ketinggalan sangat tu sebab anak orang
lain awal-awal dah belajar macam-macam.
Jadi nak tak nak, memang kena belajar dan ambil tahu juga skill parenting ni.
Walaupun tiada anak, itu bukan alasan tak perlu ambil tahu, anak-anak saudara
ada ni. Kena bagi contoh juga jadi mak cik yang baik.
Sama seperti yang Dr Siti Ujila cakap, ibu bapa tengok anak
tu sebagai tanggungjawab sehingga banyak do and don’t yang sering keluar dari
bibir. Tapi sebagai mak cik kepada 4 orang anak saudara ni, memang tak terbeban
langsung bab tanggungjawab ni, just seronok main-main dengan derang. Lebih-lebih
lagi sekitar umur 4-8 tahun ni main, main dan
main. Main sorok-sorok, main khemah, main masak-masak dan itu yang membuatkan
derang nak ikut Mak Uda balik. Hahaha, adoilah anak-anak setakat 2, 3 hari memang la boleh layan main sepanjang
hari. Kalau dah lama-lama, Mak Uda pun tak boleh buat kerja lain jadinya.
Sebagai mak cik, kita kena ikut dan menyokong peraturan yang
telah dibuat oleh mak bapanya. Contoh, jangan makan tu, nanti sakit perut. Walaupun dalam hati kecil kata, biorlah sikit
je pun. Ha, kena ikut tu, tak pasal-pasal budak tu sakit perut nanti. Last-last
mak bapak dia yang akan jaga kan. Untuk
mak saudara – mak saudara, fikiran perlu selaras dengan ibu bapa supaya
anak-anak tidak akan membantah ibu bapanya sendiri. Itu pendapat sayalah.
Akhlak Rasulullah SAW dengan anak-anak wajar diikuti oleh
kita umat baginda ni. Kasih sayang, itu yang telah Rasullullah SAW tunjukkan kepada kita selama ini.
*I am Mak Uda
No comments:
Post a Comment