Budak-budak yang membesar era 80-an, ingat lagi tak perkataan ni? Dalam Kamus Dewan pun tiada perkataannya. Memang bukan bahasa buku. Biasanya bila ditanya bab mengaji Quran, dah sampai mana? Jahama. atau kadangkala disebut juga muqaddam. Dah lama juga perkataan tu hilang dalam ingatan. Tetapi sejak udah besor-besor gini belajar tajwid balik, barulah perasan Juz Amma. Hmm adakah jahama itu Juz Amma? Hehehe.. tidak pasti sama ada ini loghat di sesebuah negeri atau macam mana. Tiada jawapan.
Juzuk 30 Juz 'Amma
Juz Amma ialah Juzuk ke-30 dan terakhir dalam al-Quran al-Karim serta mengandungi 37 surah -surah pendek. Surah-surah secara khususnya dan juzuk ini secara amnya mengingatkan kepada kedatangan hari akhirat. Kehidupan semula selepas mati, pertemuan dengan Allah SWT dan kekuasaan-Nya pada alam ini. Seolah-olah mengingatkan manusia: "Wahai manusia, jadilah hamba yang dekat dengan Allah, mentaati-Nya kerana segala urusan kembali kepada Allah. Kamu akan dibangkitkan dan dihisab segala amalan kamu pada hari kiamat iaitu hari semuanya akan berdiri di hadapan Allah. Justeru itu, laksanakanlah segala ajaran agama ini, hukum-hakamnya dan segala tingkah laku yang baik dalam kehidupan di dunia ini."
Ada 37 surah dan bermula dengan Surah An-Naba (Surah ke-78) dan diakhiri dengan Surah An-Nas (Surah ke-114).
Teringat satu ketika pertandingan dalam rancangan tv di astro. Soalan yang paling terkesan pada diri. Soalannya, ada berapa ayat di dalam al-Quran? Diletak 3 pilihan jawapan. Ketika itu pasangan peserta tersebut bukan Islam, jadi dia memang percaya dekat kawannya yang Islam itulah akan jawab dengan betul. Banyak juga duit yang dipertaruhkan.
Sejak dari itulah saya sentiasa pahatkan dalam fikiran. Surah quran ada 114. Walaupun nampak simple je soalan tu tapi ia jelas menunjukkan betapa kita kenal atau tidak Quran itu keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment