Kampus Induk Maktab Koperasi Malaysia, 103 Jalan Templer 46700 Petaling Jaya |
Jika anda menjadi anggota mana-mana koperasi di Malaysia
tidak kiralah koperasi sekolah, koperasi kakitangan awam, koperasi kakitangan
swasta, koperasi masjid atau koperasi
keluarga, anda layak untuk mengikuti kursus yang diadakan di MKM. Terdapat
5 zon MKM, Zon Tengah (HQ di JlnTempler,PJ), Zon Utara, Zon Selatan, Zon Sabah,
Zon Sarawak dan Zon Timur. Boleh pilih mana-mana je yang nak pergi tapi kalau
di Sabah dan Sarawak, tiket kena beli sendiri ya.
Kursus pelbagai, boleh belajar kursus komputer, urutan
tradisional, pelancongan, ternak ayam, kambing, lembu, asas akaun dan banyak
lagi. Boleh tengok di web untuk sepanjang tahun 2017. Yuran kursus bagi anggota
koperasi serendah RM50. Harga berbeza mengikut kursus kerana ada yang perlu
dibuat di luar dan mungkin boleh menjangkau beratus tapi ia masih murah jika
hendak dibandingkan dengan yang bukan anggota koperasi. Oleh itu sebagai anggota koperasi bolehlah
ambil peluang tersebut untuk meningkatkan diri dan seterusnya boleh digunakan
untuk memajukan koperasi.
Keutamaan penginapan diberikan kepada peserta yang tinggal
melebihi 40km daripada tempat kediaman ke tempat kursus. Kalau di MKM PJ ni
duduknya di asrama. 1 bilik 3 orang. Satu katil dua tingkat dan satu katil
bujang. Ada tv, meja study, almari dan tuala disediakan. Bilik air
berkongsi memang macam duk asrama tu.
Ada balkoni untuk jemur baju. Jadi orang jauh bolehlah bawa sabun basuh kalau
nak membasuh baju. Ohh bawa plastik sekali untuk nak mengangkatnya. Ada kedai
koperasi di situ kalau nak membeli baldi, paling lama kursus 5 hari tak rajin
pula nak membeli baldi, kan. Seterika dan air panas/sejuk pun ada di pantry.
Check in asrama satu hari sebelum kursus, 4.30 petang hingga
8.30 malam. Kalau lambat, sorry silalah
bermalam di tempat lain dahulu. Esok pagi baru boleh masuk bilik.
Makan malam juga disediakan untuk yang dapat penginapan tapi
untuk keesokan harinya. Hari check in kena cari dinner sendiri. Kalau kena masuk hari Ahad, baik beli
siap-siap di luar sebab kedai koperasi pun tutup. Kedai makan kena keluar MKM ni, tak ada yang
berdekatan.
Cara untuk pergi ke sini, yang bawa kereta boleh park dalam
MKM ni tapi tak tahulah ada tempat tertentu atau tidak sebab saya biasa naik
bas je. Bas boleh ambil di LRT Taman Jaya. Ada bas yang memang lalu depan MKM
ni dan ada bas yang tak masuk tapi boleh naik juga, kena berjalanlah. Depan
daripada balai polis tu ada bus stand dan sebelum bulatan (ohh ni pergi yang
tahun lepas, kalau jalan tu tak ada apa-apa perubahanlah). Dari situ nak jalan
ke MKM lebih kurang 1km lebih hmm rasanya..hehe sorry tak ingat tapi idak la
jauh beno rasanya. Tambang RM1. Kalau naik teksi, tambang sekitar RM4.
Kebiasaanya kelas habis pukul 4.30 petang. Ada yang ambil
kesempatan pergi jalan-jalan tapi saya lebih tertarik nak pergi
perpustakaannya. Dah datang dari jauh, inilah masanya nak dapat maklumat
tentang koperasi. Kalau library lain, keutamaannya pun lain. Hehe..macam bagus je kan..haha jangan kecam. Dah biasa kat KL ni so tak berapa nak heran sangat. Orang lain yang datang dari jauh memang time ni la nak berjalan-jalan. Bagi peserta kursus jangka pendek boleh pinjam 6 buah buku
sepanjang kursus. Pukul 8 pagi dah buka hingga 6 petang. Sebelum kelas start bolehlah baca paper di sini dulu.
Perpustakaan di block A. Asrama kena check in di blok B. |
Pintu masuk ke MKM |
Sempat pinjam 12 buah buku sepanjang 3 hari kursus. Bukan baca dari kulit ke kulit, cari isi penting je. Mana nak sempat kalau baca betul-betul. |
Saya pernah jumpa seorang peserta kursus dari Sarawak.
Respek sangat dekat akak tu sanggup terbang untuk mencari ilmu. Kursus pendek
je pun, 3 hari. Tambang bayar sendiri. Dan ini bukanlah pertama kali dia datang
berkursus di sini, sejak sekian lama memang dah rajin datang. Merasa juga kek
lapis Sarawak sebagai ole-ole. Jadi sesiapa yang duduk berdekatan apa lagi,
boleh click di sini untuk tengok kursus yang diadakan. Bagi sesiapa yang sudah
mendaftar boleh tengok di sini untuk tahu sama ada permohonan diluluskan. Isi sahaja borang dan cop koperasi disertakan
untuk pengesahan, scan borang dan e-mel.
Bagi yang bekerja boleh tanda di borang tu
cuti tanpa rekod nanti pihak MKM akan bagi surat pelepasan tapi bergantung jugalah kepada
majikan sama ada nak lepaskan atau tidak, kan. Kalau macam tu, kenalah ambil
cuti sendiri.
5 comments:
saya ingin bertanya kenapa maktab kerjasama malaysia di kawasan petaling jaya ditutup? dipindah kan ke tempat lain ke bagaimana?
Maktab kerjasama malaysia saya rasa merupakan nama lama. Sekarang ni maktab koperasi malaysia. Saya tak pasti encik maksudkan yang di petaling jaya itu di mana, yang HQ ni alamatnya di jalan templer, PJ. Last saya pergi bulan 11 yang lalu. Masih ada. www.mkm.edu.my
Maktab kerjaasama malaysia kini dikenali dengan nama Maktab Koperasi Malaysia, MKM HQ masih lagi berada di 103 Jalan Templer Petaling Jaya. Sebarang pertanyaan boleh hubungi ditalian 03-7964 9000 atau boleh layari website MKM di www.mkm.edu.my
Betul ke maktab koperasi malaysia menyediakan skim pinjaman peribadi
oh saya pernah tengok iklan tu. Jangan terpedaya, maktab koperasi malaysia atau kini namanya institut koperasi malaysia hanya merupakan pusat latihan dan pendidikan koperasi. Hanya menawarkan kursus.
Post a Comment