Sumber: Google. Bahasa Thailand. Pusing-pusing tu tulisannya enjoy juga. |
Sumber: Google. Bahasa Mandarin. No 1,2, 3 senang nak ingat. |
Rupa-rupanya
bila kita belajar bahasa lain ni, kita boleh mengaplikasikannya pada bahasa
lain dan mengingatinya. Belajar menulis bahasa Mandarin perlu tahu stroke iaitu
berapa banyak garisan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu character
(perkataan) itu. Contoh:
Ok, mari kita tengok pula cara saya mengingati angka Arab ni.
Sila click untuk lebih jelas. Nombor 1-6 |
Sila click untuk lebih jelas. Nombor 7-10 |
Itu cara saya. Bagaimana pula cara anda mengingati nombor? Nanti kongsikan ya.
Bila dah kenal nombor. Mari kita buka Quran pula.
Kebiasaanya
untuk menyenaraikan isi penting kita gunakan nombor 1,2 (dan seterusnya)
kemudian barulah kita tulis isi penting tersebut. Berbeza dengan al-Quran,
nombornya terletak di hujung ayat.
Contohnya jika kita mencari ayat nombor 7, kita cari nombor 7 dahulu dan
ayat sebenarnya ialah yang sebelumnya dan bukan selepas nombor tersebut. Kelirukan.
Bukan macam kebiasaan ayat yang bernombor. Susah nak betulkan tabiat tu. Tapi
kena betulkan, kena lari daripada kebiasaan dan mungkin akan dapat hasil yang
lebih baik. Cuma belum nampak lagi.
Sesuatu yang
di luar kebiasaan juga, kebiasaannya bila membaca quran terjemahan kita akan
baca ayat dahulu dan kemudian baca terjemahannya. Cuba tukar baca ayat yang
telah diterjemahkan itu terlebih dahulu kemudian baru baca ayat Qurannya,
secara tidak sedar kita akan lebih memahami kerana ‘ternampak’ perkataan yang
sama dengan Bahasa Melayu apabila membacanya. Cer cuba try test ya.
*Bacaan
tambahan untuk asal usul nombor.
No comments:
Post a Comment