Kalau tak silap saya juga, kalau orang buat roadshow, perkataan 'jelajah' lebih banyak digunakan. Contoh siri jelajah bla bla bla. Jerayawara ini memang itu pertama kali saya membacanya. Dahlah tergeliat lidah nak menyebutnya. Oleh kerana ada persoalan lain yang bermain di minda, agensi yang layak ditanya sudah pasti Dewan Bahasa dan Pustaka.
Soalan saya setelah diringkaskan: Adakah penggunaan jelajah tidak tepat untuk menggambarkan roadshow?
Jawapannya di bawah.
Mula-mula kita buka website ni dan ikut langkah-langkah berikut.
Pilih e-perkhidmatan |
Pilih khimat nasihat bahasa |
Akan keluar paparan ini dan ada log masuk di situ. Oleh kerana saya memang dah daftar lama, jadi saya log in sahaja dan kemukakan soalan |
Jawapan diterima dalam masa dua hari. Boleh telefon juga, tetapi emel lagi jelas penerangannya. Lagipun kita boleh tengok rekod soalan yang pernah ditanya sebelum ini.
Jawapan daripada DBP: Perkataan jerayawara bermaksud persembahan, pameran, ceramah dan sebagainya diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yang berkunjung dari satu tempat ke tempat lain dengan tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai, mempromosikan sesuatu dan sebagainya. Perakataan jerayawara lebih mengkhusus maksudnya berbanding perkataan jelajah yang bermaksud pergi berjalan ke merata-rata tempat (untuk menyelidik dan lain-lain)
Biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Kita cuba.
1 comment:
Cun
Post a Comment