Pasti ramai yang mengenali watak Sarip Dol di dalam filem
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Watak ketua samseng Kampung Dusun. Ha, ni dia
Sarip Dol, samseng di kampung ni.
Cak sikit. |
Cak banyak |
Sarip Dol versi kucing ni,
nama sebenarnya Tiger sebab dari kecil memang warna macam harimau. Corak
bulunya pun special. Kucing mak cik saya. Tapi dek kerana jenis garang suka
mencakar, saya suruh tuannya tukarkan namanya. Manalah tau, kan, sebab namanya
Tiger dia jadi ganas macam harimau. Haha. Tapi sebab masih ganas lagi, akhirnya saya panggil
Tan Tiger. Kat sini gambar Tan Tiger masa kecik.
Ada berani nak lawan saya? |
Sebenarnya sebelum ni ‘abangnya’ ketua samseng di kawasan kampung
ni tapi sejak dah hilang dan dia pun dah besar, Tan Tiger ni pula ambil alih.
Kawasan jajahannya jauh juga lebih kurang 1km lebih dari kawasan rumahnya.
Macam mana saya tahu? Jiran yang datang rumah nampak kucing tu, “Lor kucing Kak
Gayah ke. Habis gaduh dengan kucing kat rumah tu.” Takpun, “Hai si pusar ni
(siap tukar nama tu hehe), jahat betul”.
Tenungan makrifat |
Ha, terbabit sekali tuannya. Hihi. Macam mana pulak nak
dilarang kucing tu, kan. Kawasan kampung, memang kucing tu bebas bergerak.
Siapa yang kuat, dia akan survive. Kalau musim mengawan, memang tak nampak batang
hidung. Tak balik rumah. Mencari aweks. Dua tiga hari kemudian baru balik. Kalau
lepas ni dia pulak hilang, akan ada kucing lain yang akan menjadi ketua di
kawasan itu. Belum nampak lagi siapa yang berpotensi itu.
No comments:
Post a Comment