Kewujudan Facebook membuatkan
ramai yang jumpa semula kawan-kawan sekolah. Dari tadika sampai ke sekolah
menengah. Selepas adanya WhatsApp, komunikasi beralih arah dan sembang-sembang
lebih rancak lagi kat situ. Wujud pula group WA sekolah rendah dan menengah/group WA sekolah rendah sahaja, group WA form 5, group WA form 6. Biasalah tu
kan, bila mencari geng yang serasi, wujud group-group kecil yang kadang lima
enam orang je. Sekolah saya semua perempuan je. Topik utama dalam semua
kumpulan tu, “Camne nak kurus ni. Ala, dah naiklah berat.” Hmm.. topik yang
tidak akan habis. Haha.
Macam-macam hal kawan-kawan ni. Ada
yang perangai dari sekolah tak berubah sampai lah ke besor ni. Reda aje. Asam garam kehidupan. Ada yang terasa hati, udahlah tinggalkan
group. Pastu keluar madah berhelah di media sosial lain. Eh! Hihi. Demokrasi
kan. Tapi ada juga yang tinggalkan group
sebab banyak beno bersembangnya, lagho kata dik dema. Ada yang memang tak masuk
group langsung sebab dia mencari kawan-kawan baru yang dia kenal sahaja, kawan
sekolah tak pandang. Senang je nak detect kawan gini, bila kita tanya
sepatah, dia jawab sepatah. Pastu diammmm. Haha maknanya orang tu tak nak kawan
dengan kita tau. Jadi biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.
Tinggalkan yang negatif, mari kita
pandang dari sudut positif. Bila adanya group sekolah yang sama umur, sama
jantina, sama kampung dan sama membesar ia seakan group sokongan. Contoh, sama-sama
tua dah. Masing-masing banding uban di kepala dan kedut di mata yang mula
kelihatan. Membesar di kawasan yang sama membuatkan memori yang tersimpan pun
sama dan rasa cinta pada kampung tu masih kekal walaupun dah berhijrah.
Lagipun, masing-masing kenal dah mak, bapak, adik beradik dan rumah lama. Saling sama mendoakan kesihatan ibu bapa
masing-masing. Tak sama perasaannya bila kita bercampur dengan group yang kita
kenal masa belajar universiti, group kerja atau group rumah sewa.
Masa Ramadan baru ni kami yang dalam
group WA sekolah rendah dan menengah buat satu projek untuk beri sumbangan
kepada rakan sekolah dan suaminya yang mempunyai masalah kesihatan. Ramai yang
menyumbang sebab terkenangkan rakan ni yang memang baiklah zaman sekolah dulu dan tingkah laku baiknya tak berubah sampai sekarang.
Semoga persahabatan antara kita berkekalan dan sama-sama menuju ke syurga.
Sekolah Rendah |
Sekolah Menengah |
Gambar ihsan google sebab gambar saya banyaknya dah habis kena banjir masa bawa ke kl.
No comments:
Post a Comment