Sekarang ni
sudah banyak kisah kemurungan atau depresi yang merupakan masalah kesihatan
mental. Malah melalui pembacaan saya, menjelang 2020, penyakit mental dijangka
menjadi masalah kesihatan kedua terbesar membahayakan rakyat Malaysia selepas
penyakit jantung. Tarikh 10 Oktober juga dipilih sebagai sambutan Hari Kesihatan
Mental Sedunia. Lagilah banyak pendedahan kita boleh baca. Sedangkan masa dulu
hanya tahu stress, tension bila banyak kerja di pejabat atau hadapi jalan sibuk
lebih-lebih lagi di KL.
Haish
melalut pulak, sebenarnya nak cerita pasal kucing pun ada murungnya.
![]() |
Dia suka tidur dalam besen. Kiut,kan? |
Ini namanya
Si Kentang, nama kentang muncul sebab masa kecil dia duduk di bakul kentang dan
nampak bulat-bulat macam Kentang sebab gemuk. Maknya kucing pendatang. Duduk
rumah jiran. Bela di luar sahaja beri makan. Maknya memang mengandung aje
sepanjang tahun, dahlah tu banyak pulak kadang kadang 5, 6, 4 ekor sekali. Tak
pernahnya sikit. Jika nak diikutkan jumlah kalau dikumpul-kumpul mahu dekat 16
ekor dari satu ibu sahaja. Tapi kemudiannya banyak yang mati. Setiap kali mengandung tulah memang
jiran dah bagi amaran nak buang sebab tak larat nak jaga. Dan setiap kali tu juga
tak jadi buang sebab dah bersalin pulak.
Saya memang
tak boleh bela kucing lain sebab Si Kuntum ni idak beri kebenaran kucing lain
masuk ke rumah haha. Dia jenis berkawan dengan orang je tak geng dengan kucing.
![]() |
Tuan Rumah Si Kuntum. |
Ketika Si
Kentang ni besar sikit, udah nampak emaknya mengandung lagi. Timbul lagi cerita
nak buang sebab ditambah pula ibu kucing yang lain datang bawa anak-anaknya
juga. Suami jiran ni pun bukanlah suka sangat kucing. Daripada dema bergaduh sebabkan
kucing ni, mak Si Kentang ni kenalah buang. Dari sehari ke sehari Si Kentang
nampak murung, duduk termenung. Tak berapa nak makan.Walaupun ada
abang-abangnya (dari generasi sebelum ni) tapi tidak dapat menggembirakannya.
Badan yang gemuk pun dah jadi kurus, kiranya tang tengkuk tu macam nampak kulit
je.
![]() |
Kentang dan ibu, sama warna, kelabu dan putih. |
![]() |
Kentang dah pulih dari kemurungan |
![]() |
Ni kucing datang lagi, yang ni pun sekali beranak dah 4 ekor. Ni la kawan-kawan Kentang. |
Masa berlalu, dalam 4 bulan macam tu, Si Kentang kelihatan aktif semula sebab
ada anak kucing lain yang beranak kat situ dan dia macam ada geng bermain.
Sekarang semakin besar dan semakin nakal.
![]() |
Dua-dua kucing ni kucing jiran. Sebab derang ni datang berdua tu saja panggil Kak Siam. Yang kuning tu dah mati. |
Dengan tak
semena-mena sempena bulan Muharam, pandai pulak dia bawak anak dia dua ekor
datang rumah saya berhijrah. Azam baru le tuh. Kecik-kecik lagi anaknya mungkin
dalam 3-4 bulan. Memang dalam ketakutan
je sebab suasana baru. Nampak orang sahaja cabut lari bawah kereta. Dalam
seminggu dia duduk, masa saya pergi KL entah macam mana anaknya dah tak ada,
tak dapat dikesan. Memang maknya lari dari pagar pergi ke rumah jiran sambil
mengiau mencari anak. Bila dah letih dia diam duduk termenung. Lepas tu mula
pergi balik sambil mengiau. Saya syak ada kucing jantan yang datang sebelum ni
bunuh. Tak tahu la mitos ke apanya, tapi kucing jantan memang bunuh anak kucing
jantan. Ha betui ke? Cuma teringat masa bela kucing dulu-dulu, yang anak kucing
betina idak dikacaunya tapi yang jantan mati.
![]() |
Kak Siam dengan anak-anaknya masa baru berhijrah. |
Ataupun
sebab kedua-duanya selalu lari bawah kereta dan masuk enjin lepas tu.. huhuhu.
Entahlah tapi memang tak dapat dikesan jejak. Maknya la kesian, kemurungan.
Kadang bila dia nampak kereta warna merah, dia akan masuk bawah tu dan mengiau.
Huwaa. Kesiannya. Perkara ini berlarutan dekat 3 bulan. Alhamdulillah masa berlalu,
keceriaan mula kelihatan bila nampak dia melompat-melompat mengejar tupai.
Hanya masa sahaja yang mengubatnya.
Itu kalau
kucing, tapi kalau manusia yang murung, jangan buat pasal nak tunggu lama, sila
dapatkan rawatan.
Dari catatan
fb Hafiza Razali (Medical Doctor & Pharmacology Lecturer)
Simptom
Depresi
- Perasaan sedih sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu.
- Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti yang disukainya sebelumnya.
- Kurang selera makan atau berat badan merosot daripada asal dalam waktu yang singkat.
- Corak tidur berubah, kurang tidur atau lebih tidur.
- Selalu letih dan kurang tenaga
- Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu perbuatan atau merasa diri tidak berguna.
- Tidak mampu memberikan perhatian. Konsentrasi yang terjejas.
- Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai rancangan untuk membunuh diri.
- Gejala ini menjejaskan fungsi seharian individu sama ada daripada aspek sosial atau pekerjaan.
Sila
dapatkan rawatan.
1 comment:
I liked your blog thanks for sharing this
Post a Comment