Merupakan
sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membangunkan usaha dakwah dan
kebajikan. Terletak di Desa Setapak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan untuk berkongsi keindahan Islam
kepada dunia melalui sumber yang sahih yakni al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad
saw. Bermula dengan Page FB sahaja tapi dah jadi NGO yang dikenali. Diasaskan
oleh Firdaus Wong Wai Hung. Ha bukan Wong Fei Hung macam dalam cerita cina tu
ya. Panggil Bro Firdaus sahaja.
Baru-baru
ini saya berkesempatan mengikuti Kursus Metadologi Dakwah di MRM. Bayaran RM48 sahaja untuk dua hari tapi
perkongsiannya memang banyaklah yang menjentik minda.
Dari kanan, Bro Azim, Bro Firdaus dan Ustaz Iqram |
Saya rasa masyarakat kita ni ‘takut’ dengan perkataan dakwah ni. Dulu-dulu masa masuk universiti, tengok orang tu tudung labuh, berjubah pun kadang-kadang jauhkan diri. Takut kena dakwah huhu sebab masa tu kan macam budak-budak mentah baru datang bandar. Tapi sebenarnya kalau kita belajar sejarah, antara sebab penjajahan di Tanah Melayu ialah misi agama Kristian. Zaman dulu lagi derang dah ada matlamat nak dakwah. Sahabat Nabi saw pun sebarkan Islam ke pelusuk dunia. Bermakna, ia sepatutnya menjadi kebiasaan seorang muslim. Sampai tang kita, semua itu hanya sebagai satu sejarah untuk menjawab soalan peperiksaan. Malah dakwah dikatakan tugas ustaz dan ustazah.
Mengikut
kata Firdaus Wong, masa mula-mula dia dah pilih jalan nak berdakwah, kawannya
yang Melayu beragama Islam tanya, “Buat apa? You baru masuk Islam.” Dia jawab, “Sebab
you tak buat, terpaksalah Cina ni yang buat.” Mestilah kita terasa, kan? (Bagi
yang ada hati dan perasaan).
Sebenarnya
masa saya bekerja dengan syarikat Cina ni, memang saya rasa saya tak pernah
terangkan pasal Islam ini sebab macam tak tahu apa nak dicakap. Sedangkan kawan
sekerja ni pula yang lebih banyak terang pasal Buddha. Dia excited bercerita. Cerita pasal datuk kong, perayaan hantu lapar, kuih
chang, dewi kwan yin, perayaan qing ming, sebab tak makan daging, yee sang, moon cake,
dan lain-lain. Walaupun saya tak lah terikut tapi sekarang ni baru rasa
menyesal tak ambil peluang untuk terangkan pasal Islam selain hanya tunjuk
perilaku seorang muslim sahajalah.
Apa
alasanmu? Itulah salah satu tajuk yang dibincangkan dalam kursus.
Peserta mula
menyenaraikan alasan-alasan kenapa tidak berdakwah iaitu tak ada ilmu, tak ada
masa, perkara sensitif, malu, tak pandai bercakap dan takut. Semua alasan itu mudah
sahaja dicantas oleh Bro Firdaus.
Tiada ilmu –
Nabi bersabda sampaikan olehmu walau hanya satu ayat. Ha boleh je, kan.
Sambil-sambil tu kita tambahkanlah ilmu, takkan nak statik je. Bukan jugalah
nak suruh hafal ayat Quran sehingga jadi ustaz baru nak mula dakwah.
Tiada masa –
Nabi Muhammad sendiri banyak peranan dan tanggungjawab, suami, bapa, ketua
perang, pemimpin dll tapi ada je masa. Sebenarnya masa akan ada jika kita nak
cari. Contoh: Kalau anak masuk wad kecemasan dan kita sibuk kerja. Keutamaan
yang dipilih? Bila kita tahu keutamaan, kita akan peruntukkan masa itu.
Takut kerana
perkara berkaitan agama sensitif – sensitif itu dah tiada bila kita dah biasa.
Dah kita tak mulakan, macam mana nak biasakan diri.
.
Malu –
kadang kita ni malu tak bertempat. Kita tahu agama Islam itu benar. Kita tahu
Islam itu baik dan sebab itu kita kekal sebagai muslim tapi kenapa kita tak kongsi
perkara itu kepada orang lain yang belum Muslim. Kita dakwah bukan sebab nak
hasil, tapi sebagai Muslim, kita ikut apa yang Allah suruh.
Fusilat
41:33 Tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada
Allah serta melakukan amalan soleh sambil berkata, “Sesungguhnya aku adalah
dalam kalangan orang yang berserah diri!”
Tak pandai
bercakap – Nabi Musa berjumpa Firaun untuk dakwah sebab Allah suruh. Nabi Musa
tak petah bercakap tapi tetap berjumpa Firaun. Kita pun berjumpa orang idaklah
macam Firaun tu, kan.
Satu perkara
lain yang disentuh juga, kadang kala kita yang muslim dari lahir ini sendiri
memberi persepsi yang salah tentang Islam. Bro Firdaus bercerita ketika belum
Islam dia berkawan dengan seorang Melayu dan seorang India. Mereka berjanji nak
main bola keesokan harinya, yang Melayu tu kata Insya-Allah. Tunggu punya
tunggu esoknya kawan yang Melayu tak datang. Dia pun tanyalah kawannya bila dah
jumpa. “Saya kata Insya-Allah, ma.” Sejak dari haritu Bro Firdaus akan ingat
kalau kawannya kata Insya-Allah tu maksudnya tak datang lah. “Ni yang saya nak
tegur Melayu ni. Suka hati guna perkataan Insya-Allah,” katanya. Haha. Betul, kan?
Dah jadi kebiasaan. Kita memang tahu tarikh yang dijemput tu kita tak boleh
datang tapi takut nak beritahu sebab bimbang orang tu kecil hati jadi guna
Insya-Allah. Harap-harap tak adalah bersikap macam ni lagi ya. Kita ubah.
Satu lagi
yang baru tersedar ada satu tabiat kita ketika minum. Nabi bersabda, makan dan
minum dengan tangan kanan.Tapi kalau kita makan nasi dengan tangan kanan lepas
tu nak pegang gelas pula, kebiasaannya kita akan pegang tangan kiri (sebab tak
nak gelas kotor) dan akan ampu dengan tangan kanan (konon pegang dengan tangan
kananlah). Ha korang buat jugak kan? Betul tak? Logiknya kita sebenarnya pegang tangan kiri.
Ha, kenapa kita tak ikut apa yang dikata oleh Nabi Muhammad sedangkan benda tu
simple sahaja.
Perkara
mudah yang kita boleh buat:
Janganlah
guna bahasa arab, misalnya kalau sebut pasal Nabi, kita cakap radiallahanhu /
saw. tapi cuba tukar gunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris supaya mereka
tahu apa yang kita ucapkan. 'Sejahtera ke atas mereka'.
Sebutan
Bismillah masa makan, sebut dengan kuat dan bukan dalam hati. Biar yang bukan
muslim ni dengar. Macam dalam filem Inggeris di tv kalau derang makan satu
keluarga, kan doa dibaca kuat dan ameen bersama-sama.
MRM biasa
buat Dakwah Jalanan (Street Dakwah). Mereka akan solat di jalanan dan ajak yang
bukan muslim ikut solat sekali. Kalau orang kita ni biasanya kecam, “Macamlah
tak ada surau dah di Malaysia ni, kat jalan juga nak solat”. Sebenarnya itu
satu kaedah untuk tunjuk kepada yang belum Muslim. Tambah mereka lagi, biasanya bila orang belum muslim ni dapat
masuk masjid, mereka akan ke depan mimbar dulu untuk ‘cari’ apa yang kita ‘sembah’.
Dan biasanya masjid kita ni tak berapa friendly sangat kepada belum muslim
melainkan masjid yang memang tumpuan pelancong. Harap pihak AJK masjid dapat
ubah perkara ini.
Cara pegang
brosur untuk diberi pun ada tekniknya, tajuk akan menghadap kepada orang yang
kita beri tu supaya dia terus nampak apa yang ditulis.
Bro Azim ketua Street Dakwah |
Dapat goodie bag ni,tapi kena beri kepada mereka yang lebih perlu. |
Kalau saya, memang confirmlah beli buku. |
Terima
kasihlah barisan sukarelawan MRM. Ada yang meninggalkan gaji lima angka dan
bidang profesional kerana tumpu kepada bidang ini. Khidmat pun bukan mengikut
waktu pejabat. Mereka percaya rezeki itu dari Allah dan selagi bantu agama Allah,
Allah akan membantu. Malah mereka mengunakan kepakaran dan pengalaman dari
bidang mereka sebelum ini untuk mengukuhkan MRM.
Boleh ikuti mereka
di Facebook Multiracial Reverted Muslims-MRM, Firdaus Wong Wai Hung-Official,
Ahmad Iqram Mohamad Noor.
Semoga terus
maju MRM.
1 comment:
Helo
Post a Comment