Sunday, October 9, 2011

Langkawi Permata Kedah

Dah lama tak pi Langkawi... mahu lebih 10 tahun dah. Naik feri dari Kuala Kedah. Perasan perjalanannya sekejap aje..rupanya lebih kurang 1 jam 20 minit. Memandangkan pernah muntah masa naik flight - dulu dulu dulu punya cerita- sekali je ... ada sikit paranoid bila naik pengangkutan udara dan air ni. Nasib baik lah ada tayang movie untuk distract hehehe. Tak percaya dengan diri sendiri. Bertolak dari KK pukul 7pg..tapi kira lewat juga tu.. pukul 10.45 pagi baru naik ferinya. Sampai Kuah dah tengah hari. Sewa kereta di sana.. RM50. Harga bergantung kepada kereta yang dipilih, kalau kereta baru lagi mahallah sewanya.



Pergi ke Beras Terbakar beli-beli barang kat situ. Coklat, gajus, kain batik, kain pelekat, fridge magnet, air gamat. Kemudian terus ke Langkawi Geopark nak naik kereta kabel kat situ. Terletak di Gunung MaChincang. Senang je nak cari. Kat Langkawi semua papan tanda terang dan jelas. Nasib tak baik, hujan lebat sesangat sampai kat situ. Tak berjalan lah jadinya. Berteduh sambil makan kat gerai dulu. Pukul 3.30 tu hujan dah berhenti...tapi frustnya..uwaaaaaaa.. kereta kabel ditutup sementara. Dia cuma buka untuk nak turunkan orang yang kat atas tu je.

Masa operasi: (seperti yang tercatat di dalam pamflet)

Isnin-Khamis: 10pg-6ptg

Jumaat-Ahad dan Cuti Umum:9.30pg-7ptg

Rabu sahaja:12tengah hari -6petang

Operasi Kereta Kabel Langkawi bergantung kepada keadaan cuaca. Pelawat dinasihatkan menelefon dahulu untuk mengelakkan kekecewaan seperti saya. Panaroma Langkawi S/B:04-959 4225, info@langkawicablecar.com.my

Antara anugerah yang diterima:

PRIX ACIER AWARDS 2005-Outstanding construction. Architectural quality & technical proficiency of steel works. Awarded by Swiss Institute of Steel Construction, Switzerland.

FOOTBRIDGE AWARDS 2005- Winner for technology Longest Span proficiency of steel works. Awarded by Swiss Institute of Steel Construction, Switzerland

Endorsed by the MALAYSIA BOOK OF RECORDS for The Longest Free Span Single Rope Cable Car- Total in Length-919.5 meter. One of the Steepest Gradient in the world – 42 degree.


Langkawi pulau yang penuh dengan cerita legenda. Setiap tempat ada sejarah tersendiri. Di sini boleh tahu macam mana dapat nama Kuah dan Kisap.


Bersarapan di Jitra. Tosei dan Capati sedap cicah dengan ayam madu dan gulai daging cincang. Pagi-pagi dah ada orang makan nasi minyak kat sini. Tak larat weh. Ada kesempatan sampai la di sana lagi.

Friday, October 7, 2011

Belasungkawa

Belasungkawa- dari perkataan Jawa. Pernyataan turut berdukacita, takziah.

Bagi yang celik IT mesti terasa kehilangan Steve Jobs, pengasas dan bekas CEO Apple. Bagi yang buta IT pula mungkin hanya mengenali logo epal yang digigit tanpa mengetahui siapa di belakangnya. Logo yang menarik dan ringkas tapi bermakna. Buah epal yang digigit adalah untuk menunjukkan Syarikat Apple tidak menjual buah epal tetapi menjual teknologi, gigitan atau bite bermaksud Byte. Kalau yang buta IT lagi, kena cakap iPhone, iPad, iPod baru tau la siapa Steve Job ni gamaknya.

Semalam juga, YAM Raja Perempuan Muzwin telah mangkat di IJN. Almarhumah merupakan mantan Raja Perempuan Perak iaitu permaisuri Almarhum YM Sultan Idris Shah (Sultan Perak ke-34) juga merupakan bonda kepada Sultanah Johor, YAM Raja Zarith Sofia. Jenazah akan dikebumikan di makam diraja Kuala Kangsar(sebelah Masjid Ubudiah) hari ini (7 okt) selepas solat asar. Al-Fatihah.

Orang mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belang - orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama buruk. Harap-harap jika saya meninggal dunia nanti orang ingat yang baik-baik. Maafkan segala yang perangai yang buruk-buruk. Perasan tak, selepas meninggal barulah kita cuba nak mengenali tentang seseorang itu. Sudah terlambat. Hargai waktu-waktu yang ada sebaik mungkin.

Wednesday, October 5, 2011

Laksa Goreng

Biasanya kalau ada orang nak datang rumah dan tak sempat nak siap apa-apa hidangan, confirm pergi beli laksa. Lagi senang. Tetamu datang mestilah jamu makan sedap dan kenyang sikit. Kalau jamu biskut kering je tak best la pulak. ... buat malu company je. Terutamanya yang luar dari Perak, mestilah nak promote produk tempatan, Laksa Kuale.

Lepas je tetamu balik, orang rumahlah perabihkan. Bila dah sampai ke esok tak abih-abih lagi, dan mula tak larat nak makan maksudnya ... kenalah recycle daripada terbuang je dalam tong sampah.

Aktor utama: Laksa semalam

Masak je macam masak mi goreng. Walla ... sedap dan mengenyangkan. Maklumlah laksa kuale ni beza ngan laksa segera tu. Makan sekali ngan cili api potong, tabur bawang goreng dan hirisan limau nipis. Terangkat!!

Sunday, October 2, 2011

Best Ever Book Of Paper Fun & Amazing Origami


Sesiapa yang berminat dengan kerja-kerja tangan ni memang sesuai sekali buku ni. Kalau dipratikkan memang bagus...letak dalam almari sebagai hiasan pun bagus gak..hehehe. Kes saja suka membeli la ni.

Penulis: Paul Jackson & Angela A'Court with Marion Elliot.
Penerbit: Hermes House, London Tahun Terbitan: 2003
ISBN:1-84309-387-1
Harga: RM39.90 tapi jadi ahli MPH dapat lah RM31.02 sebab tengah promosi untuk ahli.

Sinopsis: Over 175 fabulous projects. Over 1000 full-colour photographs and diagrams ensure success every time. How to make paper hats, masks, stationery, jewellery, origami, animals, papier-mache, pots, gift boxes, decoration, dolls, toys, booklets, notelets, badges, gift tags and much much more.

Komen: Gambarnya langkah demi langkah jadi memang senanglah nak merujuknya dan berwarna. Merupakan buku aktiviti yang bagus untuk menarik perhatian budak-budak. Origami ni kena buat selalu, barulah ingat macam mana nak lipat sekeping kertas menjadi bentuk yang lain. Tengok macam hiasan kat Bangsar Village ni. Hiasan burung dari bumbung sampai lah ke tingkat dua rasanya. Kalau buat hiasan ni dekat rumah, mungkin nampak tak gah maklumlah dari kertas majalah je. Wah tapi bila masuk Mall, dengan teknik pencahayaan lampunya... kagum tengoknya.

Dulu-dula ingat lagi cerita kantonis zaman-zaman Do Do Cheng dan Alex Mun. Kisah seorang mak ni sakit kat hospital. Anak ni percaya hiasan burung ni boleh membawa tuah kepada maknya atau panjangkan umur maknya jadi memang dia hias penuh lah wad tu dengan burung ni. Esok-esoknya sihatlah maknya. Orang Islam dinasihatkan jangan percaya benda-benda gini ya!! Boleh membawa kepada syirik nanti.



Menggalakkan kempen kitar semula dengan menggunakan kertas majalah. Semakin kecil kertas tu semakin comellah hasilnya tapi semakin susah la juga membuatnya. Huhuhu.

Kalau sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan origami ni kenalah tahu simbol-simbolnya supaya mudah difahami. Biasanya dia dah terangkan di muka surat depan lagi.