Tuesday, October 16, 2012

Kota Kinabalu & Sandakan

1Borneo Hypermall
 
Walaupun dah belajar pasal Sabah dan Sarawak dalam subjek Sejarah dan Geografi tetapi pengenalan awal tentang Malaysia Timur melalui permainan Sai-di-na. Mono-po-ly versi Malaysia. Baling dadu dan beli tanah. Sandakan rasanya berwarna ungu dan dekat dengan penjara dan Kota Kinabalu sebelah petak mula  ... ke KL ya? Lupa pulak. Baik beli tanah di kawasan yang mahal lepas tu buat rumah dan hotel. Boleh kaya dengan makan duit sewa sahaja. Paling best bila dapat kad pertanyaan (?)  yang menyatakan pergi ke petak Mula dan terima RM1400.

Jambatan Tamparuli

 Masa di U pula tak ada kawan rapat dari sana cuma kenal biasa-biasa dalam tutorial dan kuliah sahaja. Alah derang pun bercampur dengan geng derang saja kecualilah kalau seorang tu ‘tercampak’ duk sebilik dengan orang Semenanjung  barulah bercampur sikit.

Rumah Terbalik
 
 Pertama kali di Sabah barulah dapat merasa bagaimana kesusahan mereka yang datang untuk uji bakat  Akademi Fantasia. Perjalanan memang mencabar dari Tamparuli ke Ranau dengan keadaan berbukit dan curam yang lebih banyak corner baring hampir 360 darjah.  Lori pun banyak, tak tahan kalau nak ikut belakang lori je kan. Kalau tak berani potong sampai bila nak sampai destinasi. Ada juga bertembung dengan kereta yang masuk gaung. Takde penghadang pula tu. Fuh seriau jugak. Kena hati-hati ibarat bawak tauhu pun tak akan pecah macam dalam ni hehe.

Kundasang
 
 Bila sampai Ranau teringat Linda AF2, bila lalu jambatan tamparuli pula teringat Marsha AF3, bila cerita pasal orang Bajau pula teringat Adam AF2. Bagus juga AF membuka ruang kerana dapat mengenali orang sana.

Pernah disoal seseorang, bangsa apa? Saya dengan muka hairan jawab Melayulah, aik pakai tudung takkan tak tau. Terlupa la pulak di sana ada lebih 32 etnik seperti Bajau, Kadazandusun, Murut sedangkan kalau di Semenanjung ni, Melayu, Cina dan India tak payah tanya pun dah boleh kenal. Rasanya semua orang kena datang Sabah dan Sarawak dan sebaliknya untuk sama-sama saling mengenali.

Poring Hot Spring
 
Sampai di airport di bahagian imigresen anda akan diberi resit warna putih dan perlu disimpan sampai balik ke Semenanjung semula. Jadi jangan buang merata-rata. Waktu solat juga berbeza kerana ia lebih cepat. Sila semak dulu supaya tak tersalah waktu nanti. Mula-mula sampai ingat sempat solat zohor rupa-rupanya dah masuk waktu asar. Salah waktu sembahyang. Kat Sabah dah Isyak kat Semenanjung baru Maghrib. Tak biasa, rasa macam bercuti di luar negara pulak. 5.30 pagi pun dah terang. Yang pasti kat sini automatik boleh bangun awal.

Sepanjang jalan nak ke Taman Kinabalu memang nampak banyak gereja lebih dari 10. Kalau gerai-gerai makan tu susah juga lah nak cari yang halal. Hanya jumpa masjid semasa di Kundasang dan ketika menuju ke Poring.
Harbour Mall Sandakan
 
Makanan di sini sama sahaja  tapi yang hairannya, setiap kali pergi mesti ada masalah. Ada yang minuman tak sampai, minta makanan lain dia kata takde, alih-alih sampai yang kita minta yang asal, macam mana tu. Masalah komunikasi kot.

Biasa kalau pergi mana-mana mesti singgah kedai majalah, tapi kat sini tak boleh,  mahal 2-3 hengget. Tunggu balik Semenanjung. Kalau nak cari Utusan Malaysia pula kena tunggu  pukul 9.30 ke atas, tunggu kapal terbang sampailah tu. Kosmo tak jumpa kat sini. Yang ada Utusan Borneo. Berita Harian dan Harian Metro pun ada  tapi banyak berita sinilah.


 
Tinggal Sarawak sahaja tak sampai lagi. Kelantan pun hanya lalu sahaja belum betul-betul pergi bercuti. Harap ada kesempatan ke sana nanti. Apapun Sabah best. Thanks Yong yang uruskan tiket dan penginapan. Saya tak boleh diharap sangat hehe.

Sepilok

Tuesday, October 2, 2012

Resepi atau Resipi


Sekali pandang memang nampak sama tapi ejaan sebenarnya adalah Resipi. Setelah sekian lama beli dan tengok buku resipi, saya baru perasan kesalahan ejaan yang biasa saya gunakan. Kita biasa mengeja perkataan mengikut sebutan, jadi biasa memang sebut re-se-pi tu pasallah eja sebegitu. Cuma perasan kesalahan bila tengok buku Bukan Sekadar Resipi .. “eh macam salah eja je” terus tengok kamus, ejaan resepi tak jumpa  tapi yang ada resep (perkataan Indonesia Belanda yang bermaksud keterangan berkenaan ramuan-ramuan dan cara memasak sesuatu makanan.. cari cari lagi ohh re-si-pi  (BI  - recipe).  

Bila benda dah jadi kebiasaan, ambil masa la nak membiasakannya. Misalnya, dulu masa tengok cerita Cina, sarikatanya tulis ‘berhambus’-bahasa percakapan untuk pergilah, nyahlah. Punyalah gelak, mesti salah translate ni, kalau cerita Cina, penggunaan kata ganti nama diri pun selalu salah(dulu-dululah). Tapi bila dah 2, 3 cerita pun eja berhambus, baru check kamus. La memang ejaannya begitu. Kata dasarnya ‘hambus’. Sebelum nak gelakkan orang, selidik dulu ya. Konon-konon Melayu kira dah pandailah BM, kadang-kadang ‘terbabas ‘ juga.

Penggunaan ‘i’ dan ‘e’ kadang-kadang mengelirukan. Sama macam ejaan ‘friend’ tiba-tiba datang blur ‘i’ ke ‘e’ dulu. Tapi saya masih ingat dalam rancangan Carta Era yang menemubual kumpulan KRU ketika zaman O  La La rasanya yang memberitahu cara belajar BI dengan mudah. Tak ingat Yusry atau Edry yang cakap, Biar I yang ‘berkawan’ dulu, maksudnya huruf ‘i’ lah dulu untuk ejaan friend. Itulah penangan artis, sampai sekarang boleh ingat, kalaulah Yusry yang mengajar dulu, mesti dah berabuk speaking London sekarang.

*menarik juga sketsa Di Mana Silapnya di Nasional FM pukul 5.30 petang.