Tuesday, September 14, 2010

Balang Kuih Raya

Raya sebulan kan?? Belumlah terlambat lagi cerita pasal raya-raya ni..hehe..haritu sibuk. Ni lapanglah sikit masa, saja-saja nak bercerita. Balang kuih ni dua tahun lepas punya . Beli di Mydin time nak raya gak. Mak suka gayanya sebab nampak mewah je harganya pun tak mahal...tapi beli ni kosong je tak ada la reben-reben tu. Nampak tak cermin tu...so bolehlah intai kuih apa di dalam tu. Sekali masa nak bayar kat kaunter ada pak cik kat belakang tanya:

"Apa benda tu?"
"Tempat isi kuih," jawab saya.
"Oh! Ingat piston kereta."

Selambanya pak cik ni...perli nampak. Sejak hari tu berazam, kena ubah balang ni supaya tak nampak macam piston kereta. Apalagi, kemudiannya pergi ke SSF untuk mencari idea. Inilah hasilnya.
2 tahun lepas tema oren tapi tahun ni tukar bajulah pulak. Balang ni pun nak beraya juga. Tahun ni saya pilih tema hijau.

Main intai-intai kuih kat celah cermin ni.

Monday, September 13, 2010

Angpau



Seronoknya masa budak-budak dulu, habis je raya kira duit raya. Kalau kat sekolah tu mula la bersaing-saing siapa dapat banyak. Buruknya perangai ek. Kalau Tahun Baru Cina seronok sebab dapat duit raya jugak walaupun dah besar panjang ... raya kita ni kenalah jadi pemberi duit raya. Sedekah, kan apa salahnya bagi budak-budak seronok.

Saya suka kumpul angpau sebenarnya. Bukannya kumpul semua tapi yang cantik dan menggambarkan syarikat atau jenama itu sendiri. Simpan satu keping je yang lain tu guna. Kalau majalah Intrend, setiap tahun memang bagi angpau dan ada 4 keping gambar artis yang berbeza. Jadi pilih sahaja nak yang mana. Deepavali pun dah ada angpau. Contohnya macam yang kat baris tengah sebelah kanan.

Angpau Maybank tahun lepas menarik juga sebab dia khaskan untuk Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Tukar saja kertas yang kat dalam tu. Tapi tak boleh lawan untuk Tahun Baru Cina, kebanyakannya cantik macam OCBC punya angpau yang kat baris bawah tu.

Duit raya sekarang antara RM2 hingga RM 10 mewah gak budak-budak sekarang ni. Jangan ada mak bapak yang guna duit raya anak-anak untuk bayar tol sudahlah ya.

Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA


Dah lama tak buka blog ni, tak sempat. Apa-apa pun Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat semua.

Friday, September 3, 2010

Biskut Denmark

Blog orang lain semua dah cerita pasal biskut raya. Saya pun dah siapkan satu biskut masa balik kampung hari tu. Favourite nih. Sejak 80-an mak dah buat biskut ni. Dan setiap kali Hari Raya mesti buat. First time saya buat sendiri masa sekolah menengah, masa tu mak ngan bapak pergi Mekah. Kononnya Hari Raya Haji tu nak bagi meriah sikitlah ada kuih raya. Sekali buat tak jadi ntah rasa apa je, sudahnya ke tong sampah la juga. Pastu terus tak buat-buat. Rupa-rupanya kena praktikal dengan mak baru jadi. Yes dah pas dah buat kuih ni. Hehe

Jenuh gak nak kepalnya tapi senanglah tak payah terap-terap.


Sebelum disalut dengan koko, gula icing ngan kacang kecil je saiznya...bila dah salut... jadi la besor cam gini. Rupa tak lawa .. tapi sedap. Tak boleh salut awal-awal supaya tahan lama. Hehe... takut orang lain makan dulu so malam raya barulah projek salut-menyalut bermula.

Thursday, September 2, 2010

Belotok


Makanan kegemaran ni. Kalau sesiapa balik kampung mesti request kat mak nak makan ni. Sedap. Diperbuat daripada keledek dan dalamnya ada inti. Intinya daging kisar, bawang, lada hitam dan mak taruh carrot sebab dulu masa kecik-kecik tak suka sayur so apa-apa kuih yang ada inti tu memang mak taruh carrot sebab nak suruh kitaorang makan. Ada juga yang panggil kuih ni telur emas sebab rupa dia bujur dan digoreng hingga keemasan. Tak pernah nampak orang jual kat kedai so tak taulah ni makanan tradisi mana. Saya pas juga buat ni tapi biasalah masakan mak tiada tandingan. Lagipun leceh beli keledek ni kang beli sikit sangat tak cukup, beli banyak lebih-lebih pulak, kena pulaki cari resepi lain, kang rugi je keledek tu terbuang. Hehe...alasan baik punya.

Tuesday, August 31, 2010

Jagung Bergula

Tak tau sebenarnya nama makanan ni. Tapi mak kata orang dulu-dulu makan ni. Zaman ubi kayu gamaknya. Mak saya dulu-dulu lagi rajin cuba-cuba makanan baru dan pelbagaikannya. Tengok majalah dan nampak sedap mesti cuba. Piza, Pai, Roti semuanya menjadi. Nak bagi anak-anaknya makan sedap. Tq mak. Kalaulah dulu dah ada blog-blog ni. Mesti mak update post je..hehe.


Kalau ada baki jagung rebus, bolehlah buat sajian ni pulak. Jagung rebus tu dihiris dan taruh kelapa parut dan bubuh gula ikut sesedap rasa.

Minum pula dengan air bandung. Enak sungguh dimakan lepas terawih.

Kanji

Seronoknya balik kampung. Dapat makan makanan kesukaan masa bulan puasa ni. Kanji special mak buat... boleh lawan bubur lambuk kampung baru. Hehe

Perencah, daging tetel ngan udang ngan rempah ratus

Penyedap sampingan sambal ikan masin

Telur masin


Ni yang buat Kanji lagi umphh..kerabu tauge. Kombinasi semua ni membuatkan saya makan berpinggan-pinggan.


Tembikai laici penyejuk tekak