Friday, January 10, 2014

Batam

Kenal Batam melalui sitcom Phua Chu Kang. Itu pun sebab tagline dia selalu sebut Batam. “Phua Chu Kang! Best in Singapore and  JB and some said Batam.” Kalau dah ada di Johor tu.. kalau terasa nak p  keluar negara boleh lah sediakan pasport je. Singapore boleh, Indonesia pun boleh. Seberang je. Ke Batam, naik feri  lebih kurang 1 jam ½. 

Pertengahan abad ke-18, pulau Batam ini berada di bawah kekuasaan Sultan Johor. Abad ke-17 Inggeris dan Belanda bersaing untuk menguasai perairan Selat Melaka.  Abad ke-18, Lord Minto dan Raffles dan Kerajaan Inggeris melakukan barter dengan pemerintah Hindia Belanda sehingga Pulau Batam diserahkan kepada pemerintah Belanda.

Kalau google di blog pun biasa yang pergi nak shopping kain, telekung, baju, beg dan purse yang pirate tapi kami yang pergi ni takde pula matlamat nak shopping. Alang-alang dah kat JB saja je nak tengok. Mujur la, duduk dekat rumah adik ipar kawan tu, jadi tak delah nak fikir kat mana nak letak kereta dan macam mana nak pergi ke Stulang Zone. Naik feri di situ. 

Bayaran mahal juga, harga tiket pergi balik dan sehala berbeza. Kalau balik hari murah sikit RM125. Kalau sehala rasanya RM 80 lebih. Sila check balik ya kalau yang nak pergi. Beli tiket balik hari. Open ticket so takde tulis pukul berapa balik. Jadi kita boleh pilih ikut time sendiri dan sahkan tiket tu dekat kaunter Batam. Kami naik feri yang kedua pukul 8.30. Sebelum tu dah diingatkan oleh orang tu masa balik nanti kena bayar cukai lebih kurang Rp120 000.  Money changer ada di Stulang Zone tu tapi ada satu je kalau di hentian Batam banyak jugalah money changer. Dan seperti biasa, bila p Indon peningnya bab duit yang beribu-ribu.  Rp 50 000 lebih kurang RM16.

Sampai –sampai sana wah disambut dengan hujan lebat sungguh dalam pukul 10. Kami tanya kaunter pertanyaan je kat mana nak sewa teksi. Orang tu cakap, kawan dia boleh bawa ke mana-mana sahaja yang kita nak. Sepanjang hari Rp 450 000. So bahagi 3 seorang Rp 150 000 (RM50) kira ok je la. 

Menuju ke ikon Batam. Jambatan Barelang. Alhamdulillah sampai je situ cuaca mulai cerah. Jambatan ini menghubungkan tiga pulau iaitu Batam, Rempang dan Galang (Barelang). Mengikut kata pak supir, Batam dimajukan semasa Presiden B.J Habibie dengan tujuan untuk mengembangkan industri di Kepulauan Riau.


Cantik juga tengok pemandangan daripada jambatan ni.
Barelang - Batam, Rempang dan Galang
Kampung Vietnam seberang jambatan ni. Ada sejarahnya. Kira jauh la lagi perjalanannya.
Seterusnya pergi ke Batam Miniature House Indonesia.  Kat sini memang jarak antara tempat tu jauh-jauh. Tambah pula macetnya bila ada kecelakaan. Terkeluar pula bahasa Indon hehe. Jenuh nunggu. Memandangkan dah terdengar azan, suruh pak supir singgah solat dululah. Mula-mula nak suruh dia singgah di Masjid Raya (Masjid Negeri) tapi bukan dalam laluan so just jalan terus dan jumpa masjid ni. Wah,kagum juga, waktu zuhur ramai perempuan yang solat jemaah.  Lepas solat kami makan dulu di restoran Minang yang ada dekat dalam masjid ni. Tidak lagi diragui halalnya. 
Masjid Al Falah. Macam belum siap sepenuhnya lagi.
Siapa yang nak melawat ke Karimun so boleh naik feri ni. Apa yang ada di Karimun, tak pasti tapi derang kata pemandangan cantik.

Agenda sebelum balik, shopping.  Pak supir bawa p Nagoya Shopping Mall. Takde la beli apa sangat, duit dah kering. Beli fridge magnet ngan baju t je. Cuci-cuci mata je.
 
Nagoya Hill Shopping Mall. Menarik juga di sini tapi tak sempat pusing-pusing sebab nak kejar feri nak balik.
Masakan padang memang kena dengan selera kita. Kami berempat (termasuk pak supir) Rp 71 ribu kesemuanya. Kalau duit Malaysia mau terkejut badak dah mendengarnya.
Di Batam Miniature House ada semua replika rumah dari seluruh kepulauan Indonesia. Memandangkan Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar jadinya banyak jugalah rumah kat sini lebih kurang 30 buah. Tak dapat pergi semua. Hujan turun.  Ada tasik tepi tu tapi memang tak sempat langsung la nak tengok. Nak beli cenderamata pun tak dapat.

Batam Miniature House Indonesia
Destinasi wajib untuk bergambar berlatarbelakangkan tulisan Batam.
Kami naik feri yang kedua akhir pukul 4.30 petang waktu Indonesia. Sebenarnya takut feri last nanti penuh so tu yang plan naik kedua akhir. Yang ni pun memang penuh gak. Lagipun sampai  JB nanti tak delah lewat sangat. Waktu Indonesia lewat sejam ya so tu yang kena bajet masa.   Ok la tu walaupun sekejap dapat tengok apa yang ada di sana.  Merasa.

Dalam feri ada movie. Best gak ni cerita gergasi. Ingat tak Jack dengan kacang. Feri Batam ke Stulang lagi selesa berbanding feri Stulang ke Batam.


Monday, December 30, 2013

Mini Malaysia dan Mini Asean, Melaka

Pagi-pagi lagi dah gerak ke Ayer Keroh nak melihat Mini Malaysia. Tiket RM5 dewasa. Buka 9 pagi  hingga 6 petang. Last masuk rasanya zaman sekolah menengah. Kini mengulang kaji semula. 

Pergi hari biasa, antara yang terawal. Kaunter pun tak buka lagi.

Rumah Limas Terengganu.* teringat kuih limas/ limeh bahasa Peraknya. Tepung pelita bahasa bukunya.  Kalau di dalam bahasa Inggeris, Terengganu Five-Roofed House. Kalau check dalam kamus, limas tu atap rumah dll yang tirus ke atas seperti piramid. Makna lain limas tu sejenis timba atau takir yang dibuat daripada daun pisang (upih dll). So memang kuih limas tu tak ada kena-mengena dengan bumbung rumah. Ada dua makna.

Rumah Bumbung Panjang Kelantan

Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan

Rumah Perak, apalagi bergambar dengan sange (sangai) atau tudung saji. Kesemua rumah diambil mengikut plan asal rumah setiap negeri. Binaannya sama macam masjid Kuala Dhal Kuala Kangsar dan Istana Kenangan.

Dalam tu ada buat pameran pasal sejarah Hang Tuah dan Melaka. Bayaran lain. Cawan ni terkandung wajah Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Syah hantar utusan untuk pinang puteri Hang Li Po. Oleh kerana pada masa tu tak ada kamera, Maharaja Dinasti Ming membekalkan kepada utusan raja cawan teh yang mengandungi wajah Puteri Hang Li Po. 

Bila balik, singgah kedai cenderamata. Lepas tu baru perasan, dekat tiket tulis Mini Malaysia dan Mini
Asean. Mana Mini Aseannya? Ek eleh dah nak keluar baru sedar hehe. Orang di kaunter tu kata tengah rennovate.

Wednesday, December 25, 2013

Melaka River Cruise

Kami sampai di Alor Gajah lewat petang. Kena cari tempat menginap sekarang, kalau malam nanti dah tak nampak jalan. Nampak signboard hotel. Ikut je, masuk kawasan perumahan. Ohhh rumah tu dia jadikan rumah tumpangan. Sewa RM95. Dua katil single, bilik air dalam tapi lokasi macam tak menarik. Jauh dari bandar. Kena pilih dekat bandar so boleh jalan malam.  Ikut je signboard Bandar raya Melaka akhirnya terjumpa Yong An Hotel. RM100 single bed dan queen, air cond, tv, bilik air dalam. Sebelah Petronas so kawasan letak keretanya terang.  Bila dah bayar rupanya deret tu ada 2 lagi hotel, ceh kalau tau, mesti check harga dulu.

Malam tu naik Melaka River Cruise, parking tiket RM2. Tiket cruise RM10 untuk warganegara so kena tunjuk IC. Melintasi Kampung Morten yang dihiasi lampu lip lap lip lap dan bangunan-bangunan yang dilukis gambar-gambar menarik. Rasanya kalau pergi siang mesti tak cantik sangat sebab kita tengok macam-macam tapi bila malam ni pandangan cuma tertumpu kat situ je. Duduk paling hadapan sekali di dalam bot, tak strategik rupanya beberapa kali juga terkena percikan-percikan air, kalau la spec ada wiper, kan senang!! Hehe.  Lepas tu tak boleh dengar pulak apa yang driver bot tu terangkan sebab enjin kuat. Perjalanan lebih kurang 45 minit. Oleh sebab Kampung Morten tu nampak cantik, kami jalan kaki ke sana, ikut Boardwalk untuk melihat lebih dekat dan bergambar. Fuh jauh rupanya!
 

Naik monorail pun kat sini. Boleh beli individual tiket atau pakej

Menunggu bot di hentian ini


Monorail

Model rumah pun comel

Cantik tangganya bunga-bunga


Ada homestay di sini. Biasanya kalau hujung-hujung minggu penuhlah

Homestay lagi.. rate lebih kurang RM140 atau RM160 semalam kalau tak silap

Cantik kan lukisan dia, kalau siang memang tak nampak sangat tapi kalau malam memang nampak 'hidup' so suggest pergi malam untuk lebih menghayati.

Friday, December 20, 2013

Muzium Diraja Seri Menanti


Oleh sebab dah biasa ikut jalan tol, nak ikut jalan kampung ikut mana pun tak tau itulah padahnya bila asyik ikut tol. Ikut Kajang gamaknya so ikut je signboard warna biru yang bermakna jalan lama. Jangan ikut signboard hijau maknanya jalan tol. Dalam perjalanan oh ah oh,  ini tempatnya. Rugi pulak tak tulis tempat-tempat yang dilalui supaya boleh ingat nama-nama tempat untuk akan datang.
  
  Akhirnya sampai di Seremban. Mencari tanda yang menunjukkan kami dah sampai Seremban untuk photoshoot hehe.   Mencari Masjid Negeri. Signboard dah nampak ai tapi bendanya tak jumpa.. berpusing sampai 3 kali pun tak nampak bayangnya.  Signboard warna coklat maknanya tempat menarik/tempat pelancongan. Nampak signboard taman di atas bukit. Terjumpa pula bangunan Perpustakaan Awam Negeri. Tapi macam tak digunakan aje.

 Akhirnya masa nak cari jalan keluar, terjumpa Masjid Negeri. La di sini rupanya, atas bukit dan seakan-akan tersorok dari kesesakan bandar.

Masjid Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus


Muzium Diraja Seri Menanti

Merupakan salah sebuah istana lama. Dibina tahun 1905 dan siap pada 1908. Pembinaannya tidak menggunakan paku. Seni bina empat tingkat mempunyai 99 batang tiang menggunakan kayu cengal. Masuk percuma. Cuma tanda tangan buku pelawat.  Buka kasut. Di dalamnya ada salasilah Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz ibni Almarhum Tunku Munawir serta kerabat diraja.

Institusi rajanya bermula daripada ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung. Pembesar-pembesar negeri yang menjemput dan dirajakan. Berbeza dengan negeri lain yang memakai gelaran Sultan, di Negeri Sembilan dikenali sebagai Yang di Pertuan/Yamtuan.

9 nagari  iaitu Sungei Ujong, Jelebu, Rembau, Jelai, Kelang, Naning, Segamat, Pasir Besar dan Ulu Pahang

Bandar Diraja Seri Menanti

Masjid Diraja Tunku Munawir
Solat di Masjid Diraja Tunku Munawir yang terletak berdekatan Muzium ini sambil tu melawat makam.  Kita dapat melihat susur galur diraja. Kawan seorang ni memang pandai fasal sejarah walaupun dia ngajar BM tapi dia pandai menceritakan kaitan antara raja ni kahwin dengan negeri mana, yang ni nenda kepada sekian-sekian, kagum sungguh.  

Kami makan di Perkampungan Budaya Terachi, apalagi pekena Masak Lomak Cili Api sebelum menuju ke Melaka dan tidur di sana.

Thursday, December 19, 2013

Kembara Puteri Perak

Hehehe tajuk perasan ala-ala kembara Sultan Johor.  Melawat ke Selatan tanah air, bermula dengan Teluk Intan  - KL – Negeri Sembilan – Melaka – Johor. 
 Misi :
 1.Tengok tempat bersejarah seperti muzium dan makam. Murah dan ada yang free. 
 2.Tengok tempat menarik. 
3.Meminimumkan kos tol dengan ikut jalan kampung. 
4.Merasa makanan istimewa di setiap negeri.. Tapi tak berapa berjaya last-last makan makanan biasa gak sebab singgah kedai bila dah lapar so makan apa yang ada.

Dapat merasa pandu kereta hibrid kawan. Keseluruhan perjalanan 1500 km, minyak lebih kurang RM140 je. Bahagi 3 lebih kurang RM50 seorang. Lebih mengagumkan bila isi minyak penuh di Teluk Intan. Sampai KL minyak tak luak pun, pakai kuasa bateri. Fuyoo tapi adalah syarat pemanduannya,  tak lebih 90km/j, tak brek selalu dan ada lagi cara-cara pemanduan berhemah untuk menjimatkan minyak. Tu pasallah kami ikut jalan kampung je. Bersantai-santai sambil tengok apa yang ada di sekeliling.

Kitaorang memang bukan jenis pakai smart phone. Rancang mana nak pergi dengan google dahulu apa tempat yang menarik, lepas tu beli peta, banyak tanya orang dan baca papan tanda sahaja. Bawa GPS pun tak membantu, cari tempat yang nak pergi tapi tak keluar pun, jenis tak reti pakai gamaknya. Kesimpulannya redah sampai sudah. 

Alhamdullillah semuanya selamat. Jauh perjalanan luas pemandangan.
 
Tak pernah tahu ada tempat nama Selekoh di Perak

Tak pernah tahu kat Bagan Datoh  banyak tanam pokok kelapa. Kelas geografi main-main lagi hemmm.

Muzium Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah

Kampung Morten, Melaka. Menarik rumah-rumahnya.

Makam Sultan Mahmud, Kota Tinggi, Johor

Tanjung Piai, Johor.  Penghujung Selatan Tanah Besar Asia

Orang Dari Bandar Diraja Kuala Kangsar melawat ke Bandar Maharani Bandar Diraja, Muar, Johor

Perkampungan Hang Tuah, Melaka

Muzium Tentera Darat di Port Dickson

Makam Almarhum Sultan Abdul Samad, Jugra

Alang-alang dah sampai ke JB, seberang ke Batam.

Thursday, November 28, 2013

Penanda Buku

Merupakan lebihan kain cross stitch yang kecil-kecil. Nak buang begitu sahaja rasa rugilah pulak. Cari corak menarik dalam buku dan hasilnya, bolehlah dibuat penanda buku. Untuk mengelakkan pertambahan kos, border dibuat guna katalog/majalah yang tak pakai dan digam berlapis-lapis biar tebal. 

Biasapun orang tanda  buku guna apa yang ada di sekiling, getah ke, pen ke, pensel ke, ikut dan je tapi kalau pakai ni idakla rosak buku tu. 



Benang pun lebih-lebih punya je.



Monday, November 25, 2013

Pembahagian Tugas Semasa Kenduri Kahwin



Bila majlis kahwin, banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum majlis dan semasa majlis berlangsung. Siapa yang nak merebus telur, masukkan barangan untuk ‘goodie bag’, beri ‘goodie bag’ pada tetamu, buat bunga rampai dan macam-macam lagilah. Bagi yang ramai adik-beradik, setiap orang mempunyai tugas masing-masing supaya majlis sempurna. Jika adik-beradik sikit, saudara-mara diperlukan untuk membantu.

Saudara-mara memang membantu untuk meramaikan dan memeriahkan majlis. Sebelum ini, dalam keluarga saya, kami memang ada senarai tugas dan ditampal di dinding supaya semua maklum. Bagi menyambut tetamu, menyambut pengantin, tabur bunga rampai diserahkan kepada pak dan mak saudara. Bahagian lalu lintas untuk melancarkan tempat letak kereta, kebersihan, PA system diberi kepada sepupu-sepupu lelaki. 

Bahagian ‘goodie bag’ diberi kepada sepupu-sepupu perempuan. Sekarang ni tanpa senarai tugas ni pun  masing-masing dah tahu apa yang perlu dibuat memandangkan siri perkahwinan yang ramai telah ditempuhi. Kalau ada yang culas pun, boleh diarahkan sesiapa sahaja yang nampak di depan mata.  Atas faktor umur, saya layak untuk  tugas memantau sekarang ni hehe, bagi sepupu yang muda je la untuk pemberian goodie bag.


Masjid Zahir Alor Star




               Harap-harap kesepakatan antara kami akan terus berkekalan.