Tuesday, September 14, 2010

Balang Kuih Raya

Raya sebulan kan?? Belumlah terlambat lagi cerita pasal raya-raya ni..hehe..haritu sibuk. Ni lapanglah sikit masa, saja-saja nak bercerita. Balang kuih ni dua tahun lepas punya . Beli di Mydin time nak raya gak. Mak suka gayanya sebab nampak mewah je harganya pun tak mahal...tapi beli ni kosong je tak ada la reben-reben tu. Nampak tak cermin tu...so bolehlah intai kuih apa di dalam tu. Sekali masa nak bayar kat kaunter ada pak cik kat belakang tanya:

"Apa benda tu?"
"Tempat isi kuih," jawab saya.
"Oh! Ingat piston kereta."

Selambanya pak cik ni...perli nampak. Sejak hari tu berazam, kena ubah balang ni supaya tak nampak macam piston kereta. Apalagi, kemudiannya pergi ke SSF untuk mencari idea. Inilah hasilnya.
2 tahun lepas tema oren tapi tahun ni tukar bajulah pulak. Balang ni pun nak beraya juga. Tahun ni saya pilih tema hijau.

Main intai-intai kuih kat celah cermin ni.

2 comments:

Noorma Ismail said...

hahaha..kelako plak pakcik tu kata balang kuih. Mungkin kaler dia 'silver' dan bulat2..tu yg nampak mcm piston kete.. tp setelah di'transformasi'kan, nampak lagi elegen dan mewah.

Tahun ni, balang kuih umah aku tak berganti pun. Pakai yg plastik jer, senang sbb anak2 aku dok ulang makan. Takut pecah plak.

Yang kaca tu pun aku tak kuarkan lagi. Kalo orang datang, makan jer lah, bukan nk makan balang plastik tu kan.

zarina said...

tu la pasal lepas dia cakap macam tu barulah aku pun pasan ada kebenarannya :) sekarang ni orang pun dah hias balang plastik ngan reben2...ada dalam majalah

Related Posts with Thumbnails