Saturday, September 25, 2010

Coklat Raya

Masa Hari Raya Kedua haritu, ada perjumpaan keluarga sebelah mak yang julung-julung kalinya diadakan. Setiap orang memang dipesan bawa seorang sikit kuih raya, so kitaorang bawa kuih raya dan coklat ni. Kalau nak tulis 'Perjumpaan Keluarga Hj Mohd Salleh' panjang sangat, sendatlah nanti rupanya ... so ambil bahasa omputih je la. Ketupat tu untuk menandakan hari raya. Sebenarnya nak buat ketupat warna hijau...sekali masa dah cairkan coklat putih, tak jumpa-jumpa pewarna hijaunya. Pikir punya pikir ke mana hilangnya...rupanya dah bawa balik kampung masa balik Nuzul Quran tu sebab nak buat agar-agar kering. Jadilah ketupatnya putih je tak kuasa la pulak nak beli baru.


Bawa lebih sikit sebab tau ramai yang datang. Lebih 100 orang.


Mengimbau sedikit kisah arwah nenek saya, Allahyarham Mohamed Salleh bin Bijan. Berasal dari Tapanuli, Sumatera Utara. Nenek merantau ke Tanah Melayu ketika umur belasan tahun. Pada masa dahulu alam Melayu tu kan luas. Sulawesi, Jawa, Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan banyak lagi pulau adalah sebahagian daripada Kepulauan Melayu. Merantau tu perkara biasa dan memang digalakkan merantau tidak ubah sebagaimana penduduk dari Kelantan, Terengganu pergi ke Kedah, Perlis atau sebaliknya.

Biasanya nenek untuk perempuan kan? Tapi ni ikut bahasa Mandailing. Orang Mandailing cakapnya lembut walaupun tengah marah tapi rasanya tak ada cucu-cucunya yang mengikut. Bengkeng je...

Berguru dengan Sheikh Islam di Perak (Mufti) dan seterusnya mendapat tauliah mengajar agama. Pernah mengajar di Masjid Jamek, Kampung Baru tiap-tiap bulan dan merata-rata ke seluruh negeri. Pandai berbahasa Arab dan tajwid. Pernah mengarang buku agama tapi sekarang ni tak tau ke mana buku tu. Pernah juga mendapat jemputan bercakap di RTM.

Tak pernah mengenali nenek sebab meninggal sebelum saya lahir lagi tapi rupanya dapat tahu makanan kegemaran nenek sama dengan makanan kegemaran saya, bergedel dan goreng ikan bilis petai. Bergedel tu kira pas juga buat tapi goreng ikan bilis ni kureng sikit, tak boleh menguasainya lagi.

Arwah nenek meninggal pada Januari 1967 ketika tengah banjir besar kat Perak kerana sakit jantung, batu karang dan darah tinggi ketika umur 60-an. (kalau kat Kuala Kangsar tu banjir besar tu telah menenggelamkan separuh jam besar kita tu - saja nak tunjukkan seluruh Perak memang banjir besar ketika itu)

Al-Fatihah untuk Allayharham Mohamed Salleh bin Bijan dan untuk Pah saya juga Allahyarhamah Fatimah binti Isa.



8 comments:

Halimi said...

Asalamualaikum, saya Halimi bin Harun cucu kpd tok HJ Mohd Salleh berpengkalan di BOTA ingin mengucapkan tahniah atas usaha memaparkan sejarah mengenai tok, semoga ramai lagi kaum kerabat yang akan bersama sama menyumbang maklumat. Harapan semoga persaudaraan diteruskan hingga ke genarasi akan datang.

zarina said...

wslm, oh abg halimi, bersedara kita ya..anak mak chor rupanya. Sikit je tau cerita pasal nenek, kot-kot ada sedara kita kat medan yg terbaca mungkin boleh contact

Tinta Cahaya said...

beberapa perkara yang saya masih ingat , semasa mengikut tok mengajar di kuala lumpur ketika itu saya berumur 12 tahun, selain dari masjid kg baru, tok mengajar di surau ktm sentul , masjid alam shah di cochrane kg pandan dan beberapa buah surau disekitar kl, sebelum pulang ke ipoh pergi ziarah perkuburan tokguru kapada tok bertempat diperkuburan kg baru.salam untuk keluarga

halimi harun said...

beberapa perkara yang saya masih ingat , semasa mengikut tok mengajar di kuala lumpur ketika itu saya berumur 12 tahun, selain dari masjid kg baru, tok mengajar di surau ktm sentul , masjid alam shah di cochrane kg pandan dan beberapa buah surau disekitar kl, sebelum pulang ke ipoh pergi ziarah perkuburan tokguru kapada tok bertempat diperkuburan kg baru.salam untuk keluarga. dari halimi harun

zarina said...

merata juga nenek mengajar ya. Hari tu Pak
Man pernah bagitau nama nenek ada tulis kat dinding masjid jamek kg baru, nama2 ustaz yang pernah mengajar kat situ. Sekarang ni tak tau la ada ke tak lagi.
Mak kirim salam.

Halimi Harun said...

dalam tahun 60an tok memiliki sebuah kereta austin of england atau ford of england warna hitam, disimpan bawah madarsah siap kelambu, kereta ini dicuci dengan air hujan yang ditakung dalam tempayan, kereta tu sangat cantek dan berkilat, kemudian kereta tersebut dijual diganti dengan kereta lain. sangat sukar nak dapat tengok kereta jenis itu sekarang ini, kalau ada tentu nilainya sangat tinggi, cuba tanya sesiapa kalau ada yang memiliki gambar tok bersama kereta tersebut.

halimi harun said...

dibawah madarsah pasir puteh terdapat sebuah bilik tempat kami tidur, kalau cuti sekolah saya, munar dan pakcik haris berkumpul disitu, waktu makan atau tengok tv baru naik kerumah, teringat masakan mak-mak saudara, sedap dan berselera, terima kasih untuk mereka semua.

zarina said...

Rasanya mak pah ada simpan gambor tok ngan kereta tu, nanti saya tanya. Mak kata, sayang madrasah tu dah ganti baru, habis kenangan2 semua