Thursday, September 2, 2010

Belotok


Makanan kegemaran ni. Kalau sesiapa balik kampung mesti request kat mak nak makan ni. Sedap. Diperbuat daripada keledek dan dalamnya ada inti. Intinya daging kisar, bawang, lada hitam dan mak taruh carrot sebab dulu masa kecik-kecik tak suka sayur so apa-apa kuih yang ada inti tu memang mak taruh carrot sebab nak suruh kitaorang makan. Ada juga yang panggil kuih ni telur emas sebab rupa dia bujur dan digoreng hingga keemasan. Tak pernah nampak orang jual kat kedai so tak taulah ni makanan tradisi mana. Saya pas juga buat ni tapi biasalah masakan mak tiada tandingan. Lagipun leceh beli keledek ni kang beli sikit sangat tak cukup, beli banyak lebih-lebih pulak, kena pulaki cari resepi lain, kang rugi je keledek tu terbuang. Hehe...alasan baik punya.

4 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

teringin nak makan ikan pekasam tasik raban...kena tunggu balik raya ler jawab nyer..

Noorma Ismail said...

ooo...kuih tradisional yer..kiranya macam kuih cek mek molek la jugak kan..intinya dipelbagaikan..mesti sedap kan..nanti boleh la aku cuba...

zarina said...

Fad: ikan pekasam tasik raban tu memang popular :) jemputlah beraya kat rumah nanti

Noorma: haah macam cek mek molek gak tapi yang ni saiz dia besar sikit. Goreng ngan tepung macam buat goreng pisang

yongzu @ 9W2YZU said...

Uda, pembetulan info... baris pertama..;) Uda sorang AJE yang selalu request kat mak nak makan belotok... hi hi hi.. Orang lain menumpang sama.

Related Posts with Thumbnails