Tuesday, September 21, 2010

Inti Tart Nenas

Tart nenas memang popular. Ramai orang suka. Sekarang ni senang nak buat sebab inti dah ada siap jual kat kedai. Tapi mak saya lebih suka buat inti sendiri walaupun susah. Sempat belajar masa buat kuih raya hari tu aduhai leceh betul tapi berbaloi belajarnya. Setiap tahun tukar-tukar warna intinya sama ada merah, hijau atau kuning.


2 biji nenas ni pun boleh dapat intinya banyak. Kena buang 'mata'nya.. saya memang jarang masak nenas, tu yang tak licin rupanya, ada lagi mata-matanya tapi mak dah perbaikinya.

Parut. Kalau orang yang pandai pakai mesin parut kelapa tu, memang cepat lagilah kerjanya sebab boleh parut kat situ je. Saya takut pakai tu yang jenuh nak memarutnya.

Hasil yang sudah diparut.

Tapis airnya...tak payah beria-ria macam nak perah santan tu...tekan-tekan dengan senduk je. Biar ada sikit-sikit lagi airnya.

Panaskan atas dapur. Api kecil. Kacau-kacau sampai kering airnya. Masukkan gula agak-agak ikut kemanisannya. Tapi haritu banyak gak. Ada dalam 4 senduk.


Tahun ni tema hijau...jadi taruhlah pewarna hijau. Elok warnanya kuat biar menyerlah sikit bila letak kat tart tu.

Bila dah nak kering tu, masukkan mentega /majerin sikit dalam 1 sudu besar supaya intinya berkilat.


Bila dah kering, sejukkan sebelum disimpan. Boleh diguna bila-bila masa.

4 comments:

Noorma Ismail said...

huish..mengancam ler kaler ijo. Ada lagi tak?? mesti best kalo beraya kat umah ko...nanti ler, satu hari aku kan sampai beraya umah ko di Kuala nun..

zarina said...

dah abis dah..nunggu ko nak sampe kuale berjanggut..hehe..wati datang umah aku haritu

Zainurul Haffiza said...

mak buat inti pernah x tat tu berkulat??akk berkulat la...

zarina said...

Selalunya tart ni cepat je habis, tak sempat nak buat ujikaji berkulat ke tak :) tapi kalau inti yang dah kita masak tu tak taruh peti ais memang cepat berkulatnya.

Related Posts with Thumbnails