Wednesday, September 15, 2010

Review Biskut Raya

Seperti biasa, setiap kali raya lebih kurang 7 jenis biskut raya yang wajib buat. Biskut baru tambah dalam 2 atau 3 jenis. Patutnya masa ni bukannya medan untuk mencuba-cuba biskut baru. Maklumlah, buat masa bulan puasa mana boleh rasa. Buatnya tawar hebiak nanti macam mana. Nak pulak bancuhan tu digandakan. Kalau tak jadi, habislah rugi besar nanti. Tapi apa nak buat hari biasa idak le rajin membuatnya. So memang bulan ramadan je la ada mood nak buat.

Biskut Denmark memang tiap-tiap tahun buat. Ni je satu-satunya biskut yang saya makan banyak. Sepupu saya dan abang saya suka biskut ni. Masa balik KL haritu dah tinggal sikit sebab kitaorang packing bawa balik. Nampaknya biskut ni yang pertama habis. Tunggu raya tahun depan pula ya.


Biskut Potong ni resepi turun temurun dari Pah sejak tahun 70-an. Pah pula ambil dari jiran sebelah. Bahan utama yang menyedapkannya buah-buahan campuran (mix fruit). Resepi asal dalam bahasa Inggeris, mungkin ambil dari majalah orang putih kot. Makin lama mak saya telah ubah suai resepi ni mengikut kesedapan sendiri. Cuma anak dia je yang tak reti membuat ni. Huhu. Belum cuba lagi. Mak saudara ngan sepupu pun buat biskut ni ikut resepi Pah dan derang ambil tempahan setiap kali raya.


Ni biskut baru, Tart Blueberi. Warna tu macam tak menjadi sangat tapi rasa sedap. Cair di mulut. Hehe. Intinya masam manis. Biskut ni pakai minyak sapi banyak so kuihnya rapuh jadi saya letak dalam paper cup supaya orang senang makan. Kena sekali ngap je baru terasa kombinasi semuanya. Bapak saya suka biskut ni. Siap promote kat orang yang datang lagi. Malu weh buatnya derang tak suka nanti.


Biskut Aiskrim ni kesukaan anak saudara saya berumur 11 tahun. Biasanya mak saya memang siapkan badannya dulu, dah dekat nak raya baru celup coklat. Oleh kerana anak saudara saya balik awal haritu so suruh aja dia celupkan coklat. Ikut suka dia la nak hias macam mana. Nampaknya budak-budak yang datang pun memang sukakan biskut ni. Agaknya derang tertipu ngan nama aiskrim kot. Hehe.


Ni tiap-tiap tahun buat gak. Inti pun buat sendiri. Kali ni dengan tema hijau. Mak saudara saya memang suka ni, Mak Ngah di Ipoh. Memang dia cari yang ni dulu.

Biskut Sarang Semut. Biskut ni diperkenalkan oleh Mak Pah di Ipoh. Hari tu berkesempatan belajar membuatnya dan dapat petua sikit masa pi Ipoh. Resepi diambil dari buku Kompilasi Hidangan Biskut oleh Norzailina Nordin. Sedap, rangup. Hari tu gandakan adunan, ingat nak senang biar banyak terus. Mak oii rupanya sampai dekat nak berbuka tak siap lagi. Nasib baik jadi.


Bapak saya suka Biskut Arab, yang dalamnya ada kacang tanah sebiji. Tapi biskut ni pun adik- beradik Biskut Arab gak sebab pakai minyak sapi cuma tak ada kacang dalamnya. Kalau tak silap namanya Bebola Kristal. Resepi ambil dari Majalah Mingguan Wanita yang minggu lepas punya. Tahun lepas salah teknik, buat warna kuat sangat, kali ni cantik sikit nampaknya. Belajar dari kesilapan.

2 comments:

kak ina kl said...

salam dan selamat hari raya..

lawa bekas kueh tu..banyak jugak yer buat biskut raya. akak pun nak mengkukis lagi ni

zarina said...

tq..rajinnya kak ina buat biskut lepas raya..buat open house ke?

Related Posts with Thumbnails