Saturday, October 2, 2010

Fort Cornwallis, Penang

Tugu Francis Light.
Tugu gangsa ini diletakkan di pintu masuk Kota Cornwallis.

Mengimbau kembali sejarah pendudukan British di Tanah Melayu:-

Francis Light telah membuat tipu helah bagi mendapatkan Pulau Pinang.
  • Francis Light telah menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah pada tahun 1786 tanpa pengetahuan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Sultan Abdullah telah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat beliau mestilah memberikan bantuan ketenteraan kepada baginda apabila diperlukan.
  • Pada 11 Ogos 1786, secara rasminya upacara menaikkan bendera Union Jack telah diadakan dan ini menandakan titik mulanya penjajahan British di Tanah Melayu.
  • Pulau Pinang telah dinamakan sebagai Prince of Wales oleh Francis Light. Kawasan petempatan mereka dinamakan Georgetown sempena nama Raja England iaitu King George III.
  • Pada tahun 1786 Kedah diancam oleh Siam. Sultan Kedah telah meminta bantuan ketenteraan seperti yang telah dijanjikan dalam perjanjian namun SHTI tidak mahu memberikan bantuan dengan alasan tidak terlibat dalam Perjanjian 1786. Perjanjian tersebut hanya ditandatangani antara Sultan Abdullah dengan Francis Light.
  • Sultan Abdullah telah mendesak Francis Light supaya meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak mengotakan janjinya.
  • Francis Light tidak mahu meninggalkan Pulau Pinang sebaliknya menawarkan bayaran ganti rugi. Ini membuatkan Sultan Abdullah merasa marah dan tertipu.
  • Baginda telah menyediakan angkatan tentera laut di Seberang Perai dengan bantuan daripada Riau, Siak dan Selangor untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang.
  • Francis Light bertindak balas dengan menyerang kubu Sultan Kedah di Seberang Perai dengan bantuan tentera British.
  • Akhirnya Sultan Abdullah kalah dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan lnggeris­ Kedah pada 1 Mei 1791.

Kota Cornwallis ini dinamakan bersempena Gabenor Jeneral di Bengal - Charles Cornwallis dan merupakan salah satu struktur Eropah terawal dibina di sini. Pada asalnya benteng ini diperbuat daripada batang pokok nibung sebelum ianya didirikan semula menggunakan batu-bata berjumlah 67,000 Dolar Sepanyol pada tahun 1973.

Rumah Api

Mengingatkan kita saat Tanah Melayu dijajah oleh British.

Benteng pertahanan berbentuk bintang. Di dalamnya terdapat berek tentera, bilik simpanan serbuk senjata api, gereja kecil penganut agama Kristian, rumah api, dan beberapa batang meriam yang masih tetap utuh walaupun dah berabad lamanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails