Dah lama tak membelek-belek buku, dalam dok mengemas tu teringat pulak buku ni. Sebenarnya buku ni dah lama beli, sejak 2008 lagi rasanya, lepas Datuk Siti kahwin dengan Datuk K sebab masa tu popular dengan strawberi coklat. Tu yang cover depan ada tu. Tapi masa tu tak belajar coklat lagi. Tak berapa endah sangatlah buku ni. Mak yang beli. Lepas je belajar coklat barulah mula mencari balik.
Tajuk: Variasi Dekorasi Coklat
Penerbit: Alaf 21 Sendirian Berhad, Shah Alam
Pengarang: Nor Aini Adnan
Bilangan halaman: 183 m/s Tahun terbitan: Cetakan 1 - 2007
Harga: RM 21.00
Sinopsis:
Variasi Dekorasi Coklat ini khusus untuk anda mempelajari cara mempelbagaikan hiasan dalam hidangan coklat. Coklat berupaya melazatkan makanan lain yang dikombinasikan bersamanya. Bukan sukar untuk menyediakannya. Hanya memerlukan kreativiti yang tinggi dan usaha yang lebih. Selepas ini, anda tidak perlu lagi membeli coklat di pasaran yang mahal harganya. Berpandukan buku ini anda mampu membuat sendiri sebagaimana yang anda inginkan.
Komen:
Buku ni menyediakan gambar langkah demi langkah. Kreatifnya sebab boleh buat macam-macam dengan coklat. Sesuai dengan tajuknya variasi, memang dalam buku ni diajar dari praline ke lollichoc, kad ucapan, permainan dam, kotak dan bekas coklat. Boleh membuka minda untuk lebih berkreativiti. Antara yang menarik perhatian untuk digunakan sebagai hiasan sampingan, cendawan emas, coklat bot, teratai, aiskrim coklat, dara dan teruna serta daun-daun coklat. Kelebihan kepada orang yang pandai buat hiasan guna piping bag sebab hiasan dalam ni bebas so memang kena free hand.
Nor Aini Adnan
Variasi hiasan coklat / [Nor Aini Adnan]
ISBN: 983-1242-64-5
1.Cookery [Chocolate] I. Judul.
641.6374
No comments:
Post a Comment