Thursday, October 14, 2010

Inspirasi Koko Musim Ke-5


Bagi sesiapa yang belajar coklat harus tonton rancangan ni. Setiap hari Ahad 11 pg RTM2. Lama dah mulanya, sekarang ni dah masuk musim yang ke-5 dan baru episod yang ke-2. Sebelum-sebelum ni sebenarnya tak pernah tengok sebab masanya tak berapa kena dengan saya. Sekarang ni baru ada kelapangan.

Paling menarik segmen kreatif koko sebab boleh tengok macam mana chef tu mempelbagaikan coklat tu menjadi hiasan yang menarik. Seperti biasa saya memang tertarik dengan hadiah kuiz yang ditawarkan. Aim untuk kuiz terkumpul sebab hadiahnya kursus dengan Lembaga Koko. Nak temper coklat tak berapa mahir lagi. PILIHLAH AKU jadi pemenangnya..huhu..
Kuiz mingguan pun menarik juga wang tunai, buku resepi dan starter kit. Saya nak! saya nak!

Nak dijadikan cerita, pagi tadi orang dari Lembaga Koko telefon, "Cik ada masuk apa-apa kuiz tak?"
"Ada, inspirasi koko."
"Nama cik disenaraipendekkan untuk kuiz mingguan. Kami nak minta butir-butir diri. Keputusannya akan diumumkan semasa siaran."

Sukanya!!!!!! Tapi hanya disenarai pendek...bukannya menang lagi. Ceh..sabar jelah. Macam nunggu nak dapat kerja je DISENARAI PENDEK. Sabar sabar. Tunggu saja Ahad ni pukul 11 pagi untuk keputusannya.

Bagi penggemar-penggemar koko jangan lupa jenguk ke Malaysia Cocoa & Chocolate Day di Hall 2 Mid Valley 15-17 Okt. 10 pg -8 mlm. Dah lama nampak iklannya tercongok keluar je tol sg penchala tu..so memang dah tanda dalam planner. Insya-Allah akan sampai di sana nak tengok-tengok produk baru.

No comments: