Sunday, October 10, 2010

Selimut Bayi


Nak pilih hadiah untuk bagi orang ni susah, kan? Kalau yang baru lahir tu hadiah yang biasa diberi, hamper, baju, botol susu. Semuanya sama je. Memandangkan saya tak suka benda yang sama je, so bagi hadiah buatan tangan sendiri. Tapi bergantung kepada kerajinan gak..hehe..kalau malas, memang beli hamper jugaklah akhirnya. Ayat biasa yang ditanya lepas kawan-kawan baru bersalin: "Nama apa?" Maknanya saya tengah berkira-kira nak bagi hadiah selimut ni siap dengan nama sekalilah tu. Masalahnya bila nama panjang sangat ... jenuh nak menjahitnya. Kalau macam ni sehari je pun dah boleh siap.

Dulu-dulu masa sekolah rajin buat silang pangkah (cross stitch) dah besor-besor ni tak pernah la jahit dah. Jadi memang banyaklah kain-kain cross stitch yang reja-reja ni kat umah. Fikir punya fikir apa yang nak dibuat dengan reja yang kecil-kecil tu jadilah selimut ni. Kain felt ni beli kat IKEA, besar saiznya, jadi bolehlah potong 4. Benang pun dari lebihan jahit cross stitch yang dulu-dulu. So pilih padanan warna sendiri. Sekarang pun benang dah mahal recycle baliklah semuanya. Pesanan kepada kawan-kawan yang tengah pregnant...jangan bubuh nama anak panjang-panjang! Hehe!

2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Anak BSB nama pendik jer..Qistina, Qaiser dan Qaheer.

zarina said...

untuk yang baru lahir je... hehe.. akan datang ada tak?

Related Posts with Thumbnails