Monday, May 2, 2011

Bieber Fever

Orang lain mungkin dah kebah demamnya, saya baru nak demam pulak lepas menonton Justin Bieber Never Say Never Movie. Mesti orang cakap alah budak je tapi dia memang berbakat, sejak kecil lagi. Masa zaman NKOTB, BSB dan NSYNC memang gila boyband ni tapi terpengaruh jugak la minat Justin ni bila tengok movie semalam. Tak sangka, now I'm Belieber gak..hehe. Thanks to Cik Lea yang juga Belieber.

Justin suka warna ungu dan sokong sebagai Belieber pakai ungu gak..hahaha.
Nope, taklah sedemam begitu sekali. Tu dia satu-satunya baju sejuk yang ada.

Movie tu menunjukkan perjalanan Justin dari budak-budak dan bagaimana persediaan dia untuk konsert di Madison Square Garden NY. Tempat eksklusif, hanya orang-orang ternama je dah buat konsert kat sini antaranya Micheal Jackson. Dalam 2 hari konsert tu nak berlangsung tetiba dia sakit tekak pulak dan terkena jangkitan kuman. Doktor suruh berehat dan jangan bercakap. Frust sungguh dia masa tu. Setelah 86 konsert memanglah sakit tekak...cuba tengok budak-budak AF, seminggu nyanyi pun dah pergi jumpa doktor..oopps!

Saya tau dah kenapa budak remaja memang histeria bila tengok JB, dia menjadi diri sendiri, lagu pun sedap. Tak payah menari, tapi persembahan akustik dengan gitar pun dah cukup menghiburkan. Bila tengok movie 3D lagilah puas nampak JB kat depan mata je. Nampak sisi JB yang pentingkan kekeluargaan, setiakawan dan merendah diri dari filem ni dan juga kenakalannya.



Siapa boleh menolak muka yang comel dan suara yang lunak tu. Ni masa dia umur 12 tahun dalam pertandingan menyanyi.

Next JB??My JB.. Tapi gitarnya dah set lagu.


Senyuman yang akan mencairkan hati wanita 'You smile I smile'.
Jangan meremukkan hati wanita sudahlah Danish.

3 comments:

IdaShazana said...

ko ni ciki,,,,tak abih2. cuba2 le miat kumpulan nasyid ke

zarina said...

masa raihan dulu takde blog lagi..kalau tak mesti aku tulis kat sini :)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

teman layan KRU jerrr....tapi awie ok gakkkk lagiiii amy,xpcd dll lerr

Related Posts with Thumbnails