Sunday, May 8, 2011

Ucapan Hari Ibu

Lanjutan dari gila peraduan sebelum ni, kalau bulan Mei banyak peraduan sempena Hari Ibu ni. Ada yang buat ucapan dalam surat khabar tapi kita beli iklan dan boleh dapat hadiah kalau ucapan terbaik. Ada juga yang boleh mencalonkan ibu masing-masing dari segi keistimewaannya, tapi yang ni mak saya tak nak masuk. Sebab nanti kena pergi ke depan (jumpa orang ramai), segan. Jadi saya selalu buat ucapan je. Dapat hadiah memang motivasi yang baik untuk mengucapkan sesuatu hahaha...bunyi macam tak ikhlas je. Tapi yang ni original, tahun lepas punya. Kalau nak ucap susah sikit. Menulis lebih mudah. Ditujukan kepada Puan Tamimah dan ibu-ibu di luar sana ya;

Walaupun ibu hanya tamat darjah 6 tapi ilmunya mengalahkan anak-anaknya graduan universiti. Menghabiskan masa membaca akhbar, buku berbentuk novel, motivasi dan pelbagai majalah dari masakan hinggalah ke laman. Ibu bagaikan gedung ilmu.

Mengusahakan tanaman bunga kecil-kecilan membolehkannya mempunyai rangkaian rakan dari pelbagai status.

Semasa menonton televisyen, ibu memenuhinya dengan mengait atau sulam tampal sebagai hobi. Menguruskan rumah tangga apalagi? Sempurna. Pendek kata, setiap detik sebelum matahari terbit hinggalah ke malam, segala yang dilakukannya untuk keluarga.

Sejujurnya, melihat begitu banyak tugasan di rumah pun saya sudah merasakan penatnya, inikan pula ibu yang melakukan benda yang sama setiap hari. Malah, tanpa jemu.

Kasihmu ibarat Sungai Nil yang sentiasa mengalir, semangatmu menjulang setinggi KLCC yang mencakar langit, prinsipmu sekukuh Piramid yang tidak pernah goyah. Keajaiban dunia ada dalam dirimu. Itulah keistimewaan seorang ibu yang juga wira di hatiku.

2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

zarina, mane gambo mak nyerrr.. teringin gak nak berkenalan.

zarina said...

meh datang umah berkenalan :)