Saturday, May 14, 2011

Hadiah Hari Guru

Wah entri yang sebelum ni boleh hilang je tiba-tiba. Blogspot tak ok, kan 2,3 hari ni. Apa lagi yang hilang ni...hmm ..tak perasan lagi.


Order Hari Guru, thanks Nazirah. Sekarang ni mak bapak sibuk kena paksa dengan anak-anak sebab nak bagi hadiah untuk cikgu. Hehe... tak ingat pulak saya zaman sekolah dulu, rasanya kitaorang buat persembahan aja rasanya. Zaman bodoh-bodoh dulu dalam form 1 ke form 3, semua yang cikgu ajar boring, BI-boring, Sejarah-boring, boring, Prinsip Akaun-triple boring, Matematik-quadruple boring. Bila periksa, ha ambik ko..teruk semua..tu lah tak berkat.

Cikgu sebenarnya mempengaruhi minat pelajar. Kalau tak best subjek tu dia boleh jadi best kalau cara mengajarnya best. Masa form 4 Sir Salim ajar siap pasang lagu dalam kelas, ingat lagi lagu Starry, Starry Night pasal Van Gogh. Mengajar dan berhibur. Masa form 6, Cikgu Sarimah ajar Sejarah macam bercerita. Kenapa jadi macam ni, macam tu. Sejarah ni menarik sebenarnya untuk nak tahu asal-usul sesuatu. Agak menyesal bila form 1 tak belajar rajin-rajin, susah nak kejar balik lepas tu.

Bukan cikgu sekolah je memberi kesan, cikgu tuisyen pun selalunya pengajaran dia berbeza. Masa tuisyen BM, Cikgu Khairil selau pesan tulis dalam satu buku, apa-apa fakta atau ayat-ayat yang menarik untuk buat karangan. Yang ni saya pratikkan sampai sekarang;

‘Seperti kata Francis Bacon dari Artikel Membaca atau Menikmati, membaca menjadikan seseorang berisi, berunding menjadikan dia siap, menulis menjadikan dia saksama.’

So kalau boleh tulis macam gini siap tulis quote lagi mesti dapat markah lebihlah karangan tu tapi janganlah sampai lari tajuk pulak... out terus.

Cikgu-cikgu memang mempengaruhi pelajar untuk meminati sesuatu subjek tu. Dari situlah timbulnya belajar bukan kerana periksa tetapi kerana inginkan ilmu itu.


No comments: