Monday, January 28, 2013

Menarik di Vietnam (21 Jan -23 Jan 2013)


Syurga membeli-belah bagi orang yang pandai tawar-menawar. *bukan saya

Dari pembacaan sebelum-sebelum ni, orang kata boleh tawar setengah harga, pastu kalau kita tak puas hati juga dengan harga yang ditawarkan, kita pergi saja nanti dia akan panggil balik. Masa pasar malam dekat Ben Thanh, saya berminat dengan baju kurung ni, apalagi tawarlah, takde la setengah harga pun, tapi tak dapat. Naik sikit lagi, tak dapat jugak so berlalu pergi, dalam hati, ‘pangillah, panggillah balik.’ “Ceh, tak panggil pun. Melepas baju tu. Kedai lain takde jual pulak. Malu nak pergi lagi. Orang tak hendak saya pun tak ingin”. Padahal teringat-ingat juga sampai sekarang. 


Menyusun strategi untuk dapat harga istimewa. En Mokhtar, K.Nor & Yong

Kemestian bagi yang suka bling bling * bukan saya juga

Baju kurung penuh manik dah macam awan larat je. Kalau jubah tu di dadanya penuh lip lap, bawah pun ada lagi tapi kira oklah, sebab kain kosong. Kurung cotton yang dah cukup cantik coraknya pun penuh manik dan sequin. Semuanya sarat so apa tarikannya, nak nampak corak atau fesyen maniknya?. Wah macam polis fesyen la pulak. Tudung pun sama, penuh manik. Kalau nak pergi kenduri boleh jugak, tapi dah bukan jenis berfesyen jadi tak berminat sangat. Kat sini semua tudungnya jenis  awning yang 3 layer warna-warni ada macam kerongsang di tengah. Semua kedai sama je. So tak de yang jadi pilihan. Tudung bawal Jalan TAR masih tetap jadi pojaan hatiku.



Bahasa

Kalau dengar dia cakap macam bunyi Cina tetapi perlu lembut sebutan macam bahasa Thailand. Ejaan rumi tapi eja lain bunyinya lain, Cu Chi (Cochi). Dulu ada kawan serumah yang ambil bahasa Vietnam tetapi derang tukar  lepas satu semester, tinggal berapa kerat je yang tinggal dalam kelas. Susah gamaknya.

Upin Ipin masuk Disney. Luaslah pasarannya. Masa ni tengah tayang episod bersunat. 


Motor menguasai jalanan. 

7 juta buah jumlahnya dan banyaknya berjenama Honda. Masalah bila nak seberang jalan. Kecut perut dibuatnya bila kenderaan bertali arus. Walaupun boleh seberang di traffic light tetapi tiba-tiba ada je kenderaan melintas. Tapi sebenarnya kita jangan teragak-agak bila melintas jalan. Dia yang akan mengelak kita. Kelajuan motor dan kereta sekitar 10-20kmj. Jangan cuba-cuba nak menyeberang dekat Malaysia macam ni, mati katak nanti, kat tempat kita selagi boleh nak laju dia laju. Sepanjang jalan memang bunyi hon memanjang tapi jalan smooth tak de pulak jam sampai tak gerak langsung macam kat KL tu. Banyaknya penunggang motor sehingga ada dijual tempat tutup mulut di Ben Tanh Market. 
 
    Satu lorong penuh motor je


Tempat bersejarah.

Berkesempatan pergi War Remnants Museum dan Chu Chi Tunnel. Menarik bila tengok strategi yang digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan tentera US. Hai masa belajar sejarah tak minat sejarah. Lebih kepada untuk periksa jadinya benda tu cepat lupa. Lepas pergi tempat bersejarah baru minat. Aiya dulu-dulu akses untuk dapat bahan banyak. Sekarang ni susah dah, takkanlah nak tanya Google memanjang. Mengikut kajian, jika menggunakan google selalu otak boleh jadi lembap sebab kita tidak berfikir dan membuat analisis.


War Remnants Museum


Chu Chi Tunnel





Menggunakan 3 mata wang.
Urusniaga dalam tiga mata wang, Vietnam Dong, US Dollar dan Ringgit Malaysia bagi baju kurung, jubah, telekung, kain. Kalau tahu boleh pakai RM baik tak payah tukar. Beli baju, telekung, kain dekat 2 juta lebih Dong. Pening kepala. Ada masanya untung pakai Dong, ada masanya untung pakai USD dan ada masanya untung pakai RM. Bila tukar, tukar tu tang perpuluhan tu dah beri perbezaan dan boleh menjadikan kita rugi. Beli t-shirt 60 000 VND minta tawar lagi, dia bagi kalkulator kat kita suruh letak harga, saya letak 4000, NO NO.. dia ambil balik kalkulator  tekan 40 000. Ohh patutlah tak boleh..hehe tertinggal satu kosong memang saya nak tulis 40 000 pun.


Banyak kerusi-kerusi kecil di meja makan.

Derang ni suka makan kat tepi-tepi kedai tu guna bangku kecil macam bangku basuh kain tu. Pagi dan malam penuh di luar kedai. Masa bawa motor bukan main lagi ada penutup mulut tapi makan tepi jalan dengan kereta motor lalu-lalang tak kisah pulak.

Gambar jauh, tu derang tengah duduk-duduk kat luar tu
Bila kat luar negara, kena la cari tanda halal Indonesia atau Thailand, tak sangka pula jumpa halal Malaysia di sini, biskut Marie pun jadi. Beli 1 dapat 1 free. Lebih bawak balik buat biskut batik. Di Diamond Store. Ala-ala Pavilion kot sebab baju, jeans sini sama mahal je dengan Malaysia

Tetiba jumpa akak jual popia ni naik motor. Tapau untuk breakfast esoknya. Maklumlah duk hotel tu walaupun dapat breakfast, susah nak cari makanan halal. Makan sayur, cereal dengan roti je. Boleh pulak berdiet, kalau kat Malaysia sayur tu pilihan terakhir kalau takde lauk. Hmm.


Kedai makanan halal banyak, kena tau alamat je. 

Pho makanan tradisi Vietnam tapi biasanya tak halal. Di Halal Saigon ada dijual dan halal, seakan kuetiau sup dan ada pilihan daging atau ayam. Tapi bagi yang suka makan makanan berlemak, bergoreng dan kolestrol tinggi macam saya, tidak direkomen pilih menu ni. Kuahnya ada lain sikit rasa, macam ala-ala herba. Dihidangkan sekali dengan daun selasih, taugeh dan sos cili dan kicap. Kena makan ni selalu kalau nak muat pakai ao dai (pakaian kebangsaan), kena perut leper barulah cantik hehehe.



Ramai  peniaga yang  boleh cakap Melayu.

Di Benh Tanh, kita lalu saja dia akan cakap, singgah kakak, abang,. Tengok, murah-murah. Tapi jangan tanya lebih. Derang tak tau jawab. Itu skrip asas. Ada pula yang buat-buat macam kenal kita, eh eh pastu dia suruh masuk tengok. Bahaya bagi lelaki, derang tarik-tarik tangan lagi suruh singgah. Erk bahaya ke suka, hanya mereka yang tau

Belakang tu Ben Thanh Market
Di Masjid terbesar di sini. Tengok-tengok risalah yang ada, sekali tengok risalah dari PERKIM. Bagus tu.


Tandas ada paip

Biasanya kalau pergi ke negara yang bukan Islam ni, nak pergi toilet selalu ditahan-tahan. Bawa botol lagi untuk spare tapi ada juga tempat –tempat yang ada paip. Airport takde. War Remnant jumpa 1 bilik, Cu Chi Tunnel ada banyak dan kilang kraf tangan dari kulit telur pun banyak.

Turut menyambut kedatangan Tahun Baru, kalendar Lunar

1 comment:

Anonymous said...

TQ 4 d info :))

Related Posts with Thumbnails