Monday, January 14, 2013

Ice Dome Hatyai

Merupakan satu-satunya tempat yang mempamerkan ukiran ais di Thailand. Kanak-kanak 200 THB (RM20). Dewasa 300 THB (RM30). Diberi jaket dan glove sekali. Penerangan diberi dalam bahasa Melayu loghat Kelantan sebelum masuk. Dia kata kalau tak tahan boleh beritahu pekerja yang pakai jaket oren. Terfikir gak la, sesejuk mana la sangat, kat  tempat ais Genting tu boleh tahan gak la sejuknya. Mula-mula masuk jumpa zon ASEAN dulu di mana terdapatnya ukiran-ukiran benda yang jadi trademark sesebuah negara tu.


Senarai bentuk ukiran ais
Myanmar, Shwedagon Pagoda


Siapa tahu dalam ASEAN ada berapa negara? Tik tok tik tok!

Ha ingat ya, 10 negara. Malaysia, Singapura, Indonesia, Cambodia, Brunei, Laos, Myanmar, Filipina, Vietnam, Thailand. Manalah tau keluar soalan dalam siri duit runtuh nanti.


Vietnam, Notre Dame Cathedral. Nama macam ‘Peghanchis’ kan. Dijajah oleh Perancis sebelum ni. Adalah kesan sejarahnya tu.


Brunei, Masjid Omar Ali Saifuddin. Rasanya masjid yang ada eskalator tu. Ada dua masjid yang terkenal di sana.

Jeepneys terkenal di Filipina samalah kalau pergi ke Thailand terkenal dengan tuk tuknya


Malaysia seperti biasa mestilah Menara Berkembar Petronas.


Cambodia sudah semestinya tarikan di sana Angkor Wat


Singapura, Marina Bay Sands. Oh yang ada taman di atas tu. Masa pergi dulu dalam pembinaan, jadi tengok dari jauh sahaja.

Coca cola besar

Dalam tu juga ada dunia akuarium, Jurassic park dan macam-macam lagi. Sejuk teramat di sini. Memang muka pun jadi kebas. Nak tangkap gambar pun tangan dah goyang-goyang menggeletar. Rupanya-rupanya -15 darjah celcius dalam tu.


Awal-awal lagi dah minta pamphlet tapi tak baca. Rupanya amaran penting, lepas keluar dari ice dome tu kena tunggu sekurang-kurangnya 10 minit sebelum off kan kamera. Inilah jadinya bila tak buat. Berkabus sebab bila keluar dari sejuk ke suhu biasa.  Uwaa nak menangis dah ingat kamera rosak. Lebih setengah jam baru elok balik.... lega. Lain kali ambil pamplet BACA!

Dalam toilet, daun pandan jadi rose. Kreatif


No comments: