Saturday, January 5, 2013

Hatyai 23-25 Dis 2012

Mengikuti Hari Keluarga Pusat Kokurikulum ke Hatyai. Naik bas ke sana. Jauh perjalanannya mujur bas selesa. Rombongan Cik Kiah ni ada dua bas tapi satu bergerak dari Lumut dan satu lagi gerak dari JPN Ipoh. Sampai di Jitra baru bertemu. 

Dulu masa wajib ambil bahasa Thai, tak ada peluang pulak nak pergi, setelah 13 tahun meninggalkan bahasa Thai ni barulah dapat dipratikkan. Kononlah. Mula cari balik buku lama untuk recall balik sebutan dan ejaan.

Prathet Thai (Thailand) sebelum masuk ke sempadan

Tak pernah ke luar negara melalui pintu sempadan. Biasa terbang aja. Turun sahaja kapal terbang, berjalan pergi imigresen cop passport. Yang ni, keluar Bukit Kayu Hitam, bas berhenti  tepi, kita turun bas, scan passport, naik bas semula. Sampai imigresen Thailand, turun bas lagi cop pasport, naik bas semula.  Punyalah ramai nak berbaris dari Malaysia lagi nasib baik juga bas ada lorong lain jadi cepat sikit dari yang naik kereta. Tapi jenuh juga yang bawa anak berderet-deret  turun naik bas. Dekat 1 jam setengah nak tunggu semuanya selesai.  

Semangat Tahun Naga


Kena pula pergi ke Sadao Boundary Post. Setiap bas rombongan kena pergi situ untuk laporkan pergerakan keluar masuk bas. Dari Danok menuju ke Hatyai, di sepanjang perjalanan nampak banyak pokok getah dan boleh nampak gambar Rajanya di setiap tempat. Mereka amat menyanjungi raja dan istana yang berperanan besar kepada rakyat. 

Hatyai ke Bangkok, 13 jam kalau naik bas. Wah jauh, mau kematu dibuatnya. Kalau naik flight 1 jam setengah sahaja.  Hatyai terletak di dalam daerah Songkhla tu pasal nampak banyak signboard Songkhla.  Mula-mula ke Ice Dome. Satu-satunya di Thai. Ukiran ais berbentuk tempat-tempat terkenal seperti KLCC, Masjid Brunei dan Angkor Wat.

Perasa Keju yang nyum nyum nyum..

Sama macam Malaysia, musimg tengkujuh hujung tahun, jadinya kat sini memang hujanlah sepanjang perjalanan. Hujan lebat mengiringi semasa pergi Pasar Terapung Klonghae. Mujur payung memang ada di dalam beg. Kalau tak terpaksa membelanjakan 20 bhat untuk beli baju hujan. RM2 je hehe tapi bernilai besar tau, boleh makan Twist Potato yang sedap sangat ni. Kalau pasar malam kita Spring potato tu aja dah RM2.50-3.00 taruh sos ngan mayonis je. Dahlah tu keras pulak. Kat sini ada macam-macam perasa, black paper, cheese dll

Sehingga menjilat jari
 
Pasar ni buka Jumaat sampai Ahad jadi memang terpaksa meredah jugalah dalam hujan. Gambartak dapat nak ambil. Kamera ‘berkabus’ sebab keluar dari tempat ais sebelum ni. Gambar jadi blur. Memang seronok tengok orang menjual dari sampan, macam-macam makanan dan minumannya, memang murah. Sebahagian besarnya memang Muslim yang jual. 

Tomyam, Ikan Masak Kerabu Mangga dan Telur Dadar
 
Tukaran duit senang nak ingat. RM1 sama dengan 10 Baht. Urusniaga pakai Ringgit Malaysia pun sesetengah kedai terima. Nak pratik bahasa Thai..ceh derang pun boleh berbahasa Malaysia dengan baik. Setakat cakap khop khun mak (terima kasih banyak) sahaja yang terkeluar haha. 

Kalau dah namanya pergi Thailand tak sah tak makan tomyam. Setiap kedai yang masuk pun memang ada tomyam. Cuma buat ujirasa kedai mana yang lebih sedap. Sambal belacan pun fuh pedas, sedap. Hari terakhir diperkenalkan dengan Kensom (tak tau ejaan sebetulnya) jenis sup macam tomyam jugak macam masak asam pun ada. Pedas.

Karaoke di pagi hari. Cara terbaik untuk ingat semula, dengar lagu dan tengok iklan. Best lagu ni. Masih teringat-ingat lagi dalam kepala. Channel kat hotel ni banyak. Tapi last-last bukak TV3 gak.

Pelajari pasal madu. Dari bunga popi
 
Hotel di tengah-tengah pekan. Memang senang nak berjalan-jalan di kawasan sekitar.  Naik tuk tuk pun boleh, RM2 je. Perbezaan waktu di sana, lewat 1 jam dari Malaysia. Untuk mengelak kekeliruan, memang berjanji ikut waktu Malaysia sahaja.  Ada juga orang jual surat khabar Malaysia, memang dia datang tempat kita makan tu. Utusan, Berita Harian, Metro  ada dijual tapi harganya 3 kali ganda. Mahal tu. Pengalaman menarik juga mencuba urutan Thai, murah, 300 bhat untuk 2 jam. Dia datang ke bilik. Elok suruh tour guide yang carikan senang, tak adalah kena tipu nanti. 

Menggila-gila orang beli di sini. Kerepek, perencah tomyam, mi segera pendek kata siapa suka makan jajan  borong di sini. Siapa suka makan kacang koh kae, ya beli di sini. Gajus perasa tomyam 'aroy ching ching'

Berjaya memanfaatkan penggunaan bahasa Thai, tak adalah salah masuk tempat wuduk lelaki dan perempuan hehe. Phu ying kat belakang tu makna untuk perempuan.

Dapat hadiah hari jadi. Yeay.. bukan dapat gajah ek..dapat naik gajah hehe Berlagak gaya maharaja. Thanks Yong.

Oppa Gangnam Style dalam air. Memang virus betul lagi PSY ni. Di Songkhla Aquarium.

Masjid Songkhla. Kalau rasa suami tak balik lama tu, cari dia kat sini. Entah-entah dah tambah satu lagi..hehe. Siap ada pelamin kecil kat sini. (Kerusi je lah yang dihias cantik)

Balik singgah membeli-belah ke Danok dulu sementara nak keluar imigresen. Wah ni lagi leceh bila sampai Malaysia, dah susun elok-elok barang dalam bas tu, kenalah bawak turun semuanya untuk scan.  Saya dari awal memang dah bawak barang sikit jadi muat semua barang dalam satu bag sahaja.  Terima kasih Pusat Ko yang memberi peluang dan kesempatan datang ke sini. Hanya bawa duit poket je. Thanks Yong.

2 comments:

yongzu @ 9W2YZU said...

Alhamdulillah :) Semoga dapat dimanfaatkan masa bersama. Kalau nak share gambar yang Yong ambil tu pun tak jadi masalah.

IdaShazana said...

ko ni ciki. merata cerok ko pegi