Mengikuti Hari Keluarga Pusat Kokurikulum ke Hatyai. Naik
bas ke sana. Jauh perjalanannya mujur bas selesa. Rombongan Cik Kiah ni ada dua
bas tapi satu bergerak dari Lumut dan satu lagi gerak dari JPN Ipoh. Sampai di
Jitra baru bertemu.
Dulu masa wajib ambil bahasa Thai, tak ada peluang pulak nak
pergi, setelah 13 tahun meninggalkan bahasa Thai ni barulah dapat dipratikkan.
Kononlah. Mula cari balik buku lama untuk recall balik sebutan dan ejaan.
Prathet Thai (Thailand) sebelum masuk ke sempadan |
Tak pernah ke luar negara melalui pintu sempadan. Biasa
terbang aja. Turun sahaja kapal terbang, berjalan pergi imigresen cop passport.
Yang ni, keluar Bukit Kayu Hitam, bas berhenti
tepi, kita turun bas, scan passport, naik bas semula. Sampai imigresen
Thailand, turun bas lagi cop pasport, naik bas semula. Punyalah ramai nak berbaris dari Malaysia
lagi nasib baik juga bas ada lorong lain jadi cepat sikit dari yang naik
kereta. Tapi jenuh juga yang bawa anak berderet-deret turun naik bas. Dekat 1 jam setengah nak
tunggu semuanya selesai.
Semangat Tahun Naga |
Kena pula pergi ke Sadao Boundary Post. Setiap bas rombongan
kena pergi situ untuk laporkan pergerakan keluar masuk bas. Dari Danok menuju
ke Hatyai, di sepanjang perjalanan nampak banyak pokok getah dan boleh nampak
gambar Rajanya di setiap tempat. Mereka amat menyanjungi raja dan istana yang
berperanan besar kepada rakyat.
Hatyai ke Bangkok, 13 jam kalau naik bas. Wah jauh, mau
kematu dibuatnya. Kalau naik flight 1 jam setengah sahaja. Hatyai terletak di dalam daerah Songkhla tu
pasal nampak banyak signboard Songkhla.
Mula-mula ke Ice Dome. Satu-satunya di Thai. Ukiran ais berbentuk
tempat-tempat terkenal seperti KLCC, Masjid Brunei dan Angkor Wat.
Perasa Keju yang nyum nyum nyum.. |
Sama macam Malaysia, musimg tengkujuh hujung tahun, jadinya kat sini memang hujanlah sepanjang perjalanan. Hujan lebat mengiringi semasa pergi Pasar Terapung Klonghae. Mujur payung memang ada di dalam beg. Kalau tak terpaksa membelanjakan 20 bhat untuk beli baju hujan. RM2 je hehe tapi bernilai besar tau, boleh makan Twist Potato yang sedap sangat ni. Kalau pasar malam kita Spring potato tu aja dah RM2.50-3.00 taruh sos ngan mayonis je. Dahlah tu keras pulak. Kat sini ada macam-macam perasa, black paper, cheese dll
Sehingga menjilat jari |
Pasar ni buka Jumaat sampai Ahad jadi memang terpaksa
meredah jugalah dalam hujan. Gambartak dapat nak ambil. Kamera ‘berkabus’ sebab
keluar dari tempat ais sebelum ni. Gambar jadi blur. Memang seronok tengok
orang menjual dari sampan, macam-macam makanan dan minumannya, memang murah.
Sebahagian besarnya memang Muslim yang jual.
Tomyam, Ikan Masak Kerabu Mangga dan Telur Dadar |
Tukaran duit senang nak ingat. RM1 sama dengan 10 Baht.
Urusniaga pakai Ringgit Malaysia pun sesetengah kedai terima. Nak pratik bahasa
Thai..ceh derang pun boleh berbahasa Malaysia dengan baik. Setakat cakap khop
khun mak (terima kasih banyak) sahaja yang terkeluar haha.
Kalau dah namanya pergi Thailand tak sah tak makan tomyam.
Setiap kedai yang masuk pun memang ada tomyam. Cuma buat ujirasa kedai mana
yang lebih sedap. Sambal belacan pun fuh pedas, sedap. Hari terakhir
diperkenalkan dengan Kensom (tak tau ejaan sebetulnya) jenis sup macam tomyam
jugak macam masak asam pun ada. Pedas.
Karaoke di pagi hari. Cara terbaik untuk ingat semula, dengar lagu dan tengok iklan. Best lagu ni. Masih teringat-ingat lagi dalam kepala. Channel kat hotel ni banyak. Tapi last-last bukak TV3 gak. |
Pelajari pasal madu. Dari bunga popi |
Hotel di tengah-tengah pekan. Memang senang nak
berjalan-jalan di kawasan sekitar. Naik
tuk tuk pun boleh, RM2 je. Perbezaan waktu di sana, lewat 1 jam dari Malaysia.
Untuk mengelak kekeliruan, memang berjanji ikut waktu Malaysia sahaja. Ada juga orang jual surat khabar Malaysia,
memang dia datang tempat kita makan tu. Utusan, Berita Harian, Metro ada dijual tapi harganya 3 kali ganda. Mahal
tu. Pengalaman menarik juga mencuba urutan Thai, murah, 300 bhat untuk 2 jam. Dia
datang ke bilik. Elok suruh tour guide yang carikan senang, tak adalah kena
tipu nanti.
Berjaya memanfaatkan penggunaan bahasa Thai, tak adalah salah masuk tempat wuduk lelaki dan perempuan hehe. Phu ying kat belakang tu makna untuk perempuan. |
Dapat hadiah hari jadi. Yeay.. bukan dapat gajah ek..dapat naik gajah hehe Berlagak gaya maharaja. Thanks Yong. |
Oppa Gangnam Style dalam air. Memang virus betul lagi PSY ni. Di Songkhla Aquarium. |
Masjid Songkhla. Kalau rasa suami tak balik lama tu, cari dia kat sini. Entah-entah dah tambah satu lagi..hehe. Siap ada pelamin kecil kat sini. (Kerusi je lah yang dihias cantik) |
Balik singgah membeli-belah ke Danok dulu sementara nak
keluar imigresen. Wah ni lagi leceh bila sampai Malaysia, dah susun elok-elok
barang dalam bas tu, kenalah bawak turun semuanya untuk scan. Saya dari awal memang dah bawak barang sikit
jadi muat semua barang dalam satu bag sahaja.
Terima kasih Pusat Ko yang memberi peluang dan kesempatan datang ke
sini. Hanya bawa duit poket je. Thanks Yong.
2 comments:
Alhamdulillah :) Semoga dapat dimanfaatkan masa bersama. Kalau nak share gambar yang Yong ambil tu pun tak jadi masalah.
ko ni ciki. merata cerok ko pegi
Post a Comment