- Unta Nabi Salleh
- Anak sapi Nabi Ibrahim
- Kambing kibas Nabi Ismail
- Sapi Nabi Musa
- Ikan yang makan Nabi Yunus
- Khimar Nabi Uzair
- Semut Nabi Sulaiman
- Burung Hud-hud Nabi Sulaiman
- Unta Nabi Muhammad SAW
- Anjing Ashabul Kahfi
Teringat dulu-dulu masa budak-budak tengok siri omputih ni.
Anjingnya mati dan siap buat upacara pengebumian lagi. Bila anaknya tanya
anjingnya ke mana. Bapanya kata, “Heaven!” Sampai sekarang ingat. Tapi tak
pernahlah nak tanya ustazah atau mak bapak pasal tu. Membesar dengan
cerita-cerita Punky Brewster, Full House, Family Ties, Growing Pains dan Fresh
Prince of Bel Air. Kebanyakannya cerita bagaimana rapatnya keluarga dan bintang
peliharaan mereka. Cerita Melayu tak ada pula nak buat cerita pasal binatang
peliharaan ni kan, mungkin kucing susah untuk diajar berlakon kot.
Alor dalam kenangan |
Meninggal pagi tadi. Biasalah kucing jantan bila bergaduh
mulalah luka-luka badannya. Luka yang sikit akhirnya membesar dan merebak.
Sedikit kesal bila bulan 12 tu sibuk sikit, tak sempat bawa dia pergi klinik.
Cuma ambil antibiotik aja. Itupun antibiotik terhenti sebab tak ada kat rumah.
Sepatutnya makan 5 hari berturut, tapi makan tiga hari je. Biasanya kucing
rumah ni bila sakit dia akan keluar dan
mesti jauh dari rumah tapi yang ni kucing luar seboleh-bolehnya dia nak masuk
rumah. Hasratnya tercapai. Tamatlah riwayatnya. Tiada lagi cerita pasal Alor
selepas ni.
No comments:
Post a Comment