Tuesday, March 12, 2013

Tip Jalan Sendiri (Melbourne) – Bahagian 4

Prayer Room di Southern Cross. Macam kl sentral la kat sini. Tunggu bas, tren  dan kalau dari airport  memang bas turun kat sini

1.Prayer Room ada di Southern Cross dan Airport tapi jangan haraplah keadaannya sama macam surau kat tempat kita. Dari pembacaan sebelum-sebelum ni ada juga tempat untuk solat di bandar tetapi memandangkan kami pun duduk di kawasan bandar, senang saja, balik ke rumah

Naik bas ni dari Southern Cross

2.Ni bas yang kami naiki pergi ke Cowes di Philip Island. Tak ramai orang pun naik, tapi driver bas peramah sehingga terasa nak ucap terima kasih. Bas selesa dan tepat pada masanya. Kalau naik kereta bila duduk di belakang tu mesti malas nak pakai tali pinggang keledar, memandangkan bas kita tak de tali pinggang keledar, punyalah berdisplin, belum jalan pun dah siap-siap pakai hehe

Waktu operasi Queen Victoria Market

3.Waktu siang yang panjang. Kita ingat selalu bila terang kedai-kedai banyak buka lagi tapi rupanya pukul 4pm pun dah tutup. Kebanyakannya tutup pukul 5pm tapi kalau hari minggu ada yang tutup pukul 3pm. Jadi kenalah rajin-rajin tengok waktu operasi supaya kita dapat aturkan jadual tempat mana yang patut pergi dulu sebelum ditutup.

Kalau dah letih berjalan tu, lepak-lepak dulu kat taman
4.Banyak taman-taman di dalam bandar. Dengan pokok-pokok yang rendang memang menenangkan. Naik je tram atau bas free kalau nak singgah.



5.Tanda S berpalang ini membuatkan tertanya-tanya apa ke bendanya, no sleeping? haha teka secara rambang. Rupa-rupanya no standing. Tanda parkir 2P bermakna kita boleh park kat situ 2 jam je lepas tu kena cari tempat lain. Ada 3P dan 1P. Tiket parkir AUS$3.50 (RM11) untuk satu jam.


6.Grafiti di celah bangunan-bangunan yang mempunyai seni bina lama dan seni bina pelik-pelik


Awas ! Gerak langkah mu oooh

Tram

7. Bila kita naik tram biasanya dia akan berhenti di setiap stesen tapi kalau malam dan bila sikit sahaja penumpangnnya, kita kena tekan locen atau tarik tali yang merentang atas pemegang tu untuk beritahu pemandu supaya berhenti. Boleh tengok ada gambar rhino (badak) yang naik skateboard dengan tanda Beware dalam tram. Tram tu diibaratkan seperti badak. Bila sekumpulan badak berlari kan bunyi gegaran yang kuat. Iklan ini untuk beri ingatan kepada pejalan kaki berhati-hati dengan tram. Kita kena berdiri di belakang garisan kuning. Kadang-kadang sedang asyik menangkap gambar-gambar bangunan kita tak perasan kita dah duduk di hadapan garisan kuning dan tak dengar bunyi tram ni. 

No comments:

Related Posts with Thumbnails