Sunday, September 8, 2013

Tetuang Udara



Hmm menatang apa tu?  Sekali check kamus ooh radio rupanya. Bahasa orang dulu kala. Tidak pasti tahun berapa, kalau zaman mak saya dalam 1940an tu memang dah panggil radio, mungkin sebelum tu lagi gamaknya.

 Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat:

 Tetuang sejenis alat bunyi-bunyian (dibuat daripada buluh, tanduk, dl)yang ditiup untuk memberi isyarat dll ; ~ udara  ark alat pemancar radio

Ark – kependekan bagi arkaik
Arkaik 1. Kuno, sudah ketinggalan zaman; 2. Sudah tidak lazim dipakai lagi (berkenaan kata, ungkapan dan sebagainya)

Manalah tau kot ada dalam teka silang kata nanti, bolehlah jawab.

2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

assalam...saya ingat tentera udara tadi..hheeehee

zarina said...

salam, hehehe jangan tersilap nanti ek

Related Posts with Thumbnails