Wednesday, April 30, 2014

Hari Keempat: Arashiyama, Kyoto


Perjalanan ke Kyoto cadangnya nak pergi Imperial Palace, Nijo Castle, Masjid Kyoto, Rose Café, Gion, Arashiyama.  Tapi masa dalam tren rupanya kami akan melalui Arashiyama. Jadi terus pergi ke sini dulu. 
Stesen Arashiyama
Untungnya bila pakai Kansai Thru Pass ni, tak kiralah kita pergi sejauh mana asalkan dia cover kawasan Kansai ni tak perlu la kita bayar  lagi. Tambang murah ke mahal ke dia dah kira sekali. Sampai-sampai di sini dah nampak boleh sewa basikal. Ada pula yang mencadangkan suruh naik. Best gak tu, kawasan taman ni mesti luas.. seksa nak jalan nanti. Sewa JPY400 untuk 2 jam.
Ramai juga yang nak sewa basikal

Cantik pemandangan
Saya pilih pinky bicycle. Gugurl katakan hehe. Adoi last naik basikal 90an. Latest pun kayuh bot yang macam basikal tu dekat Titiwangsa bleh gitu?. Susah gak nak seimbangkan badan. Uwaaa rupa-rupanya kena lalu jalan besar yang ada kereta, motor, bas lalu. Takuuut. Sudahnya tolak lebih banyak daripada naik bila lalu celah orang ramai. Timpa orang kang, jenuh nak menjawab. Tapi seronok jugak kring! kring! kring! dekat orang suruh bagi laluan haha. Ada loceng ya. Bila dah dapat rhythm mulalah merempit. Ahaks. 

Cuaca sejuk masa tu. Tapi berbasikal punya pasal  tak payah pakai baju sejuk pun takpe.

Masa ni jalan clear, tapi sebenarnya makin lama makin ramai orang berjalan, naik lanca dan naik basikal.
Sini sebenarnya kawasan tokong. Tapi orang pergi ke sini kerana pemandangannya yang cantik lebih-lebih lagi bila lalu bamboo path. Redup sahaja.  Di sini juga boleh naik lanca selain jalan kaki sendiri. Ada juga banyak kedai cenderamata dekat sini tapi tak ada yang menarik perhatian. Fridge magnet pun tak ada.
Mendamaikan

No comments:

Related Posts with Thumbnails