Ketika itu Banda Aceh yang merupakan pusat kerajaan Aceh
menjadi kawasan bandar perniagaan yang dikunjungi ramai dan menghubungkan Aceh
ke peringkat internasional, terutama kawasan Nusantara. Ini kerana Selat Melaka
merupakan jalan pelayaran kapal-kapal niaga asing untuk mengangkut hasil bumi Asia ke Eropah.
Makam Sultan Iskandar Muda |
Sultan Iskandar Muda adalah seorang raja yang sangat
bijaksana dan adil bahkan terhadap anak kandungnya sendiri. Dikisahkan, Sultan
memiliki seorang putera yang bernama Meurah Pupok yang gemar pacuan kuda (judi
lumba kuda agaknya??). Putera Mahkota akhirnya dihukum mati oleh Sultan kerana
melanggar syariat Islam.
Makam kerabat yang terletak berdekatan |
**undur balik lihat sejarah
Apa jadi dengan Melaka?
Setelah Tun Perak, pemimpin yang cekap itu meninggal dunia
pada tahun 1498, pedagang-pedagang asing yang telah membawa kemakmuran kepada
Melaka itu telah dikenakan cukai yang tinggi. Dengan ini pada tahun 1500 banyak
di antara mereka mula memindahkan perdagangan mereka ke pusat-pusat yang lain
kerana tindakan Melaka itu, di antaranya ialah Aceh yang mulai maju dengan
pesatnya. Malah bermulanya kemerosotan Melaka kerana beberapa faktor.
Zaman renaissance mendorong manusia mencari penyelesaian
kepada masalah yang mereka hadapi dan kesediaan meneroka sesuatu yang baru.
Atas galakan Putera Henry (anak King John I dari Portugal), orang Portugis
menjelajah ke Timur. Hasilnya Vasco da
Gama sampai di India dan Lopez de Sequeira tiba di Melaka. Pada 24 Ogos 1511,
di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque, Portugis berjaya menawan Melaka.
Sultan Mahmud Shah
diiringi kerabat diraja, pembesar dan pengikutnya berundur ke Muar-Pahang-Pulau
Bentan. Namun Portugis menyerang Bentan pada tahun 1521 dan berlanjutan serang
–menyerang antara kedua-dua pihak hingga 1525 dan Sultan Mahmud Shah terpaksa
berundur ke Kampar dan mangkat di situ pada 1528.
Kemangkatan Sultan Mahmud walau bagaimana pun tidak juga
menyenangkan kedudukan Portugis di Melaka. Serangan musuh-musuhnya datang
bertalu-talu terutama dari Johor dan Aceh. Takhta kerajaan Johor telah
diasaskan oleh putera Sultan Mahmud yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Shah II selepas
kemangkatan ayahandanya. Baginda telah mendirikan ibu negerinya di Johor Lama
iaitu di tebing Sungai Johor dan cuba membangunkan Kerajaan Melaka. Seorang
lagi putera baginda ialah Sultan Muzaffar Shah merajai Perak.
Ketika ini Aceh sedang berkembang kekuasaannya. Dengan
kemunculannya, sepanjang abad ke-16 Selat Melaka menjadi gelanggang pertempuran
untuk merebut kuasa di antara pihak Portugis dengan pemimpin-pemimpin Johor dan
Aceh.
No comments:
Post a Comment