|
Naik di sini Sweetenham Pier, Penang. Belakang tu Star Cruise Libranya, |
Cerita Aceh belum habis lagi, PC pula buat hal..terganggu
emosi tau..hilang idea terus.. sambung kemudian. Ni sementara tengah ingat
masuk cerita ni pula.
Sejak 2005 masa tu di HK dah nampak Cruise ni, wah kapal
mewah, bila boleh naik ni. Bila ke Matta
Fair pun kadang-kadang dapat pamphlet
Star Cruise ni tapi mesti tulis cina kebiasaannya so macam tak berapa
kisah sangatlah nak pergi. Cuma 2,3 tahun sebelum ni bila ada promosi restoran
halal di dalam tu dan ada juga program pergi berlayar bersama Pak Nil so masa
tu lah lebih banyak jumpa pamphlet dalam BM dan ada pakej bayar 1 dapat free 1 dan pelbagai promosi.
Hmm nak pergi ke tak, macam tak tau pulak mana nak jalan nanti takkan duk atas
kapal je. Tapi bila tengok pelayaran UKE di Oasis, memang nampak lainlah.
Barulah macam bermakna sikit perjalanan. Nak ambil yang 2.0 punya ada UKE tapi sold out.
Jadi ambil 3.0, saya suka juga dengan Ustaz Badli ni. Ceramah dia walaupun
kelakar tapi jenis berfakta dan ada gak Ustaz Arab yang boleh kecek Kelate tu.
|
Sheikh Abdelaziz Ghonim. Ahli Majlis Fatwa Al-Azhar Tanta. Patutnya ikut sekali tapi tak dapat ikut serta pada masa itu kerana ada hal lain tapi sempat bagi ceramah sebelum kapal bergerak. |
Masa tengah promosi hebat nilah keluar pula dekat blog yang
mengutuk Intratama ni menjual agama dengan menggunakan perkataan Islamik
sebagai iklannya. Kalau nak berzikir dan bersolat tu tak payahlah pergi kapal
mewah, yang tak ada duit ni kena zikir di rumah je? Caption syukur tenang damai
tu pun memualkan malah mengatakan perlayaran tersebut bermotifkan keuntungan
dan menipu duit orang dengan cara mengiklankan sesuatu yang islamik. dan
macam-macam lagi hingga meninggalkan jejak carian paling tinggi bila orang nak
google pasal Pelayaran Islamik.
|
Antara yang turut serta di dalam pelayaran, PU Lokman, PU Faiz, Imam Muda Miril, Dato' Dr Fadzilah Kamsah, Ustaz Badli Shah, Encik Suhaimi (orang kuat Intratama), En Yazid (orang kuat Star Cruise) |
Aduhai,
dah bayar ni.
Kita yang membaca ni pun dah terpengaruh dibuatnya mulalah berprasangka buruk
juga yang syarikat ni mencari keuntungan demi nama Islam. Tapi prasangka itu
terpadam apabila kami berjemaah di ‘surau sementara’ yang merupakan gelanggang
bola keranjang sebenarnya.
Masa tengah
nak mencari
saf, lupa pulak mak dekat
belakang,
masa tu memang angin agak
kuat, goyang-goyang sikitlah kapal bila membelah lautan. Bila tengok ke
belakang, rupa-rupanya dua staff tengah pimpin dan pegang mak sebab tak stabil kan kat situ.
Tolong angkatkan kerusi dan bentang sejadah dan mereka memang mengutamakan
orang tua dan orang yang berkerusi roda dengan baik. Malah dari pelabuhan dan
sampailah hari terakhir memang tak putus dengan senyumanlah. Tak kisahlah kalau
derang nak berlakon pun tapi kalau senyum paksa kita boleh rasa.Ini nampak keikhlasannya.
|
Misi mencari Jack Dawson atas ni..ahaks |
Alah perkataan Islamik itu pun kan kita pun biasa
guna..contohnya, “ishh tak payahlah kita ngajak dia join gala dinner kita ni,
dia tu dah islamik sikit, nanti kita pula kena tazkirah.” So apa sahaja yang
ada unsur-unsur keagamaan memang lah guna islamik. Hmm orang kalau nak mengata
tu memang dicari-carinya. Macam mencari jerawat. Dibelek-beleknya setiap hari. Kalau tak cari, tak delah jumpa.
Antara aktivitinya qiayamulail pukul 5 pagi. Boleh je kalau
tak nak pergi dan tidur di dalam suasana air cond yang nyaman. Bukannya derang
check pun siapa yang tak datang tapi saya sendiri memilih untuk pergi untuk
mendapat pahala berjemaah. Siap tidur awal ni takut tak terjaga esoknya.
Kitarong bersolat di ruang terbuka dengan beratapkan langit. Indahnya dapat tengok bulan penuh masa tu.
Ada diceritakan juga dari program 2.0 sebelum ini, telah
dapat mengubah persepi seorang orang putih dan seorang Cina dan menyatakan
Islam bukan terrorist (panjang pula kalau nak ceritakannya kesimpulan
ajalah). At least itu juga satu dakwah walaupun hanya dua orang,
|
Singgah di Phuket dahulu. Dapat tengok Patong Beach. |
|
Lawatan ke Muslim Witthaya Phuket School. Disambut oleh budak-budak sekolah ni, Setiap orang nak bersalam dengan kita. Disambut dengan meriah jugalah. |
|
Di Krabi pula. singgah di pelabuhan ini. |
|
Majid Besar Krabi untuk mengetahui penyebaran Islam di sini. |
Harga pun setelah dibanding-bandingkan dengan
pamphlet yang
diperoleh sebelum ini memang pelayaran ini mahal sikitlah berbanding
biasa, tapi harga bersih tau. Tak payah kita nak mencari tulisan kecil
berwarna
kelabu yang samar-samar yang menandakan tidak termasuk bla bla bla bla.
Daripada harga bajet hinggalah kita kopak dibuatnya.
Saya tak dibayar untuk tulis begini tapi rasa bersalah
jugalah
menyebabkan tak pasal-pasal
berprasangka dengan pihak penganjur lepas baca blog tu.
Sekurang-kurangnya mereka berusaha untuk berdakwah cara mereka sendiri. Berdakwah bukan sahaja dengan berceramah. Next
pelayaran bulan Mac.
2 comments:
pelayaran islamik..bagus beramal sampai bercuti
haah..lain sikit cara bercutinya.
Post a Comment