Friday, February 13, 2015

Tazkirah dan Kuliah Dhuha - Pelayaran Islamik 3.0 Bahagian 5


Sheikh Abdelaziz Ghonim –ahli majlis fatwa Al Azhar Tanta
Sepatutnya ustaz turut serta dalam pelayaran ini. Malangnya ada hal lain dan beliau tidak dapat ikut tetapi berpeluang juga mendengar amanatnya dalam 30 minit. Memang cakap bahasa Kelantan dari awal padahal tidak pernah langsung menjejakkan kaki ke bumi Kelantan. Beliau mempelajarinya melalui pelajar-pelajar Kelantan yang ramai di sekitarnya. Bahasa Kelantan bahasa international tu.. hehe. Di awalnya beliau mengatakan Malaysia beruntung kerana ramai mufti (setiap negeri ada), banyak pejabat agama, ada Jakim dan pengikut ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau menyatakan kekesalan kerana ramai orang bila dengar cakap doktor, boleh ikut sahaja tanpa bantahan. Disuruh makan ubat 1 hari 3 kali, ikut sahaja tanpa mempersoalkan kenapa kena makan tiga kali. Tapi bila ulama membahaskan sesuatu perkara, bukan main lagi kita bantah. Kadang-kadang bila dengar kata seorang ustaz A, dan sudah mendapat jawapan tapi pergi pula menanya ustaz B untuk minta kepastian. Sehinggakan ustaz B tu pula seakan-akan ‘terpaksa mengata’ ustaz A. Kesimpulannya, sesuatu perkara itu kita kena rujuk kepada pakar yang berkaitan.

Di akhirnya, pengacara bertanya ustaz;
“Ustaz makan budu?”
“Ambo tak makan budu, ambo hirup,” hehe pandai pak Arab ni loyar buruk.

Dato’ Hassan Mahmud al Hafiz juga sepatutnya turut serta. Memang telah bersedia dari awal apa bahan yang akan disampaikan yang berkaitan dengan pelayaran dan dakwah. Malangnya, pada masa yang sama dua orang anak beliau sedang sakit dan tidak sampai hati meninggalkan mereka.

Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah banyak menyampaikan ceramah dari segi psikologi.  Beliau mengingatkan, sentiasa kembali kepada Allah. Ayat al-Baqarah 286;
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksaan(dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami pikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang  kafir.”

Beliau juga sempat berpesan. Jangan risau kalau anak-anak tidak ikut cakap kita, kerana anak-anak akan ikut perangai ibu bapa yang dilihatnya. Apa yang dia nampak itulah yang dibuatnya. Jadi perlu risau akan apa yang kita buat (tabiat).

Ustaz Badli Shah
Memang menunggu-nunggu ustaz ni. Umurnya sebaya saya sahaja tetapi respek kerana tinggi ilmunya kalau nak dibandingkan dengan saya.  Walaupun bukan orang Jawa tetapi suka mengkaji cara orang Jawa.  Latar belakang pengajiannya  tamadun Islam jadi kalau bercerita memang banyak berkaitan sejarah. 

Memandangkan kita mengikuti pelayaran, beliau mengingatkan kepada semua menyelami cara penyebaran Islam pada masa dahulu, inilah laluannya, Lautan Hindi dan Laut Andaman. Abad ke-7M Islam datang ke Nusantara tetapi tidak pernah berkembang walaupun pelbagai pendakwah yang datang untuk menyebarkannya kerana penduduk tempatan masih menganut agama asal mereka Hindu-Buddha dan berpegang teguh dengannya.

Namun akhirnya dengan kedatangan Wali Songo (wali 9)pada abad ke-14 telah berjaya menyebarkan Islam. Mereka mencipta sesuatu dan menyerapnya di dalam budaya tempatan dari segi penggunaan bahasa, makanan dan pelbagai lagi. Inilah yang kita kena ikut pada masa sekarang,  iaitu mencipta sesuatu dan menyesuaikannya dengan peradaban. Berdakwah boleh bermacam cara tetapi yang lebih dekat ialah 'masuk' ke dalam masyarakat itu.
 
 Setahun saya belajar pasal Wali Songo ni masa upper six tapi tak pernah dapat kaitkan kenapa kena belajar pasal Wali Songo. Belajar kerana nak lulus periksa tak berapa mahir berfikir asas tinggi nampaknya haha. Harap-harap budak sekarang ni hebat-hebatlah sebab dah tidak berorientasikan peperiksaan sepenuhnya.

Pada masa dulu orang Jawa sangat pentingkan kasta memang sangat sukar untuk ubahkan sikap mereka. Orang Jawa bangsa yang tinggi dan sangat bertamadun.  Wali Songo ini mencipta perkataan dan lagu yang ada ciri-ciri Islamnya. Lagunya memang kita biasa dengar sampai sekarang. Ustaz ada nyanyikan hari tu. Bila je dengar, semua orang “ooooo ..” memang lagu yang biasa di halwa telinga. Tak sangka itu dari Wali Songo. Dari makanan ketupat juga memberi banyak makna. Dan ketupat tu juga dari bahasa Jawa. Menarik keterangannya dari daun sehinggalah kenapa merebus dan dibelah nampak putihnya nasi itu bila dibelah dan diterangkan bercirikan Islam. Tak reti nak ditulis di sini tetapi memang pernah dengar Ustaz Bad ada terangkannya dalam Forum Perdana TV 1 sebelum ini.  Tunggulah masa raya nanti mesti dia ada terangkan lagi.

Sunan Bonang pula memperkenalkan sistem kenduri. Kenduri juga elemen yang membezakan kita dengan budaya orang lain. Bersunat, akikah, umrah/haji, naik rumah, doa selamat semuanya ada kenduri sehinggakan boleh dianalogikan seperti berikut;

Orang putih bila seorang, dia membaca, bila berdua dia mengembara dan bila bertiga dia menjajah tapi kalau orang Melayu. Bila seorang dia tidur, bila berdua dia mengumpat dan bila bertiga dia mengeteh (makan/kenduri). Haha betul juga, kan walaupun bunyinya lawak. 

Ada sekali tu ada orang tanya pendapat tentang rotan anak.  Ustaz kata kita kena kembali kepada cara ibu bapa kita dahulu. Kadang-kadang bila bapa batuk sikit/ berdehem sahaja udah kecut perut anaknya. Sekarang ni bila bapaknya batuk, anaknya sikit pun tak takut sampai bronkintis jadinya si bapak. Hehe. Ingat tak dulu-dulu pengajaran dengan cara menakutkan anak-anaknya memang banyak digunakan dan menjadi..jangan asah pensel di kedua-dua belah, nanti mak mati, bila meniarap jangan angkat kaki, nanti mak mati, jangan duduk atas bantal nanti bisul..apa kata nanti try dekat anak-anak… jangan main ipad nanti mak mati haha..cubalah.. 

Memang betul pun sampai sekarang pun idak berani duduk atas bantal walaupun tahu sebenarnya tidak elok duduk atas bantal sebab kita baring atas tu tapi bab bisul tu masih tertanam dalam minda. Satu lagi jangan makan biji tembikai nanti tumbuh pokoknya dalam perut hehe.. nasib baik sekarang banyak dah tembikainya tak berbiji. 


Itu merupakan cebisan tazkiran dari penceramah yang turut serta. Insya-Allah akan dijadikan pedoman.
 



No comments: