Tuesday, February 17, 2015

Q & A Pelayaran Islamik 3.0 - Akhir


(Sendiri Tanya Sendiri Jawab)

Nak letak kereta di mana?
Bagi yang bawa kereta sendiri boleh letak di tempat letak kereta berdekatan dengan Fort Cornwallis. Dekat luar tu pun dah letak notis untuk orang yang naik Star Cruises. RM15 dah bayar siap-siap. Bagi yang tak tahu di mana, ikut arah Padang Kota, nanti pusing sampai hujung jalan  dan akan nampak tempat yang ditutup zink. Intratama Travel juga menyediakan bas dari KL Sentral. Tambahan RM 120 (rasanya)lagi pergi balik.

Dari tempat letak kereta ni nak berjalan ke Pier Swettenham idak la jauh sangat dalam 700 meter. Kalau berlenggang kangkung dalam 15 minit sampailah. Kalau saya, 5-7 minit boleh sampai. Pastikan makan tengah hari dulu dekat tempat lain. Tak ada kedai makan dekat pelabuhan ni.


"Park at your own risk" dekat depan Pier Swettenham tu pun nampak macam ada parking lot tapi ini yang dicadangkan oleh pihak penganjur.

Di belakang ini tempat letak keretanya, memang dah boleh nampak Star Cruises nya tapi kena berenanglah ke sana.Hehe

Ada tv tak?
Ada. 2 saluran berkaitan kapal. Saluran lain Star World, Axn, Disney dan ada dua atau tiga channel  cina dan berita.

Ada tuala tak diberi?
Ada, macam hotel juga. Semua lengkap. Air panas semua ada. Tapi bagi yang tak biasa tidur dalam air cond baik le bawak baju tebal. Bilik sebelah saya ada opah ni memang tak boleh tidur sebab  rasa sejuk walaupun saya rasa biasa sahaja dan dah tolong turun/naikkan suhu tapi siap duk luar bilik sebab tak boleh tahan. Akhirnya panggil orang hotel suruh tengokkan. Rasanya kemudian tu ok dah tapi cari baju/kain teballah.
Bilik. Oklah selesa gak ada ruang juga untuk solat. Ada lampu untuk membaca di hujung katil. Rasanya boleh tarik katil satu lagi dekat bahagian atas kanan tu tapi tidaklah mencuba-cuba.

Mabuk tak naik kapal?
Tak langsung. Kapal tu gerak pun tak sedar. Adalah rasa goyang sikit, ala-ala manja gitu tapi kalau naik tempat terbuka, waduh anginnya tu yang boleh buat kita jalan pun tak boleh cat walk. Sikit huyung hayang.

Kalau orang tua yang  menggunakan kerusi untuk solat, adakah perlu bawa kerusi sendiri?
Tak perlu. Pihak penganjur memang dah susun kerusi  yang memang ada kat kapal tu siap-siap dekat saf. Cuma yang berkerusi roda tu kenalah bawa sendiri.
Solat berjemaah di dek 9. Pihak penganjur bagi sejadah, kompas, tasbih, baju hujan dan dua helai baju-T untuk dipakai masa lawatan.

Kenapa perlu solat berjemaah? Dalam bilik kan boleh juga
Inilah kelainan yang dibawa oleh pihak penganjur. Pahala berganda. Ketika bercuti biasanya dalam keadaan santai dan aktiviti yang penuh kadang-kadang bertangguh solat. Sekurang-kurangnya qiamullail dan solat subuh berjemaah ini menggalakkan orang ramai tidaklah subuh gajah. Mana ada surau dalam kapal ni, bila berjemaah di tempat terbuka ada juga waiter restoran tu ikut serta. Kalau sebelum ini mungkin dia menunaikan solat berseorangan, kini dapatlah dia pahala berjemaah. Sini ramai kru kapal dari Filipina dan Indonesia. 

Telefon ada line ke?
Di bilik (dek 3) tak ada signal. Memang tutup phonelah buat habis bateri sahaja. Dek 5 ada signal. Terkejut bila tengah kuliah dhuha, masa Ustaz Bad tengah bercakap, telefon mak berbunyi. Kelam kabut menutupnya. Dah la masa tu tengah rakam untuk siaran astro. Nasib baik bukan telefon saya sebab kalau berbunyi keluarlah lagu Super Junior. Huhuhu dah lah k-pop jadi ‘sasaran’ sekarang. Sebab ingat tak da signal tu yang tutup phone. Rupa-rupanya pak cik nak call saya tapi sebab telefon tak dapat, telefonlah mak. Mau mak tak terkejut. Telefon tu memang la jarang orang call. Dah masuk perairan Thailand ni bayaran lebih lah sebab roaming.

Ada wifi?
Ada tapi kena bayar. Dalam sehari lebih kurang RM 30 lebih tapi ada juga yang ikut jam. Tapi bukan boleh pakai di semua tempat, kalau tak silap ada di dek tertentu sahaja.
Roaming automatik. Kalau rasa tak perlu guna telefon tutup sahaja.

Bawa ubat-ubatan bersama. Tapi ada klinik juga di dalam kapal ni di dek 1 Kena bayarlah.

Ada lif tak?
Ada tiga lif. Depan, tengah dan belakang. Ada lif yang memang naik ke dek 9 dan ada yang hingga ke dek 8 jadi perlu naik tangga. Jadi kena tengok pelan. Oleh kerana ramai orang tua dan orang yang berkerusi roda ikut pelayaran ini. Memang sesak ajelah lif sebab perlu turun/naik waktu yang sama. Oleh itu untuk keselesaan dan kecepatan baiklah guna tangga, 9 tingkat je paling tinggi pun.
Laluan ke bilik


Ada perpustakaan mini di dek 5. Proses peminjaman tidak pasti tapi memang ada orang dekat kaunter situ.

Ada board games juga.


Boleh bawa apa sahaja di dalam kapal?
Ingatkan tiada syarat seperti naik kapal terbang. Rupa-rupanya, ada juga yang tak boleh dibawa. Pisau, senjata, buah-buahan potong, daging atau barang basah,  sebarang alatan pemanas seperti seterika, pemanas air, periuk nasi. Pisau, kalau dalam kapal terbang boleh juga letak dalam bagasi. Ni sebab bagasi dengan kita sekali jadi memang ia barang terlarang juga. Dalam kapal tu akan ada x-ray barang macam dekat imigresen tu. Setiap kali turun naik Phuket dan Krabi juga barang-barang akan diskan. So no Tomyam Kung ke kerabu mangga ke bawa naik kapal. Barang kering macam ikan bilis ke kacang-kacang ke bolehlah. 

Ada had berat bagasi?
Kalau naik kapal terbang kan jenuh pikir ni kalau beli barang banyak-banyak caj lebih pulak. Ha kalau naik kapal ni tak ada la pulak tulis  had maksimum. Masa pelayaran 2.0, laluan pelayaran Penang-Langkawi-Phuket. Lantaknya deme shopping sakan di Langkawi membeli pinggan mangkuk bagai. Peserta 1040 tapi bagasinya sahaja lebih kurang 1400. Beranak pinak beg.


No comments: