Hari kedua dimulakan dengan qiamullail seawal 5 pagi di dek
9 dekat kolam renang. Pihak penganjur mendapat kerjasama Star Cruises untuk
memberhentikan sekejap kapal bagi menentukan arah kiblat dengan tepat. Jika
hari ini menghadap serombong kapal (hemm betul ke tapi memang ada keluar asap
sebab bawah tu restoran) esok belum tentu arah yang sama. Kain putih memang
siap dibentang. Bawak sejadah yang telah diberi oleh penganjur. Masalah biasa
kalau solat jemaah (terawih biasa masalah gini):
|
Qiamullail dan solat subuh berjemaah di dek 9 |
- Membiarkan saf lompong. Masa sekolah dulu biasa
ustazah cakap afdalnya rapat ke kanan. Bila dengan kawan2 memang senang nak
cakap. Tapi realiti sekarang ni orang belakang tak nak ke depan dan orang kiri
pun tak nak ke kanan. Mengalah sahajalah yang kanan tu bolehlah ke kiri. Janji
namanya rapatkan saf.
- Betulkan saf dulu sebelum mula solat.
Kadang-kadang nak panggil datang ke depan dah mula solat sedangkan saf depan
kosong lagi. Masih ada masa lagi nak tengok depan dan kiri kanan saf walaupun
imam dah angkat takbir.
- Untuk yang berkerusi, bagi mengikut saf. Kaki
kerusi yang belakang sama dengan saf.
|
Inilah keadaan asal kawasan tempat solat berjemaah. |
Qiamullail setiap hari diimamkan oleh Imam Muda Miril. Solat
sunat taubat, tahajud, hajat diselang selikan dengan zikir dan ‘ditutup’ dengan
witir sebelum solat subuh. Selepas itu tazkirah subuh sambil melihat matahari
terbit.
|
Banner yang menunjukkan aktiviti hari pertama dan kedua. Ia bagi memudahkan orang ramai rujuk. |
Biasanya kalau cakap pergi Phuket, mesti orang ingat pergi
pantai kan, tapi yang ni hanya lalu sahaja di kawasan pantai dan melawat
sekolah pondok dan masjid untuk melihat perkembangan Islam di tempat majoriti
yang beragama Buddha. Tak kisahlah ke mana pun, janji dekat pasport ada cop Phuket dan
Krabi hehe.
Perlu menaiki feri untuk ke Pantai Patong. Kapal tak
bolehlah berlabuh di jeti sebab air cetek. Dalam 15 minit perjalanan tapi nak
menuju bas kena jalan dalam 700 meter lagi. Perlu ikut peraturan Thailand yang tidak membenarkan bas berhenti berhampiran jeti.
Pantainya
memang cantik, ramai pelancong asing berjemur di situ. Yang perempuan pula ada
yang tak berbaju ish ish ish dahlah berumur, selamba dia je. Memang dari awal
pihak penganjur dah ingatkan jalan terus je jangan pandang kiri, banyak dugong
hahaha.
Patong bermakna kebun pisang. Mengambil pengajaran dari
tsunami 2004, di sini juga ada papan tanda Tsunami Evacuation Route sama
seperti di Aceh. Jadi orang ramai boleh tahu ke mana arah untuk menyelamatkan
diri.
|
Patong. Tanda kecil warna biru tu Tsunami Evacuation Route |
|
Masjid Dubai di Sekolah Wittaya |
Perjalanan ke sekolah Wittaya dalam 30 minit. Disambut oleh
budak-budak sekolah, kesian deme berbaris tengah panas menunggu kami. Semuanya
bersalam sambil ucap selamat. Merasa jadi artis.
Di sini ramai yang anak yatim dan miskin.
Mereka seronok bila ada orang datang. Solat di masjid sini. Di sini juga ada
gerai jualan gajus pelbagai perasa, ikan bilis, belacan, barang kraftangan.
Jadi sambil membeli sambil mendermalah kiranya. Kami dijamu juga makanan
Thailand..pulut mangga, kerabu, nasi goreng. Ada persembahan dari budak-budak
sekolah juga. Sepatutnya penampilan istimewa, Aisyah (keturunan Mahsuri tu) tapi dia
tak dapat datang masa tu.
|
Persembahan dari budak-budak. One united asean. |
|
Banyak gerai jualan |
|
Kedai baju-T dan jual cenderamata |
|
Aishah (keturunan Mahsuri).. dalam pelayaran 3.0 tak dapat datang. Ini dari pelayaran 2.0. Gambar daripada FB Pelayaran Islamik. |
Mengikut jadual asal akan dibawa ke Premium Outlet Phuket
tapi diberi pilihan juga nak pergi kedai t-shirt dan barang cenderamata. Ramai
yang mengundi pergi kedai t-shirt sebab boleh pergi JPO je kalau nak cari
barang branded. Kemudiannya aktiviti bebas sama ada nak balik kapal atau
jalan-jalan di Patong tapi kena pastikan balik sebelum feri terakhir 11 malam. Saya
balik ke kapal sahaja, malas nak jalan-jalan sebab itupun dah pukul 8 malam. Nanti
tertinggal kapal, naya.
No comments:
Post a Comment