Dari feri ... bye bye Star Cruises |
Kumpulan kami merupakan perintis ke Krabi. Pelayaran sebelum
ini Penang-Langkawi-Phuket. Keluar masuk
kapal akan diberi stiker nombor jadi akan dipanggil sedikit demi sedikit. Ia dapat
mengelakkan orang ramai berebut-rebut keluar. Kumpulan kami sahaja dah dekat
600 orang itu belum termasuk lagi orang lain yang turut serta dalam kapal ni.
Kena naik feri seperti di Phuket tapi lebih lama perjalanan lebih
kurang 1 jam. Seterusnnya ke Masjid Krabi. Orang sana dah menunggu kami. Di
sini juga diadakan ceramah perdana bersama PU Lokman dan Imam Muda Miril dengan
tajuk meraikan tetamu.
Masjid Krabi |
Barisan penceramah/pendakwah Malaysia dan Jabatan Agama Krabi |
Dulu, saya pernah belajar bahasa Thai. Dah lama tinggalkan,
kononnya nak try masa beli barang.
“Raka thawrai?” (berapa harga) sambil tunjuk dekat keropok
ikan.
Ece ce ceh
“Sam sib” kata penjual.
“Neng (satu), song (dua), sam (tiga). Tiga puluh?” Emm
sudahnya keluar bahasa Melayu jugak. Dah tanya dalam bahasa Thai, dia pun jawab
Thai jugalah. Hehe. Ilmu ‘berperang’ tak cukup.
Mak cik ni masak kuih karas (karaih-kalau bunyi bahasa Perak). Kuih ni pun laku, baru je nak rasa apa beza dengan yang kat Malaysia dah habis orang beli. |
Banner mengenang Tsunami Dis 2004 |
Dalam kapal memang ada ditunjuk ramalam cuaca pada hari ini |
Balik ke kapal kami berjemaah solat maghrib dan Isyak di dek
paling atas sambil melihat matahari terbenam. Cantiknya pemandangan. Ya kita
sering kagum dengan keindahan alam tetapi lupa untuk mengagumi pencipta-Nya.
Malam itu juga disudahi dengan makan malam kesyukuran. Memang mewah. Sebenarnya
dari mula sampai lagi memang kenyang makan dekat sini. Ambil apa sahaja. Pukul 11 malam pun ada makan lagi
tapi supper tak laratlah nak pergi, lebih baik la tidur. Hai melebih-lebih
pulak makan dari hari biasa. Jangan tamak ok. Restoran ini telah disamak segala peralatan
dan pinggan mangkuknya dan dipantau oleh Majlis Agama Pulau Pinang
(rasanya-lupa pulak tapi ada ditunjukkan
gambar), dan telah memperoleh Sijil Halal.
Kapal dalam perjalanan balik ke Penang |
No comments:
Post a Comment