Tuesday, October 13, 2015

Kembara Kedah (9 Okt-12 Okt 2015)- Bahagian 1

Gunung Jerai

Gurun – Alor Setar – Pokok Sena –Kuala Kedah - Langkawi

Kembara bersama kawan sekerja yang sudah lama tak jumpa. Akhirnya merancang untuk melawat bekas kawan sekerja kami juga yang kebanyakannya di Kedah. Dekat 12 tahun juga kami semua tidak berjumpa. Memandangkan sudah ada ETS ke utara eloklah naik yang ni je walaupun bersusah payah kemudiannya naik bas/teksi. Tapi dah namanya kembara, mencuba semuanya. Kiranya misi menguji efektif atau tidak pengangkutan awam di Malaysia heheh.

Dari Gurun menuju ke Shahab Perdana, Alor Setar. Nampak Menara Alor Setar.
 Kawan yang pertama tinggal di Gurun. Jadinya plan berhenti di stesen Gurun. Kawan yang kembara bersama ni duduk di Seremban. Jadi dia dah mula mengembara awal naik Ekspres Rakyat JB-Hatyai 8hb lagi pukul 11.30 malam. Saya pula bermula di stesen Kuala Kangsar naik ETS pukul 6.30 pagi 9hb. Ekspres Rakyat tu memang berhenti di KK juga tetapi memandangkan kawan tak biasa naik tren ni, susah pulak nanti nak turun naik tukar tren so dia terus tunggu di Gurun. Tapi ETS yang sampai dulu, pukul 8.40 pagi di Gurun, derang sampai 9.15 pagi.

Kawan di Gurun terpaksa pergi kursus last minute, so tak dapat jumpa dia. Alang-alang dah datang terus kami singgah di Gunung Jerai yang tak jauh dari stesen keretapi. Dekat je rupanya tapi teksi RM10. Naik atas tu dengan kereta, adalah orang yang akan bawa. Memandangkan kami bertiga je jadi macam kena sewa satu van tu RM60. Tak jadi pergi sebab misi kawan berdua tu nak shopping di Langkawi. 
Kota Kuala Kedah

Seterusnya pergi jumpa kawan di Pokok Sena. Dari Gunung Jerai tu ada bus stand di luar tu, kiri. Walaupun nampak signboard Alor Star ke kanan. Jadi kena guna pengetahuan am juga. Kalau signboard hijau tandanya arah highway tapi ni bas henti-henti mesti ikut jalan lama. Untuk kepastian  tanya orang yang ada kat situ. Confirm. Tambang 4.90 ke Shahab Perdana (Stesen Bas Alor Setar). Selesa basnya dan dapat tengok kawasan baru. Perjalanan lebih kurang 1 jam.

3 D  Live Art Museum di Oriental Village. Kiut sangat kucing ni.
 Sampai di Shahab Perdana patutnya ambil bas yang ke Pokok Sena- bas mara liner atau bas hbr. Mujurlah ada seorang kawan lagi ni yang boleh ambil kitaorang. Hehe…itulah manfaatnya berkawan biar ramai. Walaupun segan nak menyusahkan orang tapi derang tak kisah sebab bukannya selalu datang, kan. Penting juga untuk kita tahu peta Kedah supaya kita tahu mana kedudukan di setiap tempat tu jauh ke tak. Zaman sekarang ni senang lah maps pun di hujung jari tapi telefon tak ambil data so tiada internet. Jadi dah tengok maps awal-awal.

Tidur di Pokok Sena dan esoknya baru mula perjalanan ke Langkawi. Kawan hantar di jeti Kuala Kedah. Singgah sebentar di Kota Kuala Kedah.  Di sini juga ramai pengantin buat photoshoot . Cantik suasana di sini.
Mendaki Gunung Raya. Masih kelihatan jerebu.
Kota Kuala Kedah merupakan benteng pertahanan Melayu yang tertua di utara Malaysia. Kota ini dikelilingi dengan meriam yang dibeli dari Belanda dan British. Di dalamnya telah didirikan sebuah istana. Di samping dijadikan sebagai pusat pertahanan, kota ini juga menjadi pusat pentadbiran semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I. Kota ini kemudiannya diduduki oleh tentera Jepun semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.


Tiket ke Langkawi yang paling awal 7pg. Kami sampai pukul 9 pagi tapi tiket untuk 9.30 pagi dah penuh. Akhirnya naik feri 10.45 pagi. Sementara nak menunggu tu, ramai pulak yang duduk di lobi siap ada yang pegang jambangan bunga dan kamera menanti. Wah ni mesti ada orang-orang besar datang ni. Rupa-rupanya Permaisuri agong yang juga Sultanah Kedah naik feri pukul 9.30.

2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Zarina..biasa ulangalik ke kedah pon..xpernah lg menjelajah ke seluruh kedah.Anak klu blk perak..naik bas kat stesen bas shahab tu lar :)

zarina said...

Salam kak, hehe dah sampai, ambil kesempatan la berjalan puas-puas. Naik keretapi pun senang sekarang kak. Tiada pilihan baru kita ambik bas.

Related Posts with Thumbnails