Gunung Jerai |
Gurun – Alor
Setar – Pokok Sena –Kuala Kedah - Langkawi
Kembara bersama kawan sekerja yang sudah lama tak jumpa.
Akhirnya merancang untuk melawat bekas kawan sekerja kami juga yang
kebanyakannya di Kedah. Dekat 12 tahun juga kami semua tidak berjumpa.
Memandangkan sudah ada ETS ke utara eloklah naik yang ni je walaupun bersusah
payah kemudiannya naik bas/teksi. Tapi dah namanya kembara, mencuba semuanya.
Kiranya misi menguji efektif atau tidak pengangkutan awam di Malaysia heheh.
Dari Gurun menuju ke Shahab Perdana, Alor Setar. Nampak Menara Alor Setar. |
Kawan di Gurun terpaksa pergi kursus last minute, so tak
dapat jumpa dia. Alang-alang dah datang terus kami singgah di Gunung Jerai yang
tak jauh dari stesen keretapi. Dekat je rupanya tapi teksi RM10. Naik atas tu
dengan kereta, adalah orang yang akan bawa. Memandangkan kami bertiga je jadi
macam kena sewa satu van tu RM60. Tak jadi pergi sebab misi kawan berdua tu nak
shopping di Langkawi.
Kota Kuala Kedah |
Seterusnya pergi jumpa kawan di Pokok Sena. Dari Gunung Jerai tu ada bus stand di luar tu, kiri. Walaupun nampak signboard Alor Star ke kanan. Jadi kena guna pengetahuan am juga. Kalau signboard hijau tandanya arah highway tapi ni bas henti-henti mesti ikut jalan lama. Untuk kepastian tanya orang yang ada kat situ. Confirm. Tambang 4.90 ke Shahab Perdana (Stesen Bas Alor Setar). Selesa basnya dan dapat tengok kawasan baru. Perjalanan lebih kurang 1 jam.
3 D Live Art Museum di Oriental Village. Kiut sangat kucing ni. |
Tidur di Pokok Sena dan esoknya baru mula perjalanan ke
Langkawi. Kawan hantar di jeti Kuala Kedah. Singgah sebentar di Kota Kuala
Kedah. Di sini juga ramai pengantin buat
photoshoot . Cantik suasana di sini.
Mendaki Gunung Raya. Masih kelihatan jerebu. |
Kota Kuala Kedah merupakan benteng pertahanan Melayu yang
tertua di utara Malaysia. Kota ini dikelilingi dengan meriam yang dibeli dari
Belanda dan British. Di dalamnya telah didirikan sebuah istana. Di samping
dijadikan sebagai pusat pertahanan, kota ini juga menjadi pusat pentadbiran
semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I. Kota ini kemudiannya
diduduki oleh tentera Jepun semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Tiket ke Langkawi yang paling awal 7pg. Kami sampai pukul 9
pagi tapi tiket untuk 9.30 pagi dah penuh. Akhirnya naik feri 10.45 pagi.
Sementara nak menunggu tu, ramai pulak yang duduk di lobi siap ada yang pegang jambangan
bunga dan kamera menanti. Wah ni mesti ada orang-orang besar datang ni.
Rupa-rupanya Permaisuri agong yang juga Sultanah Kedah naik feri pukul 9.30.
2 comments:
salam Zarina..biasa ulangalik ke kedah pon..xpernah lg menjelajah ke seluruh kedah.Anak klu blk perak..naik bas kat stesen bas shahab tu lar :)
Salam kak, hehe dah sampai, ambil kesempatan la berjalan puas-puas. Naik keretapi pun senang sekarang kak. Tiada pilihan baru kita ambik bas.
Post a Comment