Tuesday, January 10, 2017

Kenapa Jepun? Why? Why?Why?

Dereten pokok gingko di Meiji-Jingu Gaien
Tak boleh move on lagi rupanya hihi. Ok kenapa Jepun, kan dah pernah pergi dulu? Dahlah barang mahal, sepatah haram pun tak faham. Gempa bumi. Tak ingat ke Jepun pernah jajah kita sampai kita makan ubi kayu je? Wah! Wah! Wah! Drama sangat. Mari sini nak cerita. Banyak lagi daerah yang menarik untuk dilawati seperti Sapporo, Hokaido, Okayama, Nagoya.

Ha siapa yang cakap hari-hari pun boleh pergi Nagoya tu, meh sini nak cubit-cubit.

Apa yang pasti, Jepun selamat daripada penyeluk saku.  Saya tak terjumpa  signboard yang  menyatakan hati-hati dengan penyeluk saku. Malah banyak  pengakuan  daripada pelancong yang menyatakan jika tertinggal barang pasti akan dijumpai semula seperti keadaan asal. 

Berikut banyak lagi yang saya rasa menarik bagi pelancong. Ini hanya pandangan selama 7 hari je, kalau duduk di sana rasanya lebih kepada tension kot, persaingan untuk menjadi terbaik sangat tinggi.
  1. Sensor.

Seronok explore kecanggihan alatan yang terdapat di sini. Ha perak (bahasa Perak, kalau translate over excited kot)  tu.  Kebanyakannya pakai sensor.
Tandas di airport pakai bidet (ada air di mangkuk jamban). Masuk-masuk sahaja dah ada bunyi air terjun. Cari panel dia sama ada di kiri, kanan atau di belakang. Tengoklah simbol perempuan tu dan tekan di situ. Oh kalau tandas lelaki tak tahulah macam mana.  Untuk berhentikan air tu, tekan tanda stop yang bentuk kotak tu. Tanda international tu kan. Untuk kawal air banyak mana yang keluar boleh dilaraskan daripada panel tu sama ada semakin tinggi atau semakin rendah. Flush guna sensor juga tapi boleh juga tekan flush  sendiri.  Ada juga butang simbol angin bermakna untuk keringkan..keringkan apa? Lagi mau tanya ka? Mangkuknya pun warm je. Tengok tu dalam tandas pun boleh discover macam-macam.

Ni dalam flight ANA, kecil sikit panelnya.

Ni di airport. Kalau tak faham lagi, ada penerangannya di atas tu tapi tengok gambar sahaja pun dah boleh faham.Tidak semua toilet yang panelnya ada butang yang sama.  Kita tekan-tekan je.

Ha walaupun ‘seronok’ duduk dalam tandas, jangan berlama-lamaan pula di dalam tu. Ia masih tempat ‘kotor’ (walaupun bersih sangat) yang dimasuki syaitan jantan dan syaitan betina. Walaupun sering digelar bilik termenung untuk mendapat idea, namun idea yang diperoleh itu dikhuatiri dipengaruhi syaitan. Baca doa sebelum masuk tandas.

Ada juga tandasnya berbentuk begini. Cangkung. Tradisional Japanese-Style Toilet. Pernah jumpa sekali di kedai Tasik Kawaguchiko.  Ha ginilah caranya, kalau anda tak tau nak hala ke mana haha sebab anda akan membelakangkan pintu toilet. Seingat saya semasa ke Sai Yok Noi Waterfall, Kanchanaburi, Thailand juga saya ada jumpa tandas sebegini.


 Lampu di rumah pun guna sensor. Mula-mula di apartmen Airbnb tu buka lampu koridor waktu tidur supaya nanti kalau nak pergi toilet idak le gelap gelita mencari suis. Dah hari terakhir baru perasan, bila orang lalu di situ, lampu tu automatik terpasang.

Saya terjumpa satu tong sampah di dalam tandas pasar raya juga pakai sensor. Letak je tangan atas tu, nanti dia terbuka sendiri. Best jugak tu. Hihi.

Nampak tak yang ada simbol tangan di bahagian kiri tu, ha letak tangan di situ, nanti dia terbuka sendiri. 

2. Layanan mesra
Kebanyakan pekerja barisan hadapan atau khidmat pelanggan sangatlah the best. Bayangkan orang yang kutip sampah dalam train ucapkan terima kasih kepada penumpang yang turun dari train tu. Ucapannya itu pun dalam suasana sungguh bersemangat.  Pemandu basnya pun setiap kali kita turun akan cakap arigato gozaimasu dan tunduk tanda hormat. Tak ke kita pun rasa ceria bila dengar penghargaan tu walaupun ianya mungkinlah SOP syarikat.

Pekerja kebersihan ni akan menunggu semua orang keluar dahulu, baru dia akan masuk untuk mencuci.

Ketika di airport waktu nak balik, kita belum turun bas lagi, pekerja yang diluar dah bawa keluar beg kita yang terletak di perut bas sambil tunduk “hait” dan security di situ juga tolong tekankan pintu lif dan tekankan butang untuk naik ke tingkat departure.

Masa naik flight dengan ANA pun ketika urusan check in, pramugari kaunter siap jemput  kami yang berbaris ni datang kaunter. Bukannya kita terus pergi ke sana. Wah. Selalunya juga dia akan suruh kita letak bagasi di tempat bagasi untuk tengok berat, tapi dia sendiri pula yang tolakkan (tak perlu angkat, sebab sama paras dengan lantai je). Benda-benda yang kecil begini yang buat rasa dihargai sebab usaha lebih.

Walaupun tak berapa faham cakap Inggeris tetapi derang akan tetap membantu sama ada panggil orang lain atau guna tangan je tunjuk isyarat. Agak-agaklah kita yang nak bertanya ni pun, kalau tengok orang tu macam kerek je, jangan dok jolok sarang tebuan. Memang ada juga yang terus cakap “I don’t know” sambil tak layan kita dah dan buat-buat sibuk tapi itu 2 dalam 10 orang je. Kebanyakannya memang akan membantu.

3. Jangan
Jangan itu, jangan ini. Ketika menggunakan pengangkutan awam, etika yang patut diikut: 
a.Don't talk on your cell phone. 
b.Let people off the train first. 
c.Stand in Line.
 Memang banyak jangannya tapi rasanya semua tu lebih kepada orang luar kot sebab nampaknya macam derang ikut je. Namun 'jangan' itu saya rasa ia baik diamalkan. Malah 'jangan' tu pun sebab dia memikirkan tentang orang lain.  Toleransi. Contoh bawa beg sandang yang besar bagi pelancong, terdapat tanda yang menyuruh kita perhatikan keadaan sekeliling supaya beg kita tidak mengganggu orang lain.

Fikirkan orang sekeliling ya bila bawa beg sandang yang besar apabila naik pengangkutan awam.

Jangan bawa barangan ni ke taman, do not drink alcoholic beverage dan bawa peralatan sukan. Ini membolehkan orang menghayati taman dan main kejar-kejar je. 

Kebiasaanya selain ditampal peringatan, pengumuman juga akan dibuat untuk mematuhi perkara tersebut. Telefon ditukar kepada mode silence malah ada juga pengumuman yang menyatakan tutup telefon apabila berada berdekatan kerusi untuk warga emas dan OKU. Sebabnya: The phone's electric waves could interfere with medical devices - petikan daripada buku The Rules of Living in Japan.  

Malah mungkin ada peraturan  yang tidak ditulis tetapi memang diamalkan oleh mereka.  Ada  satu kes tu makcik ni bawa payung panjang dan kepit di ketiak, saya jalan di belakangnya. Memandangkan kita ni tourist kan, mata melilau ke tempat lain dan tanpa disedari  saya terlanggar payung tu. Dia pula minta maaf sambil tunduk dan tunjuk kat payung tu. Kita pun faham la dia nak minta maaf. Walaupun saya dah melepasi dia pun dia masih tunduk.  

Etika di tempat awam. Carrying an Umbrella - It is dangerous to swing around an umbrella. Hold it straight, especially on stairway . Dipetik daripada buku  The Rule of Living in Japan

Ikat payung tu dengan pengikatnya supaya tidak mengganggu orang lain. Payung juga hendaklah dipegang secara menegak dan pemegangnya menghadap anda supaya ia tidak menganggu orang lain. Berhati-hati dengan payung yang basah supaya kasut dan baju orang lain tidak terkena percikan air daripada payung tersebut.
Cerita payung pun dah panjang, kan. Detail bila memikirkan orang lain. Ha mungkin inilah peraturan yang tidak ditulis tetapi semua orang di Jepun dah biasa ikut etika ini.

Lihat gambar orang  yang kedua kiri tentang membaca surat khabar. Semasa dalam tren, memang jumpa seorang ni baca surat khabar lipat kecil macam tu, tidak melebihi bahu supaya tidak menganggu orang lain. Saya teringat, surat khabar Utusan  sebelum ini pernah mempromosikan layout baru di mana, surat khabar itu boleh dilipat empat seakan bentuk ipad dan isi beritanya masih boleh dibaca kerana tulisannya tidak terlipat sekali. Faham? ha macam pusing-pusing pula ayat. Maaf. Tapi akhirnya, orang masih membacanya dengan membuka luas. 

4. Sampah
Di Jepun ni memang mengamalkan kitar semula dan sampah akan diasingkan ikut bahan-bahan plastik/kertas/botol/tin. Jika di vending machine yang air tu hanya akan nampak tong sampah dengan penutupnya bentuk bulat bermakna lepas beli air botol/tin minum kat situ dan buang di situ. Ha sampai hati tak nak buang sampah lain seperti sisa makanan dalam tong yang ni? Macam berdosa pula rosakkan sistem hehe. Tong sampah juga susah dijumpai di jalanan tapi masih bersih. Kita pula, tong sampah amat mudah dijumpai tapi hmmm tempat paling banyak orang buang ialah di papan tanda yang tulis jangan buang sampah di sini. Hampeh je kan. Marilah kita berubah.

Di luarnya diletak gambar supaya kita dapat buat pengasingan sampah dengan mudah. Yang bulat tu memang untuk botol.

Ini tong sampah yang diletak di taman. Punyalah besar taman tu, tapi ini sahaja tong sampah yang dijumpai. Memang tong sampah tidak diletak di merata-rata.

Pekerja di sini tengah memanpatkan sambah berbentuk botol dan tin. Nampak bersih je sebab tidak tercampur dengan sampah lain.  
5. Cashier
Eye contact confirm ada,  bila beri baki duit akan kira satu-satu di depan kita sambil menyebutnya dan akan pulangkan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan atau ada bekas yang disediakan dan diletak dengan sopan.  Malah cara mengira duit juga special. Boleh tengok youtube.

6.Mesra Muslim
Walaupun bukan negara Islam, sudah memenuhi keperluan untuk orang Islam dengan menyediakan Prayer Room.  Malah adanya website halal media japan untuk memberi maklumat kepada muslim.
Kebanyakan prayer room tidak ditandakan dengan tulisan 'kiblat' tapi hanya ditulis N (north), E (east), W (west), S (South) sahaja di silingnya.

Ini di Takashimaya. Dilekat di dinding dan di siling juga ada.

Jumpa di Haneda ketika nak naik Keikyu Line. 

7.Tunduk hormat
Hait! Sambil tunduk hormat. Setiap kali pun akan tunduk untuk respon ‘Ya’ atau hanya sebagai tunduk hormat. Yang tak kenal pun boleh tunduk. Misalnya masa masuk bas, tak kenal pun mak cik ni, tapi dia yang duduk di kerusi depan tunduk, kita pun tunduk jugalah kan. Jika ikut sejarah kita sewaktu zaman Jepun,  sebutan ‘hait’ itu sering  dikaitkan dengan marah. “Hait!Potong kapara!” hehe.  

Keseronokan berada di Jepun bukan hanya kerana tempatnya sahaja tetapi campuran tradisional dan moden, adab dan etika daripada penduduknya turut menarik untuk diterokai. Agaknya kalau kita dijajah lebih lama oleh Jepun adakah kita akan mengikut adab yang baik dari segi disiplin atau lebih ramai yang mati kerana menderita? Dan mungkin juga jatidiri rakyat Jepun sendiri  ‘bangkit’ setelah kejadian pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki dan dari situ juga etika yang baik diamalkan sehingga kini. Namun sebelum itu lagi pun Jepun dah terlibat dengan Perang Rusia –Jepun dan Perang China-Jepun. Macam manalah agaknya sikap orang Jepun ketika itu ya. Subjek  form 6 ni. Fuh kalaulah dulu lagi dah melawat Jepun, alangkah seronoknya belajar subjek Sejarah. 

No comments:

Related Posts with Thumbnails